08 August 2011

CARA MENINGKATKAN KELAJUAN KOMPUTER (6 LANGKAH)

PC atau Laptop anda mungkin mengalami sedikit gangguan ataupun kelembapan untuk loading atau mencari dan membuka fail atau folder setelah sekian lama menggunakannya. Di sini ada beberapa langkah untuk meningkatkan kelajuan komputer anda. Selain menambah kuasa RAM kepada komputer anda, anda boleh lakukan perkara di bawah ini untuk meningkatkan kelajuannya tanpa melibatkan kos. Anda hanya perlu meluangkan masa anda sahaja dan ianya percuma kerana semuanya telah dipasangkan dalam komputer tersebut:
1. Kosongkan "recycle bin" anda. klik kanan dan klik "empty recylce bin"
2. Buka browser anda sama ada IE, Monzilla, dan seumpamanya. Cari "tools" dekat tab pilih "internet options". Pilih "delete cookies" kemudian "delete files" dan tick “Delete all offline content” bila semua selesai tutup browser tersebut.
3. Ialah "disk cleanup". Buka My Computer, klik kanan pada C dan pilih properties. klik "disk cleanup" kemudian akan keluar senarai files yang hendak di hapuskan. Ia dah ada yang bertanda. Anda juga boleh tandakan kesemuanya jika hendak delete semua files tersebut. klik ok dan selesai.
4. "defragmentation". Ia memakan masa yang lebih lama untuk di lakukan. mungkin 20-30 minit bergantung kepada kekerapan anda lakukannya. caranya pergi ke tart, All Programs, Accessories, System Tools, Disk Defragmenter. Anda juga boleh lakukan seperti langkah 3. Klik "Analyze". tunggu hingga selesai dan dia akan memberitahu sama ada perlu ke tidak defragmentation. Jika anda mahukan juga hanya klik defragmentation dan tunggu hingga selesai.

5. "anti-spyware scan". Ini penting untuk mengelakkan komputer anda diserang spyware. Lakukan secara berkala dan anda boleh melaksanakan dengan 3 anti-spyware yang berlainan jenis. AVG-Anti Spyware, SpywareBlaster, SpywareTerminator. Anda mungkin terkejut kerana ada yang dapat discan dan ada yang anti-spyware tidak dapat detect. Bila dah selesai, komputer anda selamat daripada spyware.
6. Akhir sekali, "anti-virus scan". Jika tiada di komputer anda, anda perlu installkan segera sama ada yang percuma ataupun yang dibeli. seperti Kapersky, Norton, AVG dan sebagainya. Selepas selesai scan anti-virus, komputer anda akan selamat daripada virus.

Setelah semuanya selesai, anda restart komputer anda dan anda akan mengalami atau merasai komputer anda seperti baru beli.

No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Minati Ini