Mungkin anda pernah dengar terung rebus, pajeri terung, terung goreng berlada.....
Mungkin anda jarang dengar terung goreng berlada dengan belacan.....
Sedap ke tak anda cubatrytestlah sendiri.......
Semalam ada jiran bagi terung....5 biji terung biasa..jadi pikir-pikir nak cuba goreng dengan belacan...so cubalah menggorengnya....rasanya boleh tahan....
Terung panjang 4 biji
cili kering yang dah blender 2 sudu
bawang merah 5 ulas
bawang putih 4 ulas
ikan bilis 20 ekor
sedikit belacan
Cara-caranya:
Belah 2 terung jangan sampai putus dan goreng...ketepikan
sementara kemudian tumbuk kedua2 jenis bawang hingga lumat lepas itu tumbuk pula ikan bilis kasar sahaja.....
Panaskan kuali dan tumis bawang, ikan bilis, cili dan belacan dalam minyak panas...tunggu hingga naik bau wangi kemudian masukkan sedikit air, garam dan perasa lalu dimasukkan terung yg telah digoreng tadi...gaul hingga rata....siap untuk hidangan ...
saya xmakan terung...
ReplyDeleteterung ni sejuk....ada juga orang larang makan terung bakar....
ReplyDeletesaya sangat gemar terung...
ReplyDeletesehari berbuka tak ada terung memang tak terasa nasik yg ditelan hahaha...kronik eh???
http://www.syima.com/
saya pun suka terung...boleh buat ulam, goreng, bakar dll...
ReplyDelete