30 September 2010

DiGi iPhone 4 Life

This DiGi iPhone 4 is for me.......
I love DiGi iPhone 4 ......
Tanpanya saya tak boleh HIDUP.......
Thank You DiGi....
DiGi Always the Smarter Choice

29 September 2010

DiGi iPhone 4 Real

Apa yang saya cintakan tentang DiGi iPhone 4 Plans ialah ia menyediakan 3 jenis plan iDiGi yang paling rendah bayaran bulananya berbanding plan-plan yang lain. Ia menyediakan 3 postpaid plan iaitu iDiGi 88, iDiGi 138 dan iDiGi 238. Saya boleh memilih plan yang saya sukai. Yang paling saya sukai ialah plan iDiGi 88 yang sesuai dengan pendapatan saya:
  1. Yuran bulanan yang paling rendah iaitu serendah RM58 sebulan dan ini memberikan penjimatan kepada saya sebanyak RM5 selepas "Auto Billing". 
  2. Saya Mendapat lebih 200 minit Panggilan, 200 SMS, 20 MMS dan 1GB internet secara percuma untuk semua rangkaian tempatan setiap bulan.
  3. Saya mendapat kadar caj bulanan yang paling rendah iaitu 15 sen untuk panggilan, 10 sen untuk SMS dan 20 sen untuk MMS selepas habis kredit percuma diberikan.
  4. Saya mendapat internet tanpa had dan ianya percuma serta tiada caj tambahan dikenakan selepas kuota bulanan.
  5. Saya boleh membuat panggilan yang lebih murah kepada kawan dan keluarga sehingga 6 nombor.
  6. Saya mendapat percuma untuk panggilan, SMS dan MMS bagi langganan tambahan sehingga 6 langganan tambahan keluarga DiGi.
  7. Saya mendapat Fkelsibiliti dimana 0% installment sehingga 3 tahun atau 36 bulan.
 WOW!...Sungguh menakjubkan itu yang membuatkan saya sayang, saya suka, saya minat dengan DiGi iPhone 4 Plans.

28 September 2010

DiGi iPhone 4 Play

DiGi iPhone 4 memang sesuai untuk hiburan dan permainan kerana ia mempunyai "iTunes App Store" versi 10. Dengan "iTunes Store" saya dapat muat turun muzik dan lagu yang saya minati secara percuma ataupun berbayar. Saya dapat muat turun dan melihat tayangan tv dalam format HD, movies, radio, podcast, iTunes U, Apps, Audiobooks, iTunes Gift Cards dan sebagainya. Apa yang paling saya sukai ialah dapat mendengar dan muat turun muzik yang saya minati. Selain itu, saya dapat melihat top carta muzik atau lagu yang terkini. Saya juga suka "Ping" iaitu jaringan sosial untuk muzik, dimana kita dapat mengikuti perkembangan artis yang kita sukai, berkongsi muzik terbaru dengan rakan, mendengarnya serta boleh muat turun dengan klik sahaja. Ianya "up to date" tentang siapa, apa, di mana dan bila. I love DiGi iPhone 4 Play kerana menyediakan banyak games yang boleh dimainkan secara percuma seperti "Find the Difference", "Doodle Fly" dan banyak lagi. DiGi iPhone 4 is the best for play.

27 September 2010

DiGi iPhone 4 Me

Saya mahukan telefon DiGi iPhone 4. Saya sukakannya kerana ia telefon yang nipis, dilengkapi dengan Wi-Fi yang melankaui batasan untuk membuat video call seperti reality. Paparan retina membuatkan gambar lebih tepat, jelas terang dan skrin yang mempunyai resolusi yang tinggi iaitu 4 kali pixel lebih tinggi berbanding versi sebelumnya, wow! Saya suka membuat kerja yang banyak pada sesuatu masa dan dalam masa yang lama sesuai dengan DiGi iPhone 4 yang multitasking. Saya suka melancong dan mengambil video serta gambar jadi DiGi iPhone 4 saya dapat mengabil video berformat HD kemudian boleh rekod, edit dan kongsi melaui DiGi iPhone 4. 5-megapixcel kamera dan 5 kali digital zoom, built-in LED flash, dan Improved low-light performance akan menjadikan gambar yang kita ambil amat menakjubkan. Saya mahukan DiGi iPhone 4.

