31 August 2010

TAJUK SIDEBAR DAN HEADING POST BEWARNA

Walaupun tutorial ini sudah ramai yang buat....tetapi ini adalah untuk nota saya sendiri.....jika anda ingin mencuba silakanlah....bukannya nak ciplak orang punya atau mengaut keuntungan tapi untuk perkongsian idea dan maklumat...
Banyak tutorial yang saya baca tapi tidak faham dan tidak menjadi pada blog saya.....
Jadi saya CUBA jaya dan terhasillah selepas beberapa hari mencubanya dalam waktu
yang terhad....maka inilah hasilnya,
Nak menukar warna background tu memang senang..Caranya:
pergi ke Layout--->edit HTML --->klik kotak expand widget cari sidebar h2 { 
atau /* sidebar content . Nak cari tu anda tekan cntrl F dan taip perkataan tadi. Jika guna Monzila Firefox kotak search ada dekat bawah. Jika guna IE kotak search ada dekat menubar di atas. Kemudian masukkan/pastekan background-color:#007788; dalam kurungan seperti ini {.....}. Inilah yang saya dapat dari kebanyakan blog atau tutorial orang lain....
New!Bila saya cari dalam blog saya tidak jumpa seperti yang diberitahu....jadi saya cubatrytest sendiri baru berjaya...sebab saya menggunakan new template desingner. Jadi anda carilah /* heading seperti dibawah ini;


Kod warna yang bewarna hijau tu boleh ditukar mengikut citarasa anda....tanda # dan ; kena ada sekali.
anda boleh pilih kod warna disini
CUBATRYTEST
Jika berjaya jadilah folower saya.





29 August 2010

Anti Kecurian...

Hari ini semua orang menggunakan handset. Jika tidak menggunakan handset orang anggap seseorang itu jahillah, ketinggalanlah, kunolah....ape-apelah.
Apakan tidak budak umur 7 tahun pun sudah ada handset...walaupun handset murah....jadi tidak hairanlah kalau seseorang itu dianggap sedemikian.
Nak tak nak ada pulak yang pakai 2 atau 3 handset setiap orang....mak ai kayanya dia....atau ramainya awek dia...atau tauke handset ke dia.....nasib baiklah saya ada satu je....
Dengan kepintaran dan kepandaian serta kejahatan manusia ada pulak yang suka mencuri dan mengkhianati handset orang lain....tak cukup dengan itu...dijual pulak dengan harga yang murah...kesian tuan punya handset...
So dicandangkan supaya kita mempunyai satu program yang dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini kepada handset kita..... 
Eloklah kita semua menggunakan anti kecurian yang dicadangkan  oleh F-Secure.....saya dah pun mencubanya.....memang berguna apabila handset kita dikunci dengan kod dan nak tutup(off) pun tidak boleh kalau tidak dibuka dengan kod itu.....tapi kalau dicabut bateri atau dibuang sim kad dan masukkan kad lain saya belum cuba.TERKINI....saya dah cuba buang batery bila dibuka semula memang tetap berkunci....
SELAMAT MENCUBA!!
Terbukti berguna juga kepada pengguna handset untuk keselamatan semasa meninggalkan handset ataupun berlaku kecurian.....Kalau nak download dan tengok kesesuaian handset klik link gambar dibawah ini:


25 August 2010

FREE GAMES!!

Anda peminat games....games sememangnya amat baik untuk pemikiran kita..terutamanya dikalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Kerana games membuatkan kita berfikir. tetapi harus diingat jangan lah kerana games kerja lain terabai...pandai-pandailah kita membahagikan masa kita terutama yang masih belajar.
Memang seronok main games terutama yang mencabar minda atau bermain dengan rakan. Build a lot adalah games yang seronok untuk dimainkan kerana ia mengajar kita untuk membina rumah kecil hinggalah ke yang lebih besar. Kita juga boleh meroboh rumah yang kita tidak mahu dan membina semula. Kita juga perlu mahir membeli pekerja, peralatan membina rumah, dan macam mana nak dapatkan sewa rumah yang tinggi.......anda bolehlah mencubanya sendiri terutamanya yang bercita-cita menjadi engineer dan usahawan...
anda boleh download percuma di link GAMES di atas.

