29 February 2012

Makan Darah Haid dan Air Mani

Kisah Benar
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

28 February 2012

Hitam Berkhasiat

Apakah ini...haiwan kah, ikan kah, makanan kah, keropok kah....cuba teka siapa yang tahu...
Walaupun hitam tapi banyak manfaat dan khasiat serta kegunaannya.....

26 February 2012

MotoXpo 2012

Pameran motoXpo 2012 ini berlangsung di PWTC Kuala Lumpur selama 5 hari bermula 22 Februari 2012 yang lalu. Banyak pengeluar yamg mempamerkan produk mereka seperti, Honda, Suzuki, Yamaha, kawasaki, Modenas dan banyak lagi mempamerkan produk terbaru mereka.

Disamping itu juga, produk seperti alat ganti, helmet dan aksesori lain turut dipamerkan dan dijual di ekspo ini. jadi datanglah beramai-ramai ke motoXpo ini untuk melihat sendiri matosikal yang ada gemari.

MOYANG TERLAMPAU!!

Lahir anak moyang

SUBANG JAYA: Dia memiliki dua isteri dan sudah bercicit. Bagaimanapun, status itu langsung tidak menghalang seorang lelaki berusia 75 tahun meneruskan kegilaannya terhadap gadis belasan tahun.Bagi mencapai hajatnya, moyang terbabit yang berharta tidak berkira untuk menghamburkan wang, asalkan ‘pucuk muda’ diidam jatuh ke tangan.Lebih jijik, dia juga didakwa tidak teragak-agak menggunakan khidmat bomoh untuk menyihir mangsa andai kemahuannya ditolak mentah-mentah gadis idaman yang sebaya cicitnya.Setakat ini, tiga gadis belasan tahun mendakwa dinodai moyang terlampau terbabit yang dikenali dengan nama Borhan hingga seorang daripada mereka mengandung anak luar nikah.Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 17, mendakwa mengenali Borhan di sebuah pusat karaoke ketika moyang terbabit datang ke pusat hiburan itu untuk berhibur.

sumber:MyMetro

 

Cara Menggabungkan Fail....dan Subtitle

Anda peminat filem, movie, drama atau games(permainan). tentu anda pernah alami masalah apabila banyak part yang didownload tapi tidak tahu nak gabung atau join fail tersebut kerana ia banyak part atau bahagian yang telah dipecah-pecahkan mengikut saiz fail. Jadi disini ada panduan untuk anda serba sedikit yang saya tahu..
1. Kenalpasti bahagian(part fail) yang mahu dimuat turun. saiznya, jenis fail,
    kualiti  fail dan sama ada fail tersebut adapassword atau tidak. biasanya
    dia link  kelaman baru untuk muat turun dan anda kena tunggu
    ikalan selesai baru dapat muat turun.
2. Setelah selesai muat turun kesemua bahagian(part) maka fail-fail
    tersebut hendaklah digabung. Anda perlu pasti sama ada fail
    tersebut .001,002 atau .rar atau .text. Anda juga harus pastikan fail
    tersebut tidak berulang. contoh, transformers(1).001> maka (1) perlu
    dibuang atau rename.
3. Setelah semua selesai  maka anda perlu software untuk joinkan atau gabung
    fail tersebut seperti di bawah.
    a) .001 > gunakan HJSplit
    b) .rar > gunakan winrar
    c) .text > gunakan 7-zip
4. Pastikan semua bagain berada dalam folder yang sama dan untuk
    joinkan  hanya klik kanan atau masukkan/browse pada fail pertama sahaja
    dan proses gabung berjalan dengan sendiri hingga selesai.

25 February 2012

Ferrari 620GT 2013

Ferrari 620GT, which with an expected 740 hp from its 12-cylinder engine would be the most powerful Ferrari ever built for road use.
Along with the photos come new and specific rumors of the grand tourer's performance -- namely, a 0-to-60 mph time of three seconds dead, thanks to the 740 hp engine mated to a seven-speed transmission pushing the rear wheels (no Ferrari FF four-wheel-drive here). It's always iffy to judge vehicle styling based on a grainy, underlit photo; a few online critics are already picking nits for some Aston Martin-esque details, but we'll reserve judgment until Ferrari gets on stage in Geneva

DEMO BOGEL

Demo lucah kursus urut

Apa yang dihajati ialah ilmu mengurut, namun yang dipertontonkan ialah demonstrasi urutan lucah apabila pengajar lelaki dengan selamba mengurut kemaluan dan payudara peserta wanita yang secara sukarela melondehkan pakaiannya.
Itu yang didakwa berlaku dalam satu kursus urutan tradisional di sebuah premis di ibu negara sehingga mengejutkan sepasang suami isteri yang menghadirinya bersama 30 peserta lain membabitkan lelaki dan wanita.
Pasangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asman, 50, dan Laila, 47, berkata tindakan pengendali kursus itu sungguh mengaibkan dan ia berbeza dengan modul yang diiklankan kepada umum.