26 September 2010

Manchester United Mampu Seri

EPL: MU hanya mampu seri dengan B. Wanderers 2:2. Dimana gol United dihasilkan oleh M.Owen(73) dan Nani (22). Gol Bolton dihasilkan oleh Z. Knight (5) dan M. Petrov minit ke 66.
Keputusan lain menyaksikan Aston Villa menewaskan Wolve 2-1, dan Newcastle seri 0-0 dengan Stoke City. Kedudukan keseluruhan masih lagi di ketuai oleh Chealsea, kedua MU, ke-3 Arsenal dan ke-4, M. City.

Alonso Juara di SINGAPORE

Singapura: Perlumbaan F1 hari ini menyaksikan Fernando Alonso dari Ferrari yang menduduki petak utama berjaya menjuarai perlumbaan F1 di Singapura. Tempat kedua adalah Sebastian Vettel dari Red Bull manakala tempat ketiga juga dari Red Bull iaitu Mark Webber. Jenson Button dari Maclaren tempat ke empat. Manakala Lewis Hamilton tidak berjaya menghabiskan perlumbaan kerana kemalangan. Ini menjadikan kedudukan keseluruhan pemandu menjadi saingan terbuka dan hebat. 1. Mark Webber 202 mata, 2. F. Alonso 191 mata, 3. Lewis Hamilton 182 mata, 4.S. Vettel 181 mata dan 5. J. Button 177 mata.

BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER

Terima kasih kepada Ben Ashaari kerana menyediakan entry ini untuk di blog masing-masing. Ini bagi yang tiada idea atau berita untuk dipostkan. Sememangnya kita perlukan 1 post setiap hari untuk pembaca dan pengunjung blog kita...tul tak?, So sasiapa mahu join jemputan Ben Ashaari ini bolehlah berbuat demikian....trycubatest.

24 September 2010

SELAMAT TINGGAL .......SELAMAT DATANG

Selamat tinggal kepada rakan sekerja saya yang bernama Norhayaty kerana telah bertukar ke tempat kerja yang baru. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik ditempat kerja yang baru di Sg. Kemahal. Yang bertukar adalah yang pakai baju bewarna hitam. Adioss....
Selamat datang kepada rakan sekerja baru yang bertukar dari Jerantut ke Bentong. Nama beliau adalah jamal yang berasal dari Johor. Beliau yang memakai cermin mata itu. Selamat bertugas diucapkan dan saya mendapat rakan kerja yang baru...
Jamuan ini adalah untuk meraikan pemergian dan kedatangan mereka. Sempena dengan jamuan raya sekali....

22 September 2010

BaiK PadA PerempuaN BuruK PadA LelakI

Jika ada 3 sifat ini amatlah bagus untuk perempuan dan amatlah buruk atau tidak bagus jika ada pada lelaki.
1. Sifat KEDEKUT
    Perempuan yang kedekut bagus. selamat lelaki yang mendapat perempuan yang kedekut. Pergi pasaraya
    bawa duit RM 50 jer.
    Lelaki yang kedekut buruk dan teruk. Malu dek orang. Bang, anak nak duit pergi sekolah, takde, bawa
    jer bekal.

2. Sifat MEMBESARKAN DIRI/SOMBONG/BONGKAK
    Perempuan kalau ada orang lain nak ngurat dia tak layan, orang kenyit mata dia marah, itu
    bagus...selamat lelaki/suami.
    Lelaki kalau sombong tak elok, tak mahu bergaul dengan keluarga mentua, pentingkan diri sendiri, itu
    tidak bagus.

3. Sifat PENAKUT
    Perempuan yang penakut bagus...Pah kenapa tidak pergi pasar malam, takutlah bang warga asing ramai"
    bagusnya kalau ada sifat macam itu.
    Lelaki kalau penakut, buruk...nak bangun kencing malam pun ajak isteri temankan. Masyaallah.

Fikir-fikirkan, renung-renungkan, timbang-timbangkan, nilai-nilaikan sama ada kita ada sifat sedemikian baik lelaki mahupun perempuan.

21 September 2010

6 GoLoGaN PeReMpUaN JARANG DIJADIKAN ISTERI

Panduan kepada kaum lelaki.......
1. Perempuan yang memperbanyakkan keluh  kesah. Tidak cukup dengan apa yang ada. Ada rumah tidak cukup, ada kereta tidak cukup, ada barang kemas tidak cukup.
2. Perempuan yang banyak mengungkit pada suami.lelaki..teman lelaki...
3. Perempuan yang ingin atau berkenan dengan lelaki lain. Yaitu minat pada lelaki lain...
4. Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dengan memaksa suaminya buat apa yang diminatinya.
5. Perempuan yang hari-hari sibuk bersolek tanpa mempedulikan hal-hal atau kerja lain seperti memasak, mengemas rumah dan lain-lain..
6. Perempuan yang banyak bercakap atau berleter. Siang malam asyik berleter sahaja.

