25 October 2010

PIALA MALAYSIA MILIK SIAPA?

APAKAH RAMALAN ANDA?
APAKAH RAMALAN SI PAUL SOTONG?
APAKAH RAMALAN SI BURUNG?
mysports
Kepada peminat bola sepak Malaysia khususnya, marilah kita meramaikan Stadium Bukit Jalil 30 Oktober ini untuk menyaksikan perlawanan akhir yang penuh dramatik dan mendebarkan kerana merupakan ulangan tahun lalu.
 
GOMO KELATE GOMO vs. HOBENG JANG HOBENG
SAYA meramalkan KELANTAN menang
SOTONG meramalkan KELANTAN menang
BURUNG meramalkan N.SEMBILAN menang
KELANTAN 2 -N.SEMBILAN 1
CUBA TRY TEST RAMALAN ANDA!!!!

24 October 2010

GULA VS GARAM

23 Oktober yang lalu...
Perkhemahan Unit Beruniform...

Masa berkongsi lagi...
Kali ini tentang kisah lucu murid-murid ku yang pak turut...

Gayah : Alamak, manis nye air ni...
Usop : Tu lah. Kan aku dah kate jangan letak susu tu banyak sangat.
Gayah : Yang kau suruh aku buat tu kenapa.
Upin yang melihat kedatangan ku melaporkan kejadian itu kepadaku.
Upin : Cikgu, tengok budak dua orang tu, pasal air pun nak bergaduh.
Aku : Cikgu bagi markah rendah lah untuk kumpulan kamu kalau beginilah cara kamu menangani masalah.
Upin : Kau dengar tu. Kan aku dah cakap, kita tak perlu bergaduh pasal air.
Usop : Cikgu, cuba cikgu rasa air ni, macam nak suruh orang kena kencing manis je gayah ni buat air.
Aku : Kalau air tu manis, kamu fikirkan lah cara macam mana nak jadikan air tu sesedap rasa. Barulah kamu belajar cara menyelesaikan masalah.
Datang pula Jamal, Pembantu Tadbir sekolah untuk menyaksikan tragedi air manis.
Gayah : Abang Jamal ada idea tak macam mana kami nak jadikan air ni sesedap rasa.
Jamal : Alah kamu ni, perkara mudah je tu.
Jamal tersengih-sengih kat aku. Dia nak kenakan bebudak tu lah tu.
Upin : Macam mana nak buat ni Abang Jamal? Saya dah dahaga ni.
Jamal : Kamu masukkan lah garam dalam air tu. Tentu rasa manis tu akan berkurangan.
Usop : Biar betul Abang Jamal ni. Tak pernah saya dengar pun letak garam untuk mengurangkan manis air.
Gayah : Alah Usop tak payah nak fikir lagi. Dah abang Jamal bagi idea tu kita buat je lah.
Gayah pun membuka botol garam lalu memasukkan beberapa sudu garam ke dalam air tersebut membuatkan aku dan Jamal berpandangan sesama sendiri. rendah betul IQ si Gayah ni.
Usop : Kau ni memang... Usop tak sempat menghabiskan ayatnye apabila aku merenung tajam ke arahnya.
Upin : Nampak gayanya minum air masak jelah kita hari ni Usop, nasib kita lah sekumpulan dengan Gayah ni.
Lalu aku dan Jamal berjalan beriringan dengan senyuman geli hati. Beginilah jadinya kalau malas nak berfikir. Main ikut je apa yang orang suruh buat.



khemah dilanda ribut

23 October 2010

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 2010

Di Kota Bharu:
KELANTAN 1-0 KEDAH (Jaringan Mohd Idlan Talaha)
(Aggregat Kelantan 1 Kedah 0)


Di Johor Bharu:
JOHOR FC 0-2 N. SEMBILAN
(Aggregat N.S 2 Johor FC 1)

FINAL PIALA MALAYSIA
Kelantan vs. N. Sembilan

Pakai Jin

Hari ni letih nak update blog sebab baru jer balik lawan badminton. Pergi bukanya dekat...jauh. Disebabkan nama dah tersenarai terpaksalah pergi juga. Keputusanya tak kalah dan tak menang. macam mana tu. Siapa boleh jawab?

Aku dan tiga orang member pergilah. Member aku main double, aku main single...walaupun tak pernah main single..main jugaklah...disebabkan tidak ada partner. Member ni main......dan kalah pusingan awal lagi...main pulak kalah mati...bahaya tu...kalah, out.

