26 August 2011

Tips Balik Kampung.....

Selemat Hari Raya semua.......Maaf Zahir Batin.
Setiap tahun..
Setipa kali datang Hari Raya Aidilfitri.....ramai yang balik kampung halaman masing-masing.
Semua warga kota, desa, anak perantau...sememangnya menunggu untuk pulang beraya....
Sebolehnya pastikan perjalanan pulang anda selamat...
Pertama: Kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan diservis
Kedua: Pastikan anda cukup segar dan rehat yang cukup
Ketiga: Memandu dengan berhemah...patuhi semua peraturan...jaga2 OPs Sikap....jgn tergesa-gesa
Keempat: Rancang waktu pulang yang sesuai...gunakan jalan yang tidak jem
Kelima: Pastikan harta dan rumah anda berkunci.....sebelum ditinggalkan.
Keenam: Beritahu jiran, ketua kampung, dan polis ....semasa pulang beraya..
Semoga PERjalanan Anda Selamat SAMpai ke Destinasi....
Sayangi NYawa anda dan....keluarga anda serta ORang TErsayang...
Jangan jadi seperti tragedi di bawah ini......
BALIK KG....Hoho..BALIK KG...

25 August 2011

MUHASABAH-‘Tak tahu apa menanti esok’

Wanita yang berhati waja itu duduk di sofa di mana dia boleh berehat sambil menulis buku mengenai pengalamannya, yang sudah pun diterjemahkan ke beberapa bahasa.
Saya dapat banyak wang daripada buku itu,” dia membuat pengakuan.

Bagaimanapun, semua pendapatan diperoleh daripada buku diberikan kepada orang ramai termasuk mereka yang lalu lalang di depan tempat tinggalnya dalam bentuk lima mark (mata wang kertas Jerman yang berbentuk segi empat sama yang digunakan ketika itu).
Keunikan hidup Sayuki menarik minat ramai dan dia dijemput untuk muncul di kaca televisyen, memberi ucapan dalam seminar dan dijadikan subjek bagi satu filem dokumentari.

Kini dia sibuk menyunting buku ketiga di rumah yang terletak di tepi pantai utara di Wilhelmshaven yang ditumpangi sementara waktu. Sebagai balasan, dia membuat kerja rumah dengan membuang sampah dan memotong rumput.
Sayuki juga tidak mengambil duit pencennya yang berjumlah 700 euro (RM3,000) sebulan sebalik�nya memberikannya kepada ‘rakan yang memerlukan wang’.
Malah, dia juga tidak mahu memikirkan ke mana hala tujunya apabila usia semakin meningkat atau untuk berjumpa doktor bagi pemeriksaan kesihatan.
Dia berkata, menjumpai kedai makanan kesihatan �di Dortmund yang memberi�nya bahan yang hendak dibuang.
Kini di Wilhelmshaven, kadangkala ada kawan yang memberinya sayur-sayuran yang dipetik dari kebun sendiri. Sekali-sekala jika perlu, dia ke pusat yang menyediakan makanan percuma untuk orang susah.
Tentulah saya akan risau jika tiada apa-apa langsung dalam peti sejuk. Dulu saya selalu risau, tetapi apa yang saya suka (dengan kehidupan sekarang) ialah kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok,” katanya.
Menurutnya, dia bukan mencari pengikut, tetapi berharap tindakannya itu dapat ‘membantu orang untuk menilai semula cara hidup mereka dan hubungan dengan orang lain’.
Dalam dua bulan akan datang, dia akan mengeluarkan beg bajunya - yang mengandungi semua ‘hartanya’ untuk ke destinasi yang belum diketahui.

sumber: HM

SPPBS-Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Sistem ini akan digunakan bermula pada tahun 2011 untuk tahun satu. Sistem ini akan berterusan hinggalah ke tahun 2016 iaitu hingga murid tahun satu akan menduduki UPSR pada tahun 2016. Sistem pembahagian 40 60. 40 peratus markah PBS dan 60 peratus markah lagi penilaian.
Markah PBS murid akan dimasukkan kedalam LPPBS ini. Untuk Log In klik sini. Paparannya seperti di bawah:

Untuk mengisi LPPBS ini memerlukan Dokumen Standard Prestasi(KSSR). Klik di sini.Didalamnya terdapat Band, deskriptor dan evidens yang diperlukan untuk mengisi LPPBS.