Kepada kaum perempuan renung-renungkanlah supaya tidak mempunyai atau memiliki sifat-sifat seperti di atas kerana ia akan merugikan diri anda sendiri.
Kepada kaum lelaki fikir-fikirkanlah supaya runah tangga yang terbina atau yang akan terbina dan isteri anda tidak mempunyai sifat-sifat ini.

SEMOGA KITA HIDUP AMAN HARMONI.



                                                     sumber: kuliah subuh

20 September 2010

Buah MENGGERUTU...

Buah ini...tengok sekali seram...tengok 2 kali takut...nak makan pun geli...tapi bila dicuba makan sedap pulak tambah- tambah lagi makan dengan pencicah....macam orang mengidam dibuatnya. Nak dapatkan buah menggerutu ni cukup susah...terutamanya di bandar. Kalu di kampung mungkin agak senang kot?

Kalau di Kedah orang panggil buah namnam....betul tak? Ada kawan saya cakap. Tetapi kalau di Kelantan  pula orang panggil buah katak puru...sebab buah bentuk macam katak kot. Eh pelik tul namanya..Apapun jika dimakan memang sedap...rasanya manis-manis masam gitu...Buah-buahan macam ini sudah hampir pupus agaknya...anak-anak Malaysia akan datang mungkin tidak dapat merasa dan mengenali buah ini agaknya....
Kalau tak cuba tak tau....Trycubatest dulu!!

19 September 2010

Buah paling Panjang DI DUNIA?

BENARKAH buah ini paling panjang di dunia. Bentuknya memang panjang dan nipis sehingga ada yang sampai aras pinggang panjangnya.
Pokoknya besar dan tinggi. Nak tanam pokok ini pun sangat senang. Tidak perlu biji benih atau disemai.








Mungkin buah ini tiada ditempat anda dan mungkin tidak ramai yang suka makan buah ini kerana rasanya pahit dan kepedasan sedikit.
Apakah nama buah ini di tempat anda? mungkin nama panggilannya berbeda-beda.
Buah ini banyak terdapat di Kelantan. Ada yang buat kebun...ada yang tanam di keliling kawasan rumah... dan ada yang tanam hanya untuk dimakan....
 Orang Kelantan memanggil buah ini ialah buah Beko atau nama saintifiknya OROXYLYM INDICUM.
Bagi penggemar ulam, bolehlah makan buah ini....kerana ianya baik untuk darah dan kesihatan.
Buah beko yang muda sahaja boleh digunakan dalam masakan dan untuk dimakan. Buah yang sudah tua tidak boleh dimakan atau dibuat makanan.Selain buah, bahagian lain yang boleh dimakan ialah pucuknya. Pucuknya memang sedap dibuat ulam sama ada ulam mentah atau yang dicelur dicicah dengan sambal,budu, tempoyak atau ikut selera masing-masing. Buah beko boleh dibuat ulam mentah, ulam yang dicelur, ulam yang dibakar, dan kerabu beko. Kalu nak boleh TRYCUBATEST.

16 September 2010

Tips UPSR

Matematik 

GAGAL menjawab soalan penyelesaian masalah antara faktor utama calon tidak mendapat markah maksimum bagi Matematik Kertas 1, manakala untuk Kertas 2 pula kerana tidak menunjukkan jalan pengiraan.
Sehubungan itu, calon diingatkan supaya tidak terlalu gopoh, sebaliknya memberi tumpuan ketika menjawab soalan kedua-dua kertas itu.
KERTAS 1 

Kertas ini mengandungi 40 soalan objektif. Soalannya boleh dikategorikan dua jenis, iaitu bentuk persamaan dan penyelesaian masalah. 

Lapan hingga sepuluh soalan disoal dalam bentuk persamaan membabitkan nombor dan simbol matematik. Soalan jenis ini boleh dianggap mudah dan calon hanya perlu berhati-hati ketika membuat pengiraan seperti meletak nombor pada nilai tempat, meletak titik perpuluhan di tempat yang betul, mengikut peraturan pengiraan yang betul contohnya BODMAS, membuat penukaran unit dengan tepat dan berhati-hati ketika membuat pengumpulan semula. 