Tinggallah aku....tengok dalam senarai ada 4 pemain single....termasuk aku. hati ni dah berdebar...maklumlah tak pernah main single, mengah,.... tunggu punya tunggu yang tiga orang tadi tak datang-datang. Nasib baik pakai jin nak pergi main badminton...tu yang diaorang takut nak lawan tu.....orang pakai track shut...aku pakai jin...gelak besar member member aku.....
main badminton pakai seluar jeans hehe..

21 October 2010

Gitu Pulak

Satu lagi pengalaman aku sebagai cekgu...

Masih lagi tentang MURID dan SOLAT...

Macam biasa aku selalu ingatkan murid tentang SOLAT dan KEHIDUPAN...

Aku katakan pada murid-murid ku
Aku : Solat akan mencegah kita dari melakukan DOSA.
Esah : Betul ke cikgu?
Aku : Betul. Apabila kita solat, kita akan ada pelindung daripada godaan IBLIS dan SYAITAN.
Esah : Tak lah cikgu.
Aku : Kenapa kamu kata begitu?
Esah : Saya ada 2 orang kakak ipar. seorang memang tak pernah tinggal solat dan seorang lagi sekali sekala je saya tengok dia solat.
Aku : Ha'a. Jadi apa masalahnya sekarang?
Esah : Masalahnya hari tu masa raya saya tengok kakat ipar saya yang tak tinggal solat ni tengking dan marah2 abang saya. Kakak ipar saya yang tak pernah solat ni baik sangat kat abang saya makan suap suap lagi...
Aku terdiam seketika dan kemudia tersenyum. Ke situ pulak budak ni.
Aku : Esah, kita kena ingat satu perkara ini. Apabila kita solat bermakna kita dekat dengan ALLAH. Bila kita dekat dengan ALLAH iblis suka tak?
Esah : Mestilah iblis tak suka. Iblis suka orang yang jauh dengan ALLAH.
Aku : Ha pandai pun Esah, Jika iblis tak suka kita apa yang iblis akan buat?
Esah : Iblis akan goda kita supaya kita melakukan dosa.
Aku : Betul...Betul...Betul... Macam tulah juga dengan dua kakak ipar Esah tu. Yang selalu SOLAT tu IBLIS suka GODA sampai kadang-kadang dia tersilap juga.
Esah dan murid-murid ku yang lain terangguk-angguk.
Dollah : OOOO kakak ipar Esah yang tak solat tu iblis sukalah ye cikgu?
Aku : Betul tu Dollah. Bila kita jauh dari ALLAH iblis pasti suka kita. Kita buat baik pun iblis tak risau sebab iblis tahu orang yang tak solat ni adalah geng dia.
Ipin : Bila geng dengan iblis maksudnya kita akan masuk neraka ya cikgu?
Aku : Ya kita akan masuk neraka sehinggalah semua dosa yang kita lakukan itu habis.
Ipin : Bila dosa dah habis kita boleh masuk syurga juga kan cikgu
Aku : Ya... Tapi bila kita masuk syurga kita tak ada apa-apa sedangkan orang yang solat dan berbuat baik akan ada mahligai yang lebih cantik dari istana di dunia ini
Ipin : Kenapa cikgu
Aku : Sebab orang yang solat akan dapat pahala bila dia berbuat baik. dengan pahala itulah terbinanya mahligai indah itu.

Dollah : Cikgu, kalau orang yang tak solat buat baik ALLAH beri tak pahala kat dia?
Aku : ALLAH tak akan beri pahala kat dia...
Dollah : Kenapa cikgu?
Aku : Sebab dia TAK SAYANG ALLAH.
Esah : OOO bila kita solat maknanya kita SAYANG ALLAH dan ALLAH beri kita PAHALA ye cikgu
Aku : Betul tu dan dengan PAHALA itu kita akan ada mahligai di syurga.
Esah : Habis tu kesianlah kakak ipar saya yang solat tu cikgu. Penat2 dia solat tapi dia buat dosa juga. ALLAH pun marah juga kat dia.
Aku : ALLAH tu MAHA pengampun dan PENYAYANG. ALLAH akan sentiasa membuka pintu kemaafan kepada sesiapa yang melakukan dosa. Setelah selesai solat pasti kita akan berdoa. Masa itulah kita minta pengampunan dari ALLAH semula dan ALLAH akan SAYANG kita semula.

Begitulah kisah AKU, MURID dan SOLAT....

