23 October 2010

Pakai Jin

Hari ni letih nak update blog sebab baru jer balik lawan badminton. Pergi bukanya dekat...jauh. Disebabkan nama dah tersenarai terpaksalah pergi juga. Keputusanya tak kalah dan tak menang. macam mana tu. Siapa boleh jawab?

Aku dan tiga orang member pergilah. Member aku main double, aku main single...walaupun tak pernah main single..main jugaklah...disebabkan tidak ada partner. Member ni main......dan kalah pusingan awal lagi...main pulak kalah mati...bahaya tu...kalah, out.

Tinggallah aku....tengok dalam senarai ada 4 pemain single....termasuk aku. hati ni dah berdebar...maklumlah tak pernah main single, mengah,.... tunggu punya tunggu yang tiga orang tadi tak datang-datang. Nasib baik pakai jin nak pergi main badminton...tu yang diaorang takut nak lawan tu.....orang pakai track shut...aku pakai jin...gelak besar member member aku.....
main badminton pakai seluar jeans hehe..

2 comments:

  1. adus tuan wat suspen saja..haha..ingatkan apa...

    ReplyDelete
  2. orang lain kena macam tu jugak..hehe

    ReplyDelete

Anda Juga Mungkin Minati Ini