18 May 2010

SELAMAT HARI GURU..

Selamat hari guru di ucapkan kepada guru-guru saya yang telah mengajar saya menjadi orang yang berguna. Terima kasih, terima kasih, terima kasih cikgu. Hormatilah guru, sayangilah guru, ingatlah guru, tanpa guru siapalah kita.

Dengarlah lagu "Jasa Guru" versi Dikir Barat Kelantan oleh Cikgu Sulizi

Guru oh guru..
jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
jika hari ini seorang raja menaiki takhta
jika hari ini seorang presiden sebuah negara
jika hari ini seorang ulamak mulia
jika hari ini seorang peguam menang bicara
jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut,sabarnya mengajar tulis baca..
terima kasih cikgu kerana sudi ajar saya
hingga kenal merah biru tahu nilai budi bahasa
mintak halal segala ilmu cikgu bagi selama masa
berkat doa dengan restu saya boleh berjaya
berkat tekun cikgu ajar pelajaran cikgu bagi
tangan guru panjang sejengkal sampai cara memerintah negeri
tapi kerana terlebih pandai rosak iman punah budi
jasa cikgu demo tak nilai serupa kayu hangus api
berguru pada datang nampak rusa belang di kaki
berguru kepalang ajal bagai bunga kembang tak jadi
umpama kain sehelai putih hitam kotor cuci
jasa cikgu bubuh kalar untuk bina generasi
boleh kita begini maju cikgu bagi la formula
berkat keramat pesanan cikgu hingga saya boleh berjaya
berkat nikmat manis madu negara kaya raya
jasa baik pihak cikgu tadak siapa boleh lupa
untung laba daun sehelai tidak cikgu kira fikir
baja umbi buah segar orang lain kutip hasil
kerana cikgu jiwa sabar rela jadi macam lilin
rela diri hangus terbakar bagi cahaya kat orang lain
bersabarlah wahai cikgu saya kasih saya sayang
susah payah cikgu lalu orang lain tak paham
penat lelah sedih pilu rukah bukit meredah hutan
kerana menyampai ilmu laut luas sanggup seberang
wahai ahli masyarakat hargailah jasa cikgu
walau hanya sedenyut urat walau jasa sebesar debu
didik asuh tegur royat hingga kita boleh maju
tido jenero makan sedap rumah tangga beranak cucu
oh yakinlah wahai cikgu jasa mu yang tulus suci
moga teduh jadi tugu tumbuh berangkai buah berisi
jasa baik sudah tentu cukup masa genap hari
niat baik tuhan tahu jadi bekal sebelum mati
teruskan lah bakti teruslah berjuang
membina pertiwi jayakan wawasan
susah lelah atas diri tak harap balasan
negara dok nanti sinar bulan terang
terima kasih cikgu kerana sudi ajar saya
hingga kenal merah biru tahu nilai budi bahasa
mintak halal segala ilmu cikgu bagi selama masa
berkat doa dengan restu saya boleh berjaya

No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Minati Ini