Keladi...makin PUPUS

Siapa tahu nama pokok ini?.....saya panggilnya keladi kemoyen. Nama saintifiknya saya pun tidak tahu. Mungkin nama ditempat anda pun lain..Walauapapun pokok ini sudah makin pupus. Susah nak dapat walaupun di kampung malahan lagi di bandar. Apa yang penting pokok ini banyak khasiatnya. Saya difahamkan ia biasanya dimakan oleh orang lepas bersalin dan juga boleh di buat ulam. Yang boleh dimakan adalah pucuknya. Pucuknya berbau wangi...jika hendak makan kenalah rebus atau celur terlebih dahulu...sungguh sedap dibuat ulam. Ia berbau wangi dan boleh dimakan oleh sesiapa sahaja...Saya tanam ini pun untuk dibuat ulam.

24 August 2010

Office 2003 baca 2007

Anda pengguna Office 2003 dan ke bawah.
 Mungkin anda mengalami masalah untuk membaca file yang dibuat menggunakan Office 2007 dan 2010.
Saya juga mengalami masalah yang sama. Office 2007 dan 2010 mungkin sukar bagi pengguna baru kerana mempunyai banyak items dibar menu...sebaliknya kita dah biasa dengan Office 2003 yang ringkas dan mesra pengguna....walaupun fungsinya tidak sehebat 2007 dan 2010.....
Saya dan anda mungkin menghadapi masalah untuk membuka file yang disimpan dalam format office 2007....tetapi komputer atau laptop kita hanya ada Office 2003. Yang bertambah leceh lagi apabila file itu penting dan diperlukan segera terpaksalah kita mencari komputer yang ada Office 2007.....TENSION!!!!!

NOW.....anda tidak perlu risau lagi kerana disini ada penyelesaiannya. Kepada pengguna Office 2003 dan ke bawah anda tidak bersusah-susah untuk menginstall Office 2007 atau 2010 atau anda menginstall kedua-dua Office 2003 dan 2007 kerna boleh memberatkan komputer anda. File yang berformat .docx dan .xlsx yang dibuat menggunakan Office 2007 sudah tidak bermasalah lagi. Lihat gambar di bawah:
Anda bolehlah download HERE/DISINI kemudian Installkannya. Anda juga boleh klik SOFTWARE di menubar di atas dan download. Setelah selesai install. Klik 2 x pada file .DOCX dan .XLSX yang hendak dibuka. Setelah dapat dibaca anda bolehlah menyimpannya keformat asal office 2003. SENANGKAN?

22 August 2010

Air Ini Tiada di PASARAN!

AIR SIRAP RAMBUTAN?
Mungkin anda tidak pernah merasai air ini....sudah semestinya kerana dipasaran masih belum dijual, mahupun di pasar ramadhan tambahan lagi di tepi-tepi jalan. Mungkin anda pernah minum air laici, kelapa afrika, nenas, durian belanda......cuba anda try yang ini pula....rasanya boleh tahan juga.
Caranya nak menyediakannya gampang bangat kata orang Indonesia. Anda cuma bancuh air sirap,
dan masukkan isi rambutan yang telah di hiriskan.
Apa-apa jenis rambutan pun boleh.
Nak lebih lagi boleh juga di blend isi rambutan tadi dan dicampurkan dengan air sirap.
Campurkan dengan ais atau masukkan dalam peti ais...
Fuhhhh sedap.....

21 August 2010

Sayangilah MEREKA...

KISAH PEMUDA BERIBUBAPA BABI

Just to share …..pengajaran utk diri sendiri jugak..

NABI Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.
Di atas bukit itulah baginda akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tiada pada nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?" Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Selepas beberapa hari dalam perjalanan, Nabi Musa sampai ke tempat itu dan dengan pertolongan beberapa penduduk, Baginda bertemu dengan orang itu. Selepas memberi salam, Baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke bilik dan melakukan sesuatu di dalam sebelum keluar dan membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Selepas itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid," jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu," Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba," kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua-dua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka melakukan dosa besar, Allah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh. “Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. “Hari-hari aku berbakti kepada ibu bapaku seperti mana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka babi, aku tetap melaksanakan tugasku.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia sebenar tetapi Allah belum memakbulkan," tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa, “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti kerana berbakti kepada ibu bapanya. “Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami." Allah berfirman lagi yang bermaksud: "Oleh kerana dia berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka, Kami pindahkan ke syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke neraka pindah ke syurga. Ini hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai ibu bapa kita, itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Doa anak yang soleh akan membantu ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan ibu bapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak kepada ibu bapanya ialah dengan doanya supaya mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

