29 November 2012

Masalah membuka FB di Monzilla Firefox...APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN?

Facebook adalah satu laman yang popular sekarang ini dan sering berubah laman webnya. Jadi masalah sering timbul mungkin disebabkan oleh facebook anda sendiri atau web browser yang anda gunakan.

 Untuk menyelesaikan beberapa masalah yang timbul berkaitan browser Monzilla sila lihat penyelesaian di bawah:
1. Kadang-kadang anda boleh buka laman lain dekat monzilla ....seperti You tube, blog,....tapi FB tak boleh buka. Ini mungkin masalah FB anda atau browser Monzilla. Untuk kenalpasti anda cuba buka FB anda dengan menggunakan browser lain seperti IE, Chrome...Jika FB anda dapat dibuka maka browser Monzilla yang bermasalah. Anda perlu ubah setting Monzilla di option untuk membenarkan FB dibuka di browser ini. Anda perlu bersihkan daripada cookies dan cache daripada firefox setting.Jika masalah masih ada...ubah setting internet security...to allow/membenarkan firefox dibuka.
2. Masalah untuk melihat profie timeline..dimana gambar menjadi besar walaupun anda tidak zoom kan dia...untuk mengatasinya anda mungkin boleh cuba dengan menekan ctrl+ atau ctrl-: anda akan dapat membesarkan atau mengecilkan image/text tersebut.
3. Jika anda adalah hantu game...anda mungkin bermasalah untuk bermain dengan firefox. Jika game anda bermasalah semasa loading dengan firefox..ubah setting Flash Plugin. Pada setting tersebut ubah dari "block" ke "allow" untuk menyimpan data dalam komputer.
4. Anda juga mungkin menghadapi masalah dimana post atau gambar tidak boleh dilihat sepenuhnya...ini mungkin disebabkan oleh add on yang anda install (seperti "ad blocker"). cuba buang add on tadi dan start semula firefox anda.
5. Seterusnya ialah masalah FB Chatting. Masalahnya ialah Chatting menjadi perlahan...cara selesaikan dengan mengupgradekan firefox anda ke version yang terkini atau update firefox anda.
6. Jika anda mempunyai masalah lain lagi berhubung dengan FB ini...sialah ke laman web FB atau Firefox troubleshooting untuk menyelesaikannya. Trycubatest...

05 August 2012

100 Tahun Nestle Di sisimu

Jom sertai Peraduan yang dianjurkan oleh Nestle sempena program 100 tahun Nestle. Hanya create cerita berkaitan produk Nestle atau lampirkan gambar atau video bersama produknya....
Anda mungkin menjadi salah satu daripada pemenangnya...Tarikh tutup 30 November 2012.

Untuk mengtahui lebih lanjut dan menyertainya klik foto di bawah:

08 April 2012

PAKEJ SOALAN RAMALAN MATEMATIK 2012

JOM..DAPATKAN SOALAN RAMALAN MATEMATIK TAHUN 2012 SEKARANG.....
DEMI KEJAYAAN A ANDA...
TUNGGU APA LAGI...
Klik link pada gambar di atas

07 April 2012

Messi @ Terry....

JOHN Terry mula bimbang menjelang pertemuan Chelsea menentang Barcelona apabila anaknya kembarnya sendiri, Georgie dan Summer, 5, meminati Lionel Messi.
Mereka mungkin tidak gembira apabila ayah mereka sendiri yang akan menghalang pemain idola mereka dari Argentina itu.
Itu adalah satu lagi dilema yang membelenggu kapten Chelsea ketika dia bersedia berdepan pemain terbaik dunia dalam dua perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara pada 18 dan 24 April ini.

Cubaan menghalang bintang Barcelona yang menjaringkan 58 gol itu memang cukup membimbangkan dan ia ditambah lagi dengan tekanan kerana mengecewakan anak-anaknya.
“Bagi saya, Lionel Messi memang pemain terbaik. Saya bertuah dapat menentangnya dan apabila karier saya berakhir, ia sesuatu yang pasti dikenang kerana saya sudah menguji kehebatan saya dengan pemain terbaik.

“Dia masih akan terus gah biarpun karier saya sendiri berakhir. Jadi ketika menonton di televisyen nanti, saya boleh beritahu kepada anak-anak saya bahawa saya pernah menentangnya.

“Anak-anak saya memang sukakan Messi. Kedua-duanya mempunyai jersi dengan namanya di belakang malah mereka gembira kerana saya bertukar jersi selepas satu daripada perlawanan sebelum ini.”