“Saya sukar menerima hakikat apabila ada peserta perempuan yang tampil sukarela menjadi model dan tergamak membenarkan pengajar lelaki itu mengurut kemaluan dan payudaranya di depan peserta wanita lain,” kata Laila.
sumber:MyMetro

24 February 2012

Ular Senduk Bercabang 3

Masyaallah....besarnya ular senduk ini. Sudah lah besar kepalanya pula bercabang tiga. Sungguh menakjubkan ciptaan Allah. Sungguh menakutkan jika sesiapa yang menjumpainya....Maklumlah ular senduk, sekali patuk boleh membawa maut...
Kita mungkin pernah menjumpai, selisih atau memukul ular senduk hingga mati...tapi kalau jumpa yang sebesar ini....mungkin kita yang lari..
Ular senduk ini dijumpai di tepi jalan berhampiran Bukit Panjang di Singapura 8 jam yang lalu.
orang ramai sedang memerhati ular senduk berkepala 3

Main bola dalam koma

TOPEKA (Kansas): Seorang pelajar sekolah tinggi yang terlalu minat kepada sukan bola keranjang menunjukkan aksi luar biasa ketika koma akibat jangkitan kuman di otaknya.
Media semalam melaporkan, Maggie Meier jatuh sakit pada 2008 dan dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri.

Dia kemudian dirawat di sebuah hospital untuk tempoh agak lama akibat mycoplasma meningoencephalitis sejenis penyakit meningitis yang menyebabkan keradangan pada otak.
Bagi mengelakkan kekejangan pada badannya, pelajar Sekolah Tinggi Blue Valley Northwest di Overland Park yang koma selama tiga bulan itu dialihkan setiap dua atau tiga jam.

Laman sesawang thedaily.com melaporkan, keluarga Maggie meletakkan bola keranjang di tangannya ketika dia didudukkan di kerusi roda dalam keadaan koma.

Maggie mengejutkan semua pihak apabila kakinya mula bergerak-gerak, manakala tangannya melontar bola berkenaan, seolah-olah bermain di gelanggang.

Pakar neurologi Maggie, Dr William Graf, berkata aksi melontar bola keranjang itu tertanam di minda pelajar terbabit sebagai sebahagian daripada nalurinya.

23 February 2012

PROTON baru dilengkapi internet 4G

Ini adalah kereta PROTON pertama yang dilengkapi dengan internet 4G. MODEL baru PROTON, P3-21A, yang akan menjengah pasaran pada pertengahan bulan depan, akan dilengkapi rangkaian internet berkelajuan tinggi, sekali gus menjadikan-nya sebagai kereta keluaran tempatan pertama dilengkapi teknologi hiburan kereta yang serba lengkap.
Pengenalan ciri nilai tambah itu direalisasikan hasil kerjasama strategik antara PROTON Holdings Bhd dengan YTL Communications Sdn Bhd.
SYED Zainal Abidin (dua dari kiri) menunjukkan PROTON Inspira edisi khas yang dilengkapi kemudahan Internet 4G ditawarkan kepada pemenang peraduan Facebook 'Menangi Kereta Internet 4G Pertama Malaysia'. 
Sumber: Berita Harian

22 February 2012

Hilangkan Windows Genuine Advantage Dengan Mudah

Hujung minggu yang lepas ...laptop aku membuat masalah kerana tidak boleh masuk windows (windows problem). Jadi hendak hantar ke kedai untuk setup kena bayar...jadi aku format sendiri laptop menggunakan windows pirate.(mintak maaf  kepada pengeluar kerana tidak mampu nak beli yang original)
Apabila selesai setup...anda jangan sesekali untuk update windows anda menggunakan internet.....kerana masalah dia akan detect (kesan) windows yang anda gunakan tidak genuine(asli)....
Turn Off windows auto update anda untuk mengelakkan masalah kepada laptop atau komputer anda seperti gambar di bawah.
atau
Jika anda sudah mengupdatekan windows anda dan dapat dikesan windows anda tidak asli maka paparan di bawah akan keluar setiap kali anda open laptop/komputer anda dan paparan (desktop) menjadi gelap.
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh melayari internet cara untuk membuangnya dengan pelbagai cara sampaikan saya sendiri pun susah untuk memahaminya.....
Nasib baik ada rakan saya yang memberikan software ini yang sangat cepat dan mudah untuk menghilangkan popup di atas...
Caranya ialah....