Dalam lingkungan 30 lagi soalan adalah jenis penyelesaian masalah yang boleh dilihat dalam dua bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar. 
Sebelum menjawab, calon perlu membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali. Kenal pasti maklumat terdapat dalam soalan. Biasanya soalan penyelesaian masalah mempunyai lebih daripada satu maklumat. Gariskan maklumat penting itu. 

Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya', ‘yang tinggal', ‘diberikan sama banyak', ‘simpanan', ‘untung', ‘rugi', ‘diskaun' dan sebagainya. 

Perkara penting calon perlu tahu ialah apakah kehendak soalan. Persoalan inilah yang perlu calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir. 

Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang langkah pengiraannya. 

Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi). 

Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan. 

Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian masalah, calon perlu lebih daripada satu operasi dan jalan kerja. Bagi soalan membabitkan sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu. 

Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak dibantu rajah, graf, jadual dan gambar yang memerlukan calon membuat penelitian kerana sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan, manakala sebahagian maklumat lagi dalam pernyataan soalan. 

Antara kelemahan yang sering dilakukan calon ialah: 

a) Membaca soalan dan terus mengira mengikut kefahaman sendiri. 

b) Tidak membuat penelitian terhadap ayat terakhir dan mencari kehendak soalan. 

c) Terlalu cepat membaca soalan hingga tertinggal maklumat. 

d) Tidak merujuk rajah, graf, jadual dan gambar diberikan. 

e) Terus membuat pengiraan tanpa menyemak semula. 

f) Kurang membina ayat matematik sebelum memulakan pengiraan. 

g) Lemah membuat tafsiran terhadap perkataan atau ayat yang digunakan. 

KERTAS 2 

Kertas ini mengandungi 20 soalan. Antara cirinya ialah bentuk subjektif, perlu menulis langkah pengiraan dengan jelas bagi mendapatkan jawapan dan pemarkahannya berdasarkan tiga aras, iaitu satu markah (5 soalan), dua markah (10 soalan) dan tiga markah (5 soalan). 

Sebahagian besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1. Pada dasarnya tanggapan itu benar tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik. 

Jika calon tidak membuat banyak latihan dan benar-benar memahami cara menjawab soalan Kertas 2, calon boleh melakukan kesilapan sewaktu memberikan jawapan. 

Kesilapan yang sering dilakukan calon ialah kurang tumpuan dan tidak menunjukkan langkah pengiraan yang dikehendaki untuk memberikan jawapan tepat. Selain itu, ada calon yang hanya menulis jawapan tanpa menunjukkan atau memberikan langkah pengiraan yang jelas. Perkara ini boleh menyebabkan kehilangan markah. 

Ada calon yang gagal mencari jawapan tepat kerana tidak memahami apa kehendak soalan terutama soalan-soalan jenis penyelesaian masalah dan berkaitan rajah. Sehubungan itu, pastikan ayat akhir setiap soalan difahami terlebih dahulu sebelum memulakan pengiraan. 

Terdapat juga calon UPSR yang gagal menukar masalah yang dikemukakan ke dalam bentuk ayat matematik dengan tepat. Oleh itu, calon perlu memastikan beberapa perkara sebelum dan semasa menjawab soalan Kertas 2 iaitu: 

i. Apa kehendak soalan - berikan jawapan berdasarkan kehendak soalan dengan tepat. 

ii. Bagaimana - Tunjuk langkah pengiraan / cara memberikan jawapan. 

iii. Berikan jawapan tepat - jawapan lengkap 

Jawapan sama ada membabitkan sukatan / measurement (km, kg atau l), RM, sen, perimeter atau luas. 

Selain itu calon seharusnya dapat melaksanakan langkah-langkah berikut semasa menjawab soalan; 

i. Baca ayat demi ayat dengan cermat. 
ii. Tukar ayat kepada bentuk angka (ayat matematik). 
iii. Tunjukkan langkah pengiraan. 
iv. Berikan jawapan yang lengkap. 
v. Semak semula dan tulisan yang jelas. 

Sementara itu, bagi soalan berbentuk persamaan atau terus, calon perlu menguasai konsep pengiraan yang sebahagiannya memerlukan beberapa langkah pengiraan sebelum memperoleh jawapan yang dikehendaki soalan. 

Contoh soalan bentuk terus atau persamaan (soalan jenis operasi bergabung/mixed operation) gagal dijawab dengan betul oleh ramai calon bukan disebabkan tidak mahir sifir tetapi terlupa konsep “BODMAS”. 