“Saya tidak boleh merungut kerana Messi adalah pemain hebat secara individu dan juga seorang yang hebat. Dia mempunyai segala-galanya dan benar-benar memberi sumbangan kepada bola sepak.
Sumber:HarianMetro

05 April 2012

Seronok Baca Al-Quran....

Jadi..apa tunggu lagi dapatkan Al-Quran Digital 2012 untuk anda atau hadiahkan kepada orang tersayang dengan mengelik link pada gambar di atas atau browse link di bawah:
http://www.qurandigital.my/hop.php?ref=tengkusri

01 April 2012

Nasi Pagi.....

Pernahkah anda melancong ke Kelantan....Pernahkah anda makan waktu pagi di mana-mana gerai di Kelantan untuk menjamu nasi. Bermacam-macam nasi, kuih-muih dan sebagainya dijual di sana..
Bagi orang yang sering merantau...mungkin inilah hakikatnya...adakah negeri Kelantan Miskin...Kuasa beli orang Kelantan adalah lebih berbanding dengan negeri lain di Malaysia. Kedua dua makanan ini bukan di bandar besar tapi di luar bandar atau di kampung.

Lihatlah perbandingan harga makanan di Kelantan dan di negeri lain. Sebab itulah sebahagian yang pergi bekerja di Kelantan tidak mahu pindah atau pulang ke negeri asal mereka.

Bayangkan makan pagi hanya RM 2.00 sahaja sudah kenyang. Ada ayam goreng dan daging bakar. Manakala di sebelahnya hanya daging goreng. Kuantiti nasi sebenarnya lebih banyak yang RM 2.00 sebenarnya. Jika anda makan nasi RM2.50 itu belum tentu kenyang..kerana kuantiti nasinya yang sedikit. Melanconglah ke negeri Kelantan baru anda tahu...Kaya atau Miskin, Senang atau Susah....Trycubatest.

ARTIS CUN...Idaman Lelaki

Pantang melihat ada artis baru memiliki pakej lengkap sebagai wanita idaman, segelintir orang kenamaan (VIP), pengarah, penerbit dan promoter konsert berlumba-lumba menjerat artis terbabit dengan pelbagai umpan seperti kemewahan dan kejayaan segera dalam industri seni tanah air. Dasar lelaki hidung belang, mereka tidak mampu menahan naluri seks luar biasa sebaik menyedari kehadiran artis baru berwajah cantik, kulit putih gebu dan badan menggiurkan, sekali gus giat pasang jerat. Ini adalah antara artis yang mendapat gangguan.
NEELOFA... VIP guna pelbagai helah

HANEZ... pengarah cuba raba dan cium

NAS ADILA... penganjur konsert tarik kasar masuk bilik

FIZA... penerbit sengaja wujud babak atas katil.

ANI MAYUNI... pintu diketuk bagai nak roboh.

 Jika tersilap langkah, boleh tergadai maruah. Itu risiko dihadapi artis wanita, terutama artis baru ‘bergetah’ yang terdedah dengan gangguan seksual dalam meneruskan karier seni mereka.
Sumber:HarianMetro

31 March 2012

MMS.. Pakej Timur Tengah

Rupa paras persis artis Barat, bulu mata lentik dan bertubuh langsing menjadi modal kepada sindiket pelacuran untuk menawarkan wanita Timur Tengah kepada pelanggan di negara ini menggunakan SMS dan MMS.
Kumpulan wanita Timur Tengah dari pelbagai negara ini, termasuk Syria, Iran, Yaman dan Maghribi bergerak dari bandar ke bandar bergantung kepada tempahan pelanggan.
Rata-rata wanita yang diletakkan pada gred 1 itu yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial menawarkan khidmat seks kepada lelaki tempatan yang sanggup membayar harga tinggi sehingga RM1,000 bagi sekali perkhidmatan.
Perkara ini didedahkan beberapa lelaki tempatan yang pernah mendapatkan khidmat mereka yang disifatkan unik walaupun perlu mengeluarkan modal besar.
Sumber: HarianMetro

HIDDEN CHRONICLES....Inbox hilang?

