30 May 2010

Nota Adobe PHOTOSHOP part 8

Sambungan...

Aktiviti 3: menggunakan Pencil tool.

Berada bersama-sama dengan menu Brush Tool. Anda boleh menggunakan alat pensil untuk:

1. melukis garis dengan bebas,

2. melukis dengan warna latar depan (foreground). Klik alat dan palet opsyennya akan terpapar, dan

menentukan mod paduan serta setting saiz pensil, Opacity, Mode dan Auto erase. Klik dan seret untuk menghasilkan satu garis. Tekan kekunci Shift ketika melukis garis lurus.








Ini adalah sambungan semalam. Hari ini tak berapa sihat.....Jadi kalu tak keberatan letak lah komen anda di sini...

Tikam TOTO

Anda suka tikam TOTO atau nombor ekor..Saya tak pernah tapi kawan-kawan pernah juga...walaupun modalnya kecil tetapi dari segi hukum Islam adalah haram sama sekali. Jadi sedarlah bagi Muslim tikam toto adalah haram dan duit yang anda dapat adalah haram dan tidak berkat juga...
Bagi orang bukan Islam tidak mengapa sebab mungkin agama mereka membenarkan...fikir-fikirlah...
Dibawah ini saya sertakan video TIKAM TOTO. Sama-sama kita saksikan..

29 May 2010

Nota Adobe PHOTOSHOP part 7

Hari ini bangun pagi sikit...jom tengok macam mana nak guna...
"History, Rubber stamp, dan pencil tools"
AKTIVITI 1:
History brush tools
Berperanan untuk mengimbas kembali arahan-arahan yang telah dilakukan terhadap Tool Brush. Jika anda terlupa jenis peralatan yang telah digunakan, melalui kemudahan ini anda boleh memanggil semula Tool yang digunakan. Melalui Tool Box yang disediakan, klik pada alat yang berkenaan. Terdiri daripada 2 sub-tool iaitu History Brush Tool dan Art History Brush.

 seterusnya...

Aktiviti 2
menggunakan alat Clone Stamp Tool untuk menyalin sesuatu imej  agar mendapat klon yang serupa atau melahirkan beberapa bentuk yang serupa.

 Clone Stamp Tool
Alat Clone Stamp, boleh digunakan untuk memperkemaskan imej secara menyalin sebahagian imej anda. Untuk menyalin sebahagian imej, klik alat Clone Stamp untuk memaparkan palet opsyennya yang berada di bawah Menu Bar utama .





1.      Menetapkan saiz berus yang sesuai.
2.      Pilih Clone Stamp dan bawa kursor ke bahagian imej yang hendak disalin. Kursor akan bertukar dalam bentuk ikon bulat   
3.      Tekan butang kekunci Alt, kursor akan bertukar kepada ikon target. 
4.      Klik pada bahagian imej yang hendak disalin.
  Alih kursor ke tempat lain, kemudian klik dan seret tanpa melepaskan tetikus, imej yang hendak disalin tadi akan terpapar.



Selamat mencuba...kepada semua 

28 May 2010

Nota Adobe PHOTOSHOP part 6

Selamat kembali...hari ini anda akan tahu macam mana nak guna "brush tool".

Aktiviti 2: brush tool










Alat ini digunakan untuk mendapatkan kesan berus pada lukisan. Anda boleh memilih saiz ketebalan berus pada menu Brush .

Pilih dan tentukan Mode, Opacity dan Flow yang berada di bawah menu bar utama.







1. Buka satu fail yang mengandungi imej yang sesuai.
2. Layari dan gunakan Alat Brush ini sambil memilih efek-efek yang sesuai yang terdapat
pada sub menu Mode, Opacity dan Flow ini dan perhatikan efek-efek yang dihasilkan
Aktiviti 3



Airbrush Tool

Alat Airbrush (Berus Sembur Angin) bertujuan untuk memberi kesan menyembur cat dengan alat penyembur angin. Alat ini mewarnakan dengan mengambil warna latar depan di dalam Tool Box pada Foreground Color ( rujuk pada mukasurat 3 ). Untuk mewarna dengan menggunakan alat Airbrush, pilih dan tentukan Mode, Opacity dan Flow yang berada di bawah menu bar utama.


