18 May 2010

CARA MENDAFTAR BLOG KE ENJIN PENCARIAN

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa blog anda tidak ada dalam enjin yahoo, google, msn, dll. Anda mahu blog anda dikenali ramai? sudah tentukan. Jadi untuk itu, anda perlulah mempunyai blog yang mengandungi maklumat-maklumat, atau informasi yang diperlukan oleh pengguna lain.

Usaha ini bukannya mudah ye, anda perlu publisitukan blog anda di blog-blog orang lain, dan juga mendaftarkan di enjin pencarian seperti google, yahoo dan sebagainya. Mungkin ada yang beranggap bahawa bila kita buat laman web atau blog secara automatik blog kita akan dikenali oleh orang lain. Saya pun berfikiran macam itu juga awalnya. Bila dibaca dan dikaji ternyata ia tidak begitu. Jadi kita perlu mendaftarkan dahulu blog kita itu. Untuk mendaftarnya anda boleh mendaftarkan dibeberapa enjin pencari seperti di bawah ini:

GOOGLE
Untuk mendaftar di pencari google anda bolehlah klik alamat ini http://www.google.com/addurl/ . Seterusnya anda perlu melengkapkan borang yang disediakan.
  • URL --> Isilah alamat URL blog anda.
  • Comments --> Isilah dengan kata kunci, tema, atau apa-apa tentang blog anda
  • Isi kotak kosong dengan "huruf Verifikasi" yang diberikan.
  • Klik "Add URL"
  • Klik Selesai.
YAHOO!
Untuk mendaftar ke yahoo, anda terlebih dahulu perlu ada akaun email yahoo. Jika belum ada anda perlu mendaftarlah terlebih dahulu. Setelah mendaftar email yahoo anda, kliklah alamat di sebelah ini https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit untuk mendaftar log anda.
Anda perlu mengisi borang atau maklumat yang diperlukan.
  • Masukkan alamat URL anda
  • klik selesai
Jika anda mahu mendaftarkan alamat feed anda, anda boleh memasukkan dengan menaik alamat blog anda dan dihujungnya ditambah dengan perkataan berikut atom.xml. Contohnya seperti alamat berikut
  • http://tengkusri.blogspot.com/atom.xml
MSN
Untuk mendaftar ke MSN anda bolehlah klik alamat di sebelah http://search.msn.com/docs/submit.aspx?FORM=WSDD2 . Anda isi dan lengkapkan borang yang disediakan dan klik selesai.





Untuk mendaftar di "free web submission" klik ikon di atas dan anda hanya masukkan alamat URL blod anda dan email google dan hantar permohonan anda.

Ping-O-Matic

Anda isi kan URL anda dan hantar.

Selamat mencuba. Anda harus ingat bahawa tidak semestinya selepas mendaftar terus blog anda ada di enjin pencari. Kadang -kadang anda terpaksa menunggu 3-4 minggu. selepas itu anda cuba taipkan maklumat di enjin pencari, jika masih tidak ada dalam enjin pencari anda cubalah mendaftarnya semula. Itu sahaja pesanan saya.

No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Minati Ini