Pemainan Game Hidden Chronicles dalam Face Book amat sesuai untuk semua lapisan ....dan sesuai untuk memahami perbendaharaan kata dalam bahasa inggeris...untuk budak-budak sekolah dan pelajar-pelajar amatlah sesuai...kerana banyak benda yang kita tidak ketahui dalam bahasa inggeris. Permainan ini bolehlah mengisi masa lapang anda....
 Masalah yang saya hadapi ialah Inbox tidak muncul selepas "loading" jadi kita tidak dapat menerima dan menghantar permintaan daripada kawan-kawan....so frustrated...2 hingga 3 hari juga sebelum berjaya menemui penyelesaiannya....walaupun menghantar kepada pasukan FB sendiri masalah itu sehingga kini tidak dapat diselesaikan.
Caranya ialah anda menukar kepada bahasa lain dahulu...barulah muncul "inbox' anda....so happy. Kemudian tukarlah semula kepada bahasa yang anda fahami...Lihat gambar di bawah ini

Selamat bermain...Trycubatest.
Kepada yang tahu bagaimana nak munculkan "inbox" dalam Cityville please help me....saya sudah cuba berbagai cara tapi tidak juga berjaya...menukar bahasa...tukar pelayan...tukar laptop...refresh...close and open..but still gagal....

27 March 2012

ULAR BERKEPALA 5...

 Allahhuakbar.....jika di Singapura tergempar dengan ular tedung berkepala 3...ini pula ular tedung berkepala 5...sungguh menakjubkan dan menakutkan.

Bayangkan jika anda menjumpai ular ini secara real...mungkin anda akan lari lintang pukang....

Di bawah ini pula ...sengaja mencari maut...ular sebesar itu mampu makan manusia sekelip mata...

26 March 2012

Peluk Tiang 2X seminggu...

Seksi...aksi gadis menari tiang
Berbekalkan wajah cantik dan tubuh menawan, tiga wanita tempatan memperoleh pendapatan lumayan dengan melakukan persembahan ghairah tarian tiang sambil berpakaian seksi selama 10 minit di sebuah pusat hiburan di Nilai.
Difahamkan, mereka yang berusia 23 hingga 25 tahun melakukan tarian itu dua kali seminggu di premis berkenaan dengan bayaran RM200 hingga RM250 seorang bagi sesi berasingan iaitu pada jam 1.20 pagi dan sejam berikutnya.
Wanita berasal dari utara dan selatan tanah air itu dipercayai melakukan persembahan mengikut tema berbeza, antaranya tarian ‘ballet’ yang seksi termasuk hanya berbikini untuk tontonan pelanggan.
Mereka termasuk seorang yang dikatakan menjadi ketua kumpulan itu yang menjadikan tarian tiang sebagai kerjaya, hanya menerima undangan daripada pemilik premis hiburan.
sumber:HarianMetro

Ikan Apa Ni...?

Siapa yang tahu boleh teka apakah nama haiwan ini...

Adakah sejenis ikan, ketam, sotong, atau apa??
Boleh dimakan atau tidak...
Masakan apa yang sedap....
Saya pun tidak tahu...hahaha...siapa tahu boleh tolong bagi komen.

24 March 2012

Haiwan Gergasi.....

Haiwan apakah ini...setinggi manusia....Apakah yang anda bayangkan.....Ular?...Lintah?
Cuba anda bayang jika menggigit kita....apakah yang terjadi kepada kita...kejadian ini diambil selepas hujan lebat dan mengakibatkan banjir.

21 March 2012

IKAN ANEH...

Pernahkah anda lihat dan menjumpai ikan seperti ini...kenalkah anda dengan ikan ini...Saya pun tidak tahu apa nama ikan ini....jika sesiapa tahu tolong bagitau....ikan ini dijumpai dalam laut....sanggupkah anda makan ikan ini....badannya yang leper dan nipis, bentuknya amat berbeza dengan ikan-ikan yang pernah kita makan.
Sesungguhnya ciptaan Allah itu maha hebat...

20 March 2012

Penculikan Tanpa Henti...

SABAN hari kita sering mendengar kes penculikan di media masa. KENAPAkah perkara ini berlaku dan berterusan....Bagaimanakah cara untuk kita mengatasi masalah ini......Dimanakah tanggungjawab kita semua dan juga pihak berkuasa dalam menangani kes penculikan ini....
Sesungguhnya perkara ini berlaku diluar kehendak kita...kita hanya boleh mencegahnya tapi yang tahu hanya Allah sahaja...mungkin ada hikmah disebaliknya...
Jadi kepada semua ibu bapa yang ada anak...pastikanlah anak-anak anda selamat setiap masa....JENAYAH BERLELUASA DI MANA-MANA...