18 August 2010

Roti Sira

Gambar ihsan roti sira
Juadah Berbuka Puasa...
Mungkin anda tidak pernah makan...rasanya boleh tahan....kalu nak cuba try lah.
cara membuatnya senang bangat.....
Bahan-bahan:
Roti Sandwic @ Roti Bantal
Gula dan Manisan
Daun Pandan
Air
Telur
Cara membuatnya:
Masukkan air, gula @ manisan(boleh pilih @ masukkan kedua-duanya), dan daun 2 helai daun pandan(jika suka). Panaskan sehingga mendidih.Pecahkan telur dan pukul(kacau@genjok) hingga naik(kembang). kemudian celup roti ke dalam telur hingga rata dan masukkannya kedalam air yang mendidih tadi. Roti terpulang kepada anda 3@4 keping. Telur yang masih tinggal tu masukkan je kedalam periuk. Selepas itu kecilkan api dan tutup periuk selama beberapa minit. Tunggu sehingga telur masak dan air menyerap kedalam roti (hingga kering sedikit). Lepas itu bolehlah dihidang.

16 August 2010

Tanda Kecintaan

DALIL- DALIL TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH s.w.t

Sesungguhnya telah disepakati bahawa mencintai Allah Taala dan Rasul-Nya itu adalah wajib.
Firman-Nya Azza wa Jalla:

      “Dia mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya.” (Al Maidah: 54)

     Ayat ini menjadi suatu bukti wujudnya ‘cinta’ kepada Allah Taala Yang Maha Penyayang.
Firman Allah Taala lagi:

    “Orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah.” (Al Baqarah: 165)

     Ayat ini juga menjadi dalil memang wujud kecintaan kepada Allah.

     Dalam banyak hadis, Rasulullah SAW menjadikan kecintaan kepada Allah itu termasuk sebahagian daripada syarat iman. Ini menunjukkan betapa pentingnya cinta makhluk kepada Khalik.
      Pernah Abu Razin Al ‘Uqaili bertanya: “Wahai Rasulullah. Apakah iman itu?” Rasulullah SAW menjawab: “(Iman itu ialah) Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada yang lain.” (Ahmad)

Tersebut dalam hadis yang lain:

    “Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.”
(Bukhari & Muslim)

Begitu juga dengan hadis:

    “Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintai daripada isterinya, hartanya dan seluruh manusia.”
(Bukhari & Muslim)

     Dalam suatu riwayat ditambah pula hadis di atas dengan perkataan “dan dari dirinya sendiri.”

     Keterbalikan daripada hadis-hadis yang disebutkan tadi, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa orang yang ada mencintai sesuatu lebih daripada kecintaannya kepada Allah dan Nabi Muhammad sebenarnya tidak beriman. Banyak orang yang bercakap, “Aku cintakan Nabi Muhammad’ tetapi tidak banyak pun sunnah-sunnah Rasulullah yang diamal, dipertahan dan disebarkannya.

     Satu cara mudah untuk kita menguji kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya ialah dengan mengimbas kembali waktu yang kita gunakan dalam sehari. Perkara apakah yang paling banyak kita bualkan dan kita fikirkan sepanjang hari itu? Banyak manakah masa yang kita gunakan untuk berfikir dan berbual tentang Allah dan Islam berbanding masa yang kita gunakan untuk berfikir dan berbual tentang kerja, berfikir dan berbual tentang kenderaan seperti kereta dan motosikal, berfikir dan berbual tentang hobi seperti memancing, perempuan dan bersukan, berbual dan berfikir tentang hiburan dan artis, berfikir dan berbual tentang tokoh-tokoh dari kalangan manusia dan sebagainya?

     Jika jumlah masa kita berfikir dan berbual tentang Allah dan Rasul-Nya melebihi masa yang digunakan untuk berfikir dan berbual tentang benda lain, maka itulah ‘cinta’ yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini. Kata orang, apabila seseorang itu mencintai sesuatu maka selalulah disebut-sebutnya benda itu. Begitulah juga dengan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya.

     Amat menghairankan orang-orang sekarang. Apabila kita memberitahu mereka bahawa “Aku hendak duduk bermanja-manja dengan Kekasih”, mereka tertawa sesama sendiri seolah-olah perkataan itu suatu bentuk jenaka. Mereka menganggap adalah melucukan apabila Tuhan disebut Kekasih, apatah lagi untuk duduk bermanja-manja dengan Tuhan. Namun bagi para sufi, perkara ini sudah menjadi budaya hidup mereka.

15 August 2010

Anda terlepas....