CONTOH:










Klik dan seret melintasi imej untuk mengisikannya dengan warna latar depan ( Foreground Colour ). Sekiranya nilai Opacity di kurangkan kesan warna yang disembur akan kelihatan pudar. Berbeza dengan perubahan Flow yang dilakukan. Sekiranya nilai Flow dikurangkan maka kesan keamatan warna berkurangkan dan kelajuan anda menyeret berus juga mempengaruhi keamatan warna.

27 May 2010

Nota Adobe PHOTOSHOP part 5


 Kepada peminat Adobe Photoshop.

UNIT 3 : LASSO, PAINTBRUSH  DAN AIRBRUSH TOOL

Aktiviti 1


Menggunakan Lasso Tool 


Alat Lasso digunakan untuk membuat pilihan bentuk bebas melalui klik dan seret. Terdapat 3 jenis Lasso Tool iaitu:
a.         Lasso Tool
b.         Polygonal Lasso Tool
c.         Magnetic Lasso Tool




Lasso Tool digunakan untuk menandakan kawasan melalui kaedah mengheret tetikus secara bebas  sambil menekan tetikus

Polygonal Lasso Tool pula digunakan untuk menandakan sesuatu kawasan secara mengklik dan  mengheret tetikus mengikut kawasan yang dikehendaki.  
Magnetic Lasso Tool pula digunakan  untuk menandakan sesuatu kawasan mengikut sempadan yang dikehendaki dengan kaedah  “gliding” mengikut sempadan tersebut.   

















Untuk alat Lasso:



Klik Lasso Tool untuk memaparkan palet opsyen di menu bar 


 
 




Setkan opsyen Feather dan Anti-Aliased. Masukkan satu nilai Feather dari 0 – 250 pixel. Jika nilai Feather 20 px dimasukkan
kesan Feather akan terhasil apabila kawasan yang dipilih dibuang (delete). Jika Nilai Feather 0 dimasukkan maka kesan Feather tidak akan kelihatan.
Letakkan kursor di atas imej, maka kursor bertukar ke bentuk Lasso Tool.

Klik dan seret untuk menyurih bahagian kawasan imej yang hendak dipilih secara bebas. Pastikan kursor anda balik semula ke titik permulaan.
Jika kursor dilepaskan sebelum itu, Photoshop akan melengkapkan pilihan dengan garis lurus. Sempadan bertitik menunjukkan bahagian terpilih


Untuk alat Polygonal Lasso:

Alat Polygonal Lasso digunakan dengan cara klik mencipta pilihan bentuk bebas  bergaris lurus

Pilih alat Polygonal Lasso dan letakkan kursor di atas kawasan imej yang hendak dipilih.

Klik secara berterusan sehingga bertemu semula ke titik permulaan untuk melengkapkan pilihan
Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat move .
Selamat belajar...to be continued,
 

26 May 2010

Membuat tulisan berenang-renang

Untuk membuat tulisan bergerak dalam blog anda sememang agak mudah. Banyak tutorial yang  anda boleh ikuti untuk membuat tulisan bergerak ini. Tetapi banyak juga yang kita tidak faham. Jadi ilmu yang saya hendak bagi ni harap-harap anda dapat memahami dengan baik. Untuk membuat tulisan bergerak tersebut anda hanya perlu salin(copy) kod di bawah dan paste(tampalkan) pada HTML/ Scripts. Anda pergi ke "add widget" ambil HTML/Scripts dan paste kod di bawah ini. Anda juga bolehlah pindahkan "gadget" anda itu di mana2 yang anda sukai.

<center><marquee
direction="up" onmouseover="this.stop()" width="200" scrollamount="1"
onmouseout="this.start()" height="100">tulisan, Banner, Link</marquee></center>

"up" anda boleh tukar mengikut suka anda sama ada " down", "left", "right" .
"width" dan "height" anda juga boleh tukar suka hati anda berapa ukuran yang anda mahu.
"scrollamount" anda boleh tukar juga. Jika mahu lagi laju tambahlah kelajuannya ke 2 @ 3 @ 4.
"tulisan warna oren" anda boleh ubah mengikut citarasa anda.

Sekiranya anda mahu yang lebih canggih anda boleh masukkan imej dan kata-kata tambahan.

