25 August 2011

MUHASABAH-‘Tak tahu apa menanti esok’

Wanita yang berhati waja itu duduk di sofa di mana dia boleh berehat sambil menulis buku mengenai pengalamannya, yang sudah pun diterjemahkan ke beberapa bahasa.
Saya dapat banyak wang daripada buku itu,” dia membuat pengakuan.

Bagaimanapun, semua pendapatan diperoleh daripada buku diberikan kepada orang ramai termasuk mereka yang lalu lalang di depan tempat tinggalnya dalam bentuk lima mark (mata wang kertas Jerman yang berbentuk segi empat sama yang digunakan ketika itu).
Keunikan hidup Sayuki menarik minat ramai dan dia dijemput untuk muncul di kaca televisyen, memberi ucapan dalam seminar dan dijadikan subjek bagi satu filem dokumentari.

Kini dia sibuk menyunting buku ketiga di rumah yang terletak di tepi pantai utara di Wilhelmshaven yang ditumpangi sementara waktu. Sebagai balasan, dia membuat kerja rumah dengan membuang sampah dan memotong rumput.
Sayuki juga tidak mengambil duit pencennya yang berjumlah 700 euro (RM3,000) sebulan sebalik�nya memberikannya kepada ‘rakan yang memerlukan wang’.
Malah, dia juga tidak mahu memikirkan ke mana hala tujunya apabila usia semakin meningkat atau untuk berjumpa doktor bagi pemeriksaan kesihatan.
Dia berkata, menjumpai kedai makanan kesihatan �di Dortmund yang memberi�nya bahan yang hendak dibuang.
Kini di Wilhelmshaven, kadangkala ada kawan yang memberinya sayur-sayuran yang dipetik dari kebun sendiri. Sekali-sekala jika perlu, dia ke pusat yang menyediakan makanan percuma untuk orang susah.
Tentulah saya akan risau jika tiada apa-apa langsung dalam peti sejuk. Dulu saya selalu risau, tetapi apa yang saya suka (dengan kehidupan sekarang) ialah kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok,” katanya.
Menurutnya, dia bukan mencari pengikut, tetapi berharap tindakannya itu dapat ‘membantu orang untuk menilai semula cara hidup mereka dan hubungan dengan orang lain’.
Dalam dua bulan akan datang, dia akan mengeluarkan beg bajunya - yang mengandungi semua ‘hartanya’ untuk ke destinasi yang belum diketahui.

sumber: HM

No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Minati Ini