21 February 2012

Ular AnaConda!!

Mungkin anda pernah terserempak dengan ular, mimpi ular yang banyak...dipatuk  ular mungkin tidak..makan ular jauh sama sekali.....jumpa ular...mungkin pernahkan. Tapi andakah anda pernah tengok ular yang real atau sebenar sebesar ini....macam filem Ananconda ularnya. Menakutkan rasanya......
Ular ini memang benar dan ia dijumpai di daerah Benut Johor, 2 hari lepas sahabat kita jumpa ketika pulang dari kerja.....Jadi orang di Daerah Benut dan kawasan sekitar berjaga-jaga dan berwaspada selalu kerana ia boleh menghampiri kawasan anda.....
sangat besar dan menggerunkan.

20 February 2012

Membuka Sekatan Internet

Apabila line internet disekat kita tidak dapat menggunakan line internet untuk mendownload atau melihat you tube dengan sesuka hati....amatlah mengecewakan betul tak!.
Tetapi apabila boleh digunakan tanpa sekatan janganlah pulak kita menyalahgunakan internet itu untuk benda-benda yang tidak berfaedah.....gunakanlah untuk faedah dan kerja kita....
Caranya adalah :-
Go to Control Panel>Network Connections and select your local network.Click Properties, then select Internet Protocol (TCP/IP).Click Properties.

atau

klik my network places kat desktop anda>view mynetwork connections> klik kanan pada icon wireles @Lan>klik properties.>klik TCP/IP dan masukkan nombor di bawah kedalam DNS server

MaKaNaN Berkhasiat....Amalan Rasulullah s.a.w

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias

JaGaLaH RuMaH AnDa

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda
 

1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.
2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
3. Rumah yang memelihara anjing.
4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
6. Rumah yang sering meninggikan suara.
7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.
10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
13. Rumah pemakan riba.
14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
15. Rumah yang memiliki patung-patung.
16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
17. Rumah yang didiami peminum arak.
18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.
19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.
 
Sumber : www.loveloveislam.com

Panasss........

Masyaallah......adakah ini orang muslim...Melayu atau barat......Apakah ini fesyen zaman sekarang.......tanpa segan silu memakai pakaian yang kurang sopan walaupun berada diluar negara sekalipun. Jika kita seorang muslim hendaklah menjaga etika berpakaian tidak kira dimana kita berada...kerana apa yang kita lakukan semuanya diketahui oleh yang Maha Esa.
Saya bukannya hendak menjaga tepi kain orang ...tapi ini sebagai ingatan dan nasihat kepada muslim diluar sana supaya tidak memakai pakaian menjolok mata dan menjaga adat timur kita. Harapnya adalah sedikit kesedaran kepada mereka yang tidak menutup aurat supaya menutup aurat jika berada diluar rumah dan bersama mahram....Insyaallah kita memperolehi keberkatan dan keredhaan daripadaNya.....
Ini adalah keseronokan dunia.......

19 February 2012

Cara Meningkatkan Signal WIFI

Anda mempunyai internet di rumah......
Laju atau tidak signal wifi anda.....bergantung kepada berapa Mbs yang anda langgan.....Betul ke tidak ....
Jika besar mbs maka lajulah wifi anda dan sebaliknya....
Jika anda mempunyai kelajuan wifi yang perlahan maka penyelesaiannya adalah..... langganlah mbs yang besar
atau
Anda boleh mencubanya....dengan kaedah ini....sesiapa sahaj boleh mencubanya kerana ianya cukup mudah dan tidak memerlukan modal yang besar......





selamat mencuba...Trycubatest.
kredit-http://www.bualkomputer.com/

Cara Melajukan Komputer......open and close file

Sejuk sungguh suasana hari ini..maklumlah hujan lebat dan angin yang kuat......ditambah dengan kelembapan laptop amat menyusahkan hidup kita....kita tidak mahu kerja kita lambat begitu juga dengan prestasi laptop atau komputer kita ...betul tak!
cik google

Apa tidaknya untuk membuka fail atau menutupnya kena tunggu beberapa saat atau beberapa ketika....barulah boleh jalankan operasi seterusnya....nak beli laptop/komputer baru duit takde....nak upgrade RAM pun mahal...laptop/komputer dah di bersihkan, sudah defragment dan scan virus tetapi masih belum memuaskan.
So apa yang anda boleh cuba ialah dengan menggunakan kaedah di bawah ini...Insyaallah dapat melajukan laptop/ komputer anda....
1. download file ini. download
2. Extract file guna winrar
2. savekan di desktop
3. klik 2x
Perhatikan perubahan apabila anda membuka dan menutup fail atau aplikasi dilaptop/komputer anda.Trycubatest...atau

Seksi BERACUNNNN...

myMetro‘Aids untuk dijual’



GRO ‘Memang saya tak bertamadun’

‘Memang saya tak bertamadun’
 
Sebahagian GRO yang di tahan.