Untuk menyelesaikan soalan seumpamanya, calon perlu tentukan jenis operasinya sama ada + dengan ÷  atau - dengan x. Amat jarang soalan dikemukakan dengan memberi x atau ÷ dulu dan baru diikuti - atau +.  Pengiraan boleh bermula dari kiri ke kanan jika operasinya + dan - atau x dan ÷. 

Sebanyak lima atau enam soalan bentuk persamaan dikemukakan dalam Kertas 2. Oleh itu, pastikan konsep setiap kemahiran difahami sepenuhnya bagi mengelakkan calon kehilangan markah atau gagal memberikan jawapan tepat. 

Soalan bentuk penyelesaian masalah pula boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu secara gabungan ayat dan rajah, jadual atau gambar ataupun menggunakan perkataan. Biasanya calon melakukan kesilapan dengan menulis jawapan dengan tidak mengambil kira ayat akhir dan keseluruhan maksud soalan. 

Langkah pengiraan perlu ditunjukkan dengan jelas dan tepat mengikut unit diperlukan dalam jawapan. 

Soalan dua dan tiga markah agak mudah kerana tidak menggunakan ayat terlalu panjang. Banyak soalan dibantu rajah dan gambar. Ini memudahkan calon memahami kehendak soalan. 

Bagi soalan tiga markah, hampir kesemuanya membabitkan rajah dan jadual. Untuk soalan ini, pastikan pengiraan atau maklumat awal digunakan dalam pengiraan tidak salah nilai. Kesilapan ini menyebabkan pengiraan seterusnya menjadi salah. 

Secara keseluruhan, calon perlu memberi tumpuan terhadap soalan yang menggunakan ayat dan rajah. 

Kesilapan kerap berlaku dikaitkan dengan kegagalan calon memahami maksud ayat terakhir atau memberikan jawapan selepas langkah pengiraan dilakukan, sedangkan jawapan sebenar setelah langkah kedua atau ketiga

03 September 2010

SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri

http://kadraya.kartunisubi.com  
Esok hari yang ditunggu-tunggu oleh aku....dan mungkin juga oleh orang lain yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing. Mungkin dah ada yang mengambil cuti awal.....Apa pun balik kampung merupakan tradisi apabila tiba musim perayaan. Semasa pulang hati-hatilah memandu, menunggang, dan juga yang menaiki kenderaan awam....biarlah kita SELAMAT sampai kerumah atau tempat yang dituju...
Raya ini mungkin ada yang pulang dengan 
KERETA baru
BABY baru
ORANG baru
tetapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
jangan
KERANDA menunggu.
Memandulah dengan berhati-hati...OOOPS Berhenti, OPS Sikap RM300 menanti......Duit raya hilanglah lagi, baik buat derma kat orang yamg memerlukan dan menagih simpati, mendapat berkat dan dirahmati oleh Ilahi...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pengunjung blog saya dan buat semua yang tersayang.................

01 September 2010

Netbook 1 Malaysia

Tahniah kepada pelajar dan keluarga yang mendapat netbook 1 Malaysia.
Gunakanlah netbook itu dengan sebaik mungkin, untuk meningkatkan pengetahuan tentang ict, pembelajaran, dan juga masa depan. Mak ayah berasa bangga kerana anak mereka mendapat netbook ini. Ini juga dapat meningkatkan pengetahuan keluarga tentang ict terutamanya di luar bandar. Walaupun ada bayaran dikenakan selama setahun tetapi ia masih jauh lebih untung jika dibeli dari kedai. Saya menyokong penuh dasar kerajaan yang memberikan netbook ini.
Kepada anak dan ibu bapa yang tidak dapat bersabarlah kerana mungkin itu bukan rezeki anak-anak mereka. Dasar satu keluarga satu komputer memang bertepatan sekali....kerana zaman ini zaman IT.

Pelangi Selepas Hujan

 
Kenapa ada yang mengatakan pelangi tidak boleh ditunjuk dengan jari?
Takut jari buruk dan sebagainya....adakah itu benar atau tidak, masih menjadi tanda tanya kepada kanak-kanak?
Inilah pelangi yang diambil selepas hujan....memang indah dipandang...itulah kelebihan ciptaan Allah s.w.t.
Gambar ini diambil pada waktu petang...kelihatan ada 7 warna jika masih ingat sewaktu belajar sains dahulu...

Anda Juga Mungkin Minati Ini