<center><marquee direction="down" height="200" onmouseout="this.start()" onmouseover="this.stop()" scrollamount="1" width="500">Selamat Datang Ke TengkuSRI.Blogspot.com <br /><a href="url link anda inginkan" target="_blank"><img align="center" src="url imge anda" /></a>
<br /><a href="url blog anda" target="_blank"><b>kata-kata anda mahukan</b></a>
</marquee></center>

Selesalah anda untuk memberikan komen di bawah ini. Selamat mencuba kepada yang inginkan.

Nota Adobe PHOTOSHOP part 4

Aktiviti 2:
Menggunakan Magic Wand

Alat ini berguna untuk memilih bahagian warna imej yang sama warna. Setting tolerans yang rendah akan menghadkan kawasan pilihan warna manakala yang tinggi akan memilih julat piksel yang lebih luas. Magic Wand sesuai untuk memilih bahagian warna yang tekal. Sebelum memilih alat Magic Wand, semak setting tolerance.














  1. Klik alat Magic Wand. Masukkan satu nilai tolerance dari 0 – 255. Jika nilai maksimum 255 dimasukkan, anda akan memilih setiap piksel dalam imej.

  1. Klik pada bahagian imej di mana piksel dengan warna yang sama akan dipilih. Semasa mengguna alat Magic Wand, mula dengan setting ketentuan 32.

  1. Untuk membatalkan sesuatu pilihan ketika alat Magic Wand masih dipilih, klik di dalam pilihan. Jika anda klik di luar pilihan, suatu pilihan lain akan terhasil.

Aktiviti 3:

Menggunakan Move Tool

Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat move






Buatkan suatu kawasan pilihan (kawasan a) dengan menggunakan alat marquee, pilih alat move kemudian letakkan kursor di dalam kawasan pilihan








Klik dan seret untuk mengalih kawasan pilihan tadi (kawasan a). Piksel gambar yang dipindahkan dengan cara ini, yang menjadi kawasan pilihan terapung adalah berguna dan penting. Ketika kawasan pilihan terapung diaktifkan, kawasan a akan terapung di atas piksel gambar di bawahnya tanpa menggantikan kawasan pilihan b






Semoga anda dapat belajar sedikit menggunakan move tool...to be continued...

25 May 2010

Nota Adobe PHOTOSHOP part 3

Hi...seterusnya kite ke unit yang ke-2,

UNIT 2 : MARQUEE, MAGIC WAND DAN MOVE TOOL


Aktiviti 1:

Menggunakan Marquee Tool






segitiga kecil menandakan terdapat beberapa tool yang lain di dalalm paparan tool box





Dalam Marquee Tool terdapat 4 jenis marquee iaitu:

a. Rectangular Marquee Tool

b. Elliptical Marquee Tool

c. Single Row Marquee Tool

d. Single Column Marquee Tool

Rectangular Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan imej secara segiempat tepat.

Elliptical Marquee Tool pula digunakan untuk memilih kawasan imej secara membulat.

Single Row Marquee Tool pula digunakan untuk memilih kawasan imej secara baris melintang (Horizontal line).

Single Column Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan secara baris menegak (Vertical line).


Menggunakan Rectangular Marquee Tool

Kumpulan alat Marquee membenarkan anda membuat pilihan secara menyeret dengan tetikus. Dengan alat yang sesuai, pilihan berbentuk segiempat tepat atau bulatan boleh dibuat.

Bagi pilihan bentuk segiempat tepat atau bulatan:

  1. Pilih alat Rectangular Tool atau Elliptical Tool.

  1. Tetapkan kursor di atas kawasan imej yang dipilih, kemudian klik dan seret.

Setelah melepaskan kursor, segiempat tepat atau bulatan bergariskan titik-titik akan kelihatan menandakan kawasan pilihan.








segiempat tepat atau bulatan bergariskan titik-titik







Anda boleh memindahkan pilihan anda ke lokasi lain jika perlu.


>

Pastikan alat berkenaan masih dipilih, letakkan kursor dalam pilihan (kursor bertukar bentuk), kemudian klik dan seret. Dengan alat yang masih dipilih, anda boleh membatalkan pilihan ini dengan mengklik di luar atau di dalam pilihan.











Aktiviti 2 dan 3 saya akan post kan di lain masa. Harap anda gembira ya. Moga ia memberi ilmu yang berguna kepada anda....


Anda Juga Mungkin Minati Ini