23 August 2011

Terung Goreng Berlada dengan Belacan

Mungkin anda pernah dengar terung rebus, pajeri terung, terung goreng berlada.....
Mungkin anda jarang dengar terung goreng berlada dengan belacan.....
Sedap ke tak anda cubatrytestlah sendiri.......
Semalam ada jiran bagi terung....5 biji terung biasa..jadi pikir-pikir nak cuba goreng dengan belacan...so cubalah menggorengnya....rasanya boleh tahan....
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti:
Terung panjang 4 biji
cili kering yang dah blender 2 sudu
bawang merah 5 ulas
bawang putih 4 ulas
ikan bilis 20 ekor
sedikit belacan

Cara-caranya:
Belah 2 terung jangan sampai putus dan goreng...ketepikan
sementara kemudian tumbuk kedua2 jenis bawang hingga lumat lepas itu tumbuk pula ikan bilis kasar sahaja.....
Panaskan kuali dan tumis bawang, ikan bilis, cili dan belacan dalam minyak panas...tunggu hingga naik bau wangi kemudian masukkan sedikit air, garam dan perasa lalu dimasukkan terung yg telah digoreng tadi...gaul hingga rata....siap untuk hidangan ...

Shoutmix, Shoutbox...or Cbox?

Apa pendapat korang semua tentang tempat sembang or chat yang paling korang sukai...
Aku dah banyak kali bertukar-tukar benda ni....apabila melawat blog orang lain lihat menarik pulak...tapi aku pun cubalah nak membuatnya berpandukan nota-nota yang ada....
Mula-mula buat blog aku guna jerr Cbox ni...tak susah tak kena register...just copy paste kod html je..






Tapi aku rasa kurang menarik bila dah gunanya....sb nak tukar colour text....background susah, yerrrlah aku bukannya mahir sangat benda ni..sehari 1 jam jerr ngadapnya...lainlah korang...
Aku pun nak cuba lah Chatting box yang baru...
Jadi aku telah pilih Shoutbox......

Tengoklah Shoutbox ni...nampaknya pun kurang menarik juga ...nak dapatkannya kena register dulu...ciri-ciri keistimewaannya pun tak berapa banyak....nak edit mencantikkanya pun aku tak tahu......nampak biasa jerr kan ...korang mungkin creatif untuk mengeditkannya supaya lagi cantik dan bergaya...chatbox korang........

Lastly...aku cuba guna pulak Shoutmix....lebih kurang sama juga fungsinya ....tapi aku tengok dekat blog korang yang guna ini bukan main gempak...dengan warna-warni...dan siap boleh tukar perkataan menjadi gambar yang bergerak-gerak....dan gambar sendiri....WOW!!! amazingly. Jadi aku pun cuba lah jugak dengan register yang baru untuk chatbox blog aku....
Inilah Shoutmix aku yang terbaru boleh kira menariklah sedikit dari yang dahulu.....





Menarik tak????...bolehlah dengan kepaandaian yang sedikit aku ada tu....yang pentingnya ia mempunyai ciri-ciri yang banyak dan mudah untuk dimodified mengikut citarasa kita....

Kalau ...tak menarik komenlah sikit.....
itulah yang aku nak bagitau perbezaan dan persamaan antara 3 chatting box yang pernah aku guna pakai selama berblog ini....