My Fantasy Football Premier League 2010/2011

kepada peminat bola sepak EPL...anda mungkin tidak ingin melepaskan peluang untuk memenangi wang tunaikan. Jadi jangan tunggu lagi cuba lah sekarang kerana masih belum terlambat untuk menang.
Saya sendiri pun sudah terlepas week 1...aduh pening rasanya, sebab tak tahu bila contest ini dilancarkan...
tetapi peluang tetap adakan.....andan menang saya menang..
Tunggu apa lagi..daftar sekarang untuk week2. pendaftaran adalah free.
ARRRRG....week1 dah terlepas!!!!

14 August 2010

Garmin XT dalam Bahasa Melayu

Anda pengguna Garmin XT. Ini adalah peta dalam garmin XT. Garmin
XT memudahkan perjalanan kita ke destinasi yang kita tidak ketahui...Kita tidak akan sesat untuk kemana2 sahaja..
Garmin xt sesuai untuk handpone yang ada built in gps sahaja. biasanya suara yang ada adalah dalam Bahasa inggeris apabila selesai diinstall.
Jika sesiapa yang berminat untuk mendapatkan voice atau suara dalam Bahasa Melayu bolehlah download @ muat turunnya.

Caranya install:
Muat turun(download) ke komputer anda. Unzipkan fail tadi terlebih dahulu.
Anda jangan hairan jika fail itu namanya bahasa lain. Sebenarnya ia suara(voice)Bahasa Melayu/Indonesia.
Jenis(type) fail adalah vpm.
Sambungkan handpone anda melalui usb cable dan gunakan mass storage.
Memory card - Grmin -Voice. seterusnya copy fail di komputer tadi dan paste ke dalam folder voice.
Jika anda tidak ingin fail voice asal hilang anda kenalah rename fail itu terlebih dahulu;
Contohnya:
Fail asal: Netherlands__.vpm
Rename: Netherlands__1.vpm
Kemudian barulah anda copy dan pastekan fail voice yang baru.
Seterusnya tutup sambungan usb dan anda bolelah buka garmin xt anda cari tools-setting - audio - voice. dan pilih fail Netherlands__.vpm tadi (biasanya Netherlands sahaja) dan dengarlah garmin anda dalam suara Bahasa Melayu...

Download voice garmin XT in BM
Download Voice Garmin XT in Bahasa Indonesia

Selamat mencuba.

Garminfone
Garminfone adalah product terbaru dimana anda boleh melakukan banyak perkara dihujung jari anda sahaja. ia diperkenalkan oleh T-Mobile dan siap dengan Garmin Navigator.

12 August 2010

Jangan diambil RINGAN...

Mandi Wajib/Junub/Janabah

Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi PEREMPUAN yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .



Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

11 August 2010

Kenangan Manis....


Inilah Sukan Komuniti Dun Pelangai yang telah aku sertai...daripada aku rileks jer kat rumah baik aku join Pasukan Badminton Kg. Shafie, Bentong. Dalam pertandingan yang diadakan secara liga di antara kampung-kampung dun pelangai, Kg. Shafie telah berjaya menjadi naib JUARA...AKu berasa sangat bangga....Inilah kenangan manis ditempat ku bekerja sekarang..
  PASUKAN BADMINTON KG. SHAFIE

Duduk dari kiri: Abe Hashim, C'gu Di, ..., Nani, Ayu, Zura, Sharif.
Barisan belakang dari kiri:
Tok Pat, Uda Shafie, Uda Seremban, Penghulu Pelangai, Tok pat Pelangai, Tok pat Kemasul, Rusly (Pengurus1), Abe Man, ACP Abbas, Puzi (Pengurus2), Sjn. Ramli..

Inilah suasana sebelum pertandingan badminton dijalankan.











KENANGAN YANG PALING MANIS Ialah...


Aku mendapat peti ais TOSHIBA sempena cabutan bertuah ketika majlis penyampaian hadiah dijalankan.
Memang tidak dijangka dan inilah rasanya kali pertama aku mendapat hadiah pertama cabutan bertuah.
Syukur kehadirat Allah s.w.t
Semoga aku lebih bertuah lagi dan dimurahkan rezeki oleh Allah yang maha kuasa.

10 August 2010

Niat Puasa Bulan Ramadhan

Niat Puasa Harian


“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala".

Niat Puasa Sebulan






Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah
Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Puasa Bagi Ibu Menyusu Anak

Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.

Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.

Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]

03 August 2010

Tabiat menjurus ke NERAKA

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatuEid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah.
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibatgeram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telahditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yangkurang faham
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorangisteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, sayatak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapatmenyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalamamalan-amalan harian kita.

b. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadapkeluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianyabagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syairArab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"
Anda Juga Mungkin Minati Ini