09 March 2012

Wahai anak?? Ibu Menangis...

Sebagai seorang anak...sanggupkah anda berbuat begini kepada ibu anda....bukankah syurga di bawah tapak kaki ibu...wahai anak lelaki sedarlah...jangan ikutkan keduniaan semata-mata....jagalah ibu anda begitu juga saya....insyaallah. Inilah kisahnya.....
"Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.



Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya."

sumber: HarianMetro

08 March 2012

POKOK MENARI!

Jika kita lihat sekali imbas macam manusia.....ada punggung, buah dada, kepala, dua tangan dan kaki seperti sedang menari.........tapi sebenarnya adalah pokok ciptaan Allah yang maha esa. Mungkin ada orang ingat pokok ini terjadi akibat manusia kena sumpahan dan mungkin macam-macam andaian yang akan dibuat...Sebenarnya ini adalah tanda kebesaran Allah...Bertuahnya siapa yang menemui pokok ini....

Mek POWER

keluarga bahagia
Suami pantang ‘tersentuh’, manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang layak digelar ‘pasangan super’ apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin 40 tahun lalu. Selain itu, kehidupan sukar pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau Kundor, Kota Bharu, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang ‘subur’ kerana tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.
Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.
“Saya orang susah, tak dapat makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.
DAPAT AYAM...anak-anak dan sebahagian cucu pasangan terbabit makan ayam goreng KFC

“Pada masa sama pekerjaan sebagai pencari buah dan bunga nipah memerlukan saya bangun seawal jam 6 pagi dan menggunakan sepenuhnya kudrat untuk memotong pokok nipah serta menghiris bunganya. Pekerjaan itu membuatkan tubuh saya sentiasa bertenaga dan sihat,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
sumber:HarianMetro

Logo Halal... AWAS?

Awas!! tengok betul-betul logo halal oleh JAKIM...berbeza dengan logo halal yang dikelaurkan oleh pihak swasta. Sebelum membuat pembelian sesuatu produk lihatlah logo halal yang dipamerkan pada produk tersebut...kerana mungkin kita tertipu....bijaklah memilih produk yang halal dan anda yakin dengan kehalalannya......

07 March 2012

Rahsia JARI

kaki bising.com
Bertuahnya manusia jika mempunyai jari yang cukup dan sempurna berbanding dengan mereka yang tiada tangan atau jari atau tidak sempurna. Jari yang kita ada mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan jika kita kaji....
Jadi gunakanlah JARI yang kita ada dengan sebaik mungkin kerana ia anugerah Allah yang tidak ternilai....

Siapa Yang Dapat DOA Malaikat

Sebagai seorang muslim...anda mungkin tidak mahu ketinggalan untuk didoakan oleh para Malaikat. Jadi, siapakah yang mendapat doa daripada para Malaikat.
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE...


sumber:anda buat anda dapat

06 March 2012

Pendrive Kena Virus?? Fail Hilang...

Pernahkah pendrive anda kena virus....
Pernahkah fail dalam folder anda menjadi empty atau tidak nampak....
Pernahkah semua folder dalam pendrive anda menjadi shortcut....
Apabila discan virus menggunakan antivirus...masih tidak dapat mengembalikan fail tadi malah keluar...
“windows cannot find f:recycler……exe





Tentu menjadi masalah dan kegusaran kepada kita kerana mungkin fail itu amat penting dan amat diperlukan dalam pekerjaan kita.....lebih-lebih lagi jika kita tidak membuat backup di tempat yang lain......
Jika pendrive anda kena virus atau malware or what ever jenis virus...jangan terus format kerana fail tersebut akan hilang.....
Anda mungkin dapat menggunakan kaedah ini dan diharap dapat membantu anda mengembalikan fail tersebut.
Caranya ialah..
1. Klik My Komputer>periksa Pendrive anda>sama ada (C), (D), (E), (F) dan sebagainya.Katakan
    pendrive anda mewakili huruf (F)











2. klik START > RUN > taip cmd kemudian klik OK.
3. Jika pendrive anda ialah (F), taip arahan ini attrib -h -r -s /s /d k: *.*  kemudian ENTER.
 


4. Insyaallah fail anda tadi akan muncul semula.......
5.Jangan lupa untuk update dan gunakan antivirus yang terkini..TryCubaTest..
Anda Juga Mungkin Minati Ini