Sumber: myMetro

18 February 2012

TV LIVE STREAMING.....

TV Live Streaming amat dialu-alukan oleh pengguna terutamanya yang tidak mempunyai tv dan astro...tetapi mempunyai line internet....
So pengguna internet terutama Streamix....amat sesuai untuk menonton TV secara online or streaming.....
Terima Kasih kepada asyik.tv kerana menyediakan perkhidmatan tersebut.....Jika boleh tambah lagi channel astro......
Untuk menonton TV secara online bolehlah klik gambar di bawah ini.

Sebelum itu, anda diminta untuk memuat turun OctoSetupINFINITEHD dan install (pasang) barulah TV Online boleh ditonton. Selamat menonton dan TRYCUBATEST.......

Convert VISTA to XP OS....(DOWNGRADE)

Jika anda ingin menukar OS komputer anda daripada Vista ke Xp mungkin menghadapi sedikit masalah....kerana tidak banyak maklumat yang ada di internet.....begitu juga dengan saya yang mempunyai laptop yang OSnya Win Vista....sudah lembab dan slow....banyak pertanyaan pulak...jadi saya cuba untuk downgrade dari Vista ke Xp.
 Masalah yang timbul:
1. Bila masuk CD setup XP- Intallation WIN XP tidak boleh ditekan.
2. Bila anda restart laptop..boot from CD dia akan run and copy files ...but cannot find the disk...
3. Win Vista guna SATA IDE...jadi anda kena ada driver SATA dalam CD Installation setup baru berjaya.
4. CD XP Installation SP2 or SP3 tiada driver SATA so...kena tukar ke IDE.

Apa yang diperlukan ialah:
1. Semak dgn pengeluar laptop ...apakah OS yang boleh disupport oleh laptop anda.
2. Donload driver yang sesuai dengan OS yang anda ingin installkan.
3. Anda perlu ada CD Installation Windows Xp.

Jika Semuanya lengkap anda tidak akan menghadapi masalah....
PASTIKAN ...adna membuat backup terlebih dahulu sebelum membuat setup yang baru..
1. Restart laptop anda..dan masuk ke sistem BIOS setting...tekan f2, Del, bergantung kepada laptop anda.
2.  Ubah setting Mode dari OHCI/SATA ke IDE Mode...jika anda tidak ubah setup tidak akan berjaya.
3. Save BIOS..tekan f10..dan yes
4. Pastikan Urutan Boot yang pertama adalah.....1. CD/DVD disk
5. Jika CD Installation sudah ada dalam CD-ROM proses installation akan berjalan seperti biasa.
6. @ masukkan CD Setup XP dan restart laptop anda.....when he ask boot from CD tekan any key...dan
    proses installation akan berjalan hingga selesai.
Untuk dapatkan driver yang sesuai anda kenalah pergi kelaman web pengeluar/jenama laptop anda.
TRYCUBATEST......

15 February 2012

Ayat Mencari Pasangan Hidup

Kepada anda yang masih belum berkahwin dan sukar untuk mendapat pasangan yang diingini atau diimpikan bolehlah amalkan ayat pengasih di bawah ini. Dengan mengamalkan dalam kehidupan seharian insyaallah..dipermudahkan dan dipercepatkan jodoh kalian....

06 February 2012

Peta Malaysia GARMIN XT updated 16.01.2012

Kepada pengguna Garmin XT disini ada Peta Malaysia yang terkini untuk GPS handphone anda. Versi gmapsup.img ini adalah full map yang akan memaparkan peta dengan lebih tepat dan baik. Biasanya di hanya custom polygon dan poi. Failnya sedikit besar daripada biasa.Selamat melancong menggunakan peta GPS terkini dan sampai ke destinasi dengan selamat.
Cara installation.
Download fail gmapsup.img dan extract guna winrar, copy and paste kedalam folder garmin dalam handphone anda. Cuba Try Test..
download here
Anda Juga Mungkin Minati Ini