22 August 2011

KSSR Tahun 2

KSSRKurikulum Standard Sekolah Rendah untuk tahun 2 akan dilaksanakan pada tahun 2012. Semua bahan kurikulum adalah yang baharu termasuklah buku teks. Bahan-bahan KSSR tahun 2 ada di bawah ini.
Taklimat KSSR Tahun 2
B.M
B.I
Matematik
B.Cina
B.Tamil
B.Arab
P.Islam
P.Moral
P.Jasmani
P.Kesihatan
Dunia Seni Visual
Dunia Seni Muzik
Dunia Sains dan Teknologi
B.Cina SK
B.Tamil SK
B.Iban
B.Kadazan Dusun
Masalah Penglihatan
Masalah Pendengaran


20 August 2011

MyFantasy Football Player Kembali...

Kepada peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris 2011/2012. Anda mungkin berpeluang memenangi hadia wang tunai RM 5 000 bulanan. Cepat anda belum terlambat untuk menjadi juara bulanan dengan mendaftar sekarang secara percuma. Klik link pada gambar di bawah ini untuk mendaftar dan memilih pasukan fantasi anda seterusnya memenangi hadiah wang tunai....Ia baru bermula minggu kedua....
Bertindak sekarang...rezeki ayam ada di kaki...rezeki anda ada di mana-mana.

SAJI HIASAN, PENUTUP KUIH, HANTARAN dll..

Kepada yang berminat boleh dapatkan saji hiasan yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara seperti penutup kuih raya, penutup makanan dan hantaran kahwin.
Ciri-ciri:
2 saiz: Kecil dan besar (tiada gambar, harga RM 55)
Warna: Pelbagai kombinasi warna yang anda suka (perlu tempah lebih awal)
Bentuk saji: Bulat sahaja
Harga: Seperti tertera pada gambar.


18 August 2011

Dokumen Standard Prestasi (PBS)


KSSR
(Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
Lembaga Peperiksaan telah mengelurkan satu Dokumen Standard Prestasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang seragam untuk digunakan di semua sekolah kebangsaan di seluruh Malaysia untuk tahun 1. Sebelum ini sekolah telah membuat standard prestasi masing-masing. Dengan keluarnya DSP dari LP ini akan memudahkan lagi pengurusan sekolah untuk membuat PBS. Bahan-bahan DSP adalah seperti di bawah ini:


Falsafah Pendidikan Negara
  Pendahuluan

Tafsiran

Kerangka Standard Prestasi

Tafsiran Band

Dokumen Standard Prestasi

5.1   Bahasa Malaysia

5.2   Bahasa Inggeris

5.3   Bahasa Cina

5.4   Bahasa Tamil

5.5   Bahasa Arab

5.6   Matematik

5.7   Pendidikan Islam

5.8   Pendidikan Moral

5.9   Pendidikan Jasmani

5.10 Pendidikan Kesihatan

5.11 Dunia Sains dan Teknologi

5.12 Dunia Muzik

5.13 Dunia Seni Visual

5.14 Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi 

11 August 2011

FACEBOOK ANDA DI GODAM!

Anda mempunyai akaun Facebook? tidak mungkin anda tidak mempunyainya...kerana zaman sekarang ni yang penuh dengan teknologi dan internet anda tidak mempunyai Facebook.
Facebook sekarang sudah menjadi kegilaan, kegemaran dan keperluan manusia untuk berhubung secara maya menggunakan internet....
Jika anda pengguna Facebook anda perlu berhati - hati kerana Facebook anda mungkin dengan senang dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Untuk mengelakkan FB anda dicerobohi layarilah dengan Browsing yang selamat. caranya dengan pergi ke Akaun>pilih tetapan akaun>tengok tab sebelah kiri dan pilih keselamatan(security) dan "enable secure browsing " kemudian done.
Anda akan perhatikan alamat FB anda akan bertukar dari http://www.facebook.com ke https://www.facebook.com/ ada tambahan "s" untuk security. Layarilah FB anda dengan selamat.

