18 May 2010

SMS Hari Guru...
Sebagai seorang guru. Setiap tahun aku terima SMS Sempena Hari Guru dari teman-teman seperjuangan dan anak-anak didik. Tapi yang aku nak kongsi hari ini adalah SMS yang aku terima dari teman-teman seperjuangan. Tahun ni SMS yang diterima semua panjang lebar. Jom baca sama-sama.

SMS 1 :
Apakah cita-cita anda sebelum jadi guru? Mejistret? Loyar? Enjiniar? Anda menyesal jadi guru? Cuba lihat, ada tak loyar yang sanggup pakai topi arkitek? Ada tak mejistret yang berani sarung kot doktor? Tapi guru adalah SEMUA itu. Kita lah doktor bila murid sakit. Loyar bila parents soal. Mejistret bila murid bergaduh. Hatta security guard & AHLI NUJUM pun kita! Semalam pula dah jadi tukang kebun gotong royong perdana. Oleh itu, berbanggalah jadi guru. SELAMAT HARI GURU.

SMS 2 :
There can be coffee without susu, Night without lampu, Curry without lembu, Burger without keju. But NOT school without CIKGU and Murid without GURU. Selamat Hari Guru.

SMS 3 :
Banyak dapat BUNGA? Tanda TEGAS guru mengharum dunia,
Banyak dapat PEN? Tanda guru BIJAK melakar kata,
Banyak dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa MEMBETULKAN dusta,
Banyak dapat MESEJ? Tanda guru sentiasa di INGATAN,
Banyak dapat CEMUHAN? Tanda guru insan yang SABAR.

SMS 4 :
Bila murid duduk, Cikgu pula berdiri,
Bila murid di seligi, Cikgu kena gari,
Murid datang sekolah naik BMW 7 siri,
Cikgu datang naik motor buruk road tax pun dah mati,
Murid pi belajar sampai PHD,
Cikgu baru berkira-kira nak amik degree,
Namun begitu di dunia guru berbakti,
Moga di syurga kita kekal abadi.

Cukuplah dulu 4 sms tu. Nampak macam syok sendiri? Namun semua tu hanya untuk suka-suka dan berhubung dengan teman-teman seperjuangan yang telah berpindah ke tempat lain di samping memeriahkan sambutan Hari Guru setiap tahun.

4 comments:

  1. huhu.. guru ibarat api.. kalu api terpadam, tiadalah cahaya menerangi ruang yg gelita..

    ReplyDelete

Anda Juga Mungkin Minati Ini