08 August 2011

CARA MENINGKATKAN KELAJUAN KOMPUTER (6 LANGKAH)

PC atau Laptop anda mungkin mengalami sedikit gangguan ataupun kelembapan untuk loading atau mencari dan membuka fail atau folder setelah sekian lama menggunakannya. Di sini ada beberapa langkah untuk meningkatkan kelajuan komputer anda. Selain menambah kuasa RAM kepada komputer anda, anda boleh lakukan perkara di bawah ini untuk meningkatkan kelajuannya tanpa melibatkan kos. Anda hanya perlu meluangkan masa anda sahaja dan ianya percuma kerana semuanya telah dipasangkan dalam komputer tersebut:
1. Kosongkan "recycle bin" anda. klik kanan dan klik "empty recylce bin"
2. Buka browser anda sama ada IE, Monzilla, dan seumpamanya. Cari "tools" dekat tab pilih "internet options". Pilih "delete cookies" kemudian "delete files" dan tick “Delete all offline content” bila semua selesai tutup browser tersebut.
3. Ialah "disk cleanup". Buka My Computer, klik kanan pada C dan pilih properties. klik "disk cleanup" kemudian akan keluar senarai files yang hendak di hapuskan. Ia dah ada yang bertanda. Anda juga boleh tandakan kesemuanya jika hendak delete semua files tersebut. klik ok dan selesai.
4. "defragmentation". Ia memakan masa yang lebih lama untuk di lakukan. mungkin 20-30 minit bergantung kepada kekerapan anda lakukannya. caranya pergi ke tart, All Programs, Accessories, System Tools, Disk Defragmenter. Anda juga boleh lakukan seperti langkah 3. Klik "Analyze". tunggu hingga selesai dan dia akan memberitahu sama ada perlu ke tidak defragmentation. Jika anda mahukan juga hanya klik defragmentation dan tunggu hingga selesai.

06 August 2011

Garmin XT -Update Peta Malaysia & Singapore 01082011

Kepada pengguna GPS seperti garmin xt or nuvi boleh dapatkan  Peta(maps) Malaysia dan Singapore terkini 01082011.
Klik pada link download di bawah untuk mendapatkanya.

Selepas download anda perlu "extract" terlebih dahulu mengggunakan software winrar(jika PC anda tiada winrar bolehlah download dan install). Selepas extract, sambungkan handset anda ke PC menggunakan USB cable dan pilih mass storage. Cari memory card anda dan cari folder GARMIN.

Copy file gmapsupp.img dan pastekan kedalam folder garmin tadi.
Kemudian  disconnet USB cable dari PC. Anda bolehlah menggunakan GPS anda menggunakan peta yang baru. Semoga perjalanan anda tidak sesat lagi. Banyak yang telah diupdatekan seperti custom poi dan sebagainya. Selamat Mencuba.
download gmapsupp.img

Jika anda menggunakan Peta(maps) Malaysia dan Singapore terkini 01082011. Anda juga perlukan Custom Poi (CPOI V2.08 03032010) untuk mengetahui tempat-tempat seperti:

04 August 2011

BELKIN REPEATER SETUP (Wireless G Universal Range Extender)

Belkin F5D7132UK Universal Repeater. 

Alat ini amat sesuai untuk menguatkan lagi tarikan internet terutamanya wireless. Ia boleh dijadikan sebagai router (access point) atau repeater. 

Untuk setting Belkin Repeater ini amat senang sekali jika ada  manual dan juga cd yang dibekalkan. Hanya sekali sentuh sahaja sudah dapat digunakan. Jika anda menggunakan router dan repeater jenama yang sama lagi mudah untuk settingnya. Jika router dan repeater berlainan jenama pun boleh digunakan. Sebagai contoh saya menggunakan router Linksys dan repeater Belkin...namun masin berfungsi dengan baik walau dalam jarak 100 m.

Jika anda KEHILANGAN CD SETUP bagaimana untuk setting Belkin Repeater ini. Disini saya memberikan sedikit pengalaman saya.

1. Anda perlu muat turun  "Belkin Range Extender Utility" Download Here

2. Apabila selesai download. Anda perlu install "Belkin Range Extender Utility" tersebut. Jika gagal untuk install, anda sambungkan cable melalui Lan Port ke komputer dan "on" kan Belkin Repeater kemudian Install semula.

Anda Juga Mungkin Minati Ini