20 October 2010

Beruk vs Ayam

Pada suatu tahun, sekumpulan Ustaz telah pergi ke sebuah perkampungan Asli bertujuan untuk mengislamkan orang-orang Asli di situ...
Pada suatu malam, diadakan ceramah tentang Makanan Halal dan Makanan Haram...
Ustaz ini pun ceramahlah...ketam,, ketum,,broom,,bramm,,gedang,,gedung...
Orang Asli(OA)  mendengarnya dengan penuh minat dan ada juga yang terkebil-kebil....
Sehinggalah sampai ke bahagian ustaz memberi contoh makanan yang halal dan haram
OA yang tak bersekolah ni bangun bertanya;
OA1: Ustaz saya suka makan BERUK......BERUK sodapp.
Ustaz : BERUK tak boleh makan walaupun sodap. Kamu makan AYAM. AYAM pun sodap.
Bangun pula OA yang belajar takat PRASEKOLAH(kira cerdik sikitlah ni)
OA2 : Aku tak nak lah masuk Islam kalau macam tu..... kitak tak boleh makan AYAM.
Ustaz : Kenapa pula macam tu?
OA1 : Ustaz BERUK makan buah....jadi ia bersih, AYAM makan tahik Ustaz kotorrrrrr...eiiiii geli den.
Ustaz: "Oooooo..sebab itulah kamu makan BERUK.
Ustaz: "Gelak dalam hati...kesitu pulak perginya", betul jugak katanya.
(Tapi inilah jika kita tidak faham hukum syarak)

19 October 2010

APA NAK JADI

Sekadar nak berkongsi... Pengalaman aku sebagai CIKGU...

Sebagai cikgu aku ni suka beri nasihat kat murid2 sebelum memulakan kelas...
Satu hari aku berilah nasihat tentang pentingnya solat demi menjamin kesenangan hidup DUNIA dan AKHIRAT...

Selesai aku memberi nasihat aku tanyalah anak murid ku siapa yang solat subuh...
Adalah dua tiga orang je yang angkat tangan...
Jadi aku tanyalah salah seorang murid aku yang tak solat tu...
Aku : Mamat kenapa kamu tak solat pagi tadi?
Mamat: Saya solat Maghrib je cikgu...
Aku: Kenapa kamu tak solat 5 waktu?
Mamat : Kira baik dah saya tu cikgu solat Maghrib tiap-tiap hari...
Aku: Tak ada baiknya Mamat kalau solat Maghrib je.
Mamat : Kira saya ni baik pada ayah saya cikgu. Ayah saya solat Jumaat. Seminggu sekali je cikgu..

Apa lagi yang boleh aku katakan?? Tak kan aku nak kata ayah kamu tu UZUR... Bukan prinsip aku nak buat kelakar tentang AGAMA...
Takkan pula aku nak kata TAK BAIK solat Jumaat je...Kang budak tu balik cerita kat ayah dia cikgu kata AYAH TAK BAIK...Aku cari pasal lah tu namanya..

Jadi aku  Tersenyum jelah.......Sambil berkata...DUNIA SEKARANG DUNIA TANPA SEMPADAN...Kamu carilah ILMU dan cikgu harap kamu jumpa JALAN YANG BETUL.....

DITEGUR SALAH...TAK TEGUR RASA BERSALAH....

17 October 2010

WAKTU AZAN DI MOBILE

Anda suka melancong...atau bersiar-siar atau outstation. Mungkin anda memerlukan waktu azan untuk memudahkan anda melakukan solat terutama yang muslim. Anda boleh solat apabila telefon anda memperdengarkan azan apabila tiba waktunya. Anda boleh menetapkan atau setting mengikut tempat yang anda pergi. Aplikasi azan ini boleh di install di telefon Nokia, Motorola, Sony, Samsung, LG, Imate, Windows Mobile dan lain-lain lagi yang ada java. Untuk Nokia ia menggunakan fail .jar. Ini adalah telefon yang telah diinstallkan dengan software azan:


 Selain itu anda juga boleh menentukan arah kiblat. Kadang-kadang ada tempat yang kita pergi tiada arah kiblat..dengan menginstallkan ini..anda dapat tentukan arah kiblat dengan menggunakan telefon anda...senangkan. Kita juga boleh mengetahui tarikh Islam atau hijrah.
 jika anda mahu install ditelefon anda bolehlah klik link dibawah;
Cara install:
1.download dan extract.
2.Pilih fail yang sesuai dengan telefon anda contoh nokia azan.jar, blackberry azan.cod.
3.Anda transferkan fail tadi kedalam phone anda menggunakan kabel usb, bluetooth, infra red dll.
4.Installkan fail tadi dengan klik 2x dan boleh digunakan.

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS

EPL
Keputusan terkini Liga Perdana Inggeris untuk minggu ke-8 adalah seperti di bawah:
Arsenal 2-1 Birmingham City
Fulham 1-2 Tottenham Hotspur
Bolton Wanderers 2-1 Stoke City
Wolverhampton Wanderers 1-1 West Ham
Newcastle United 2-2 Wigan Athletic
Manchester United 2-2 West Bromwich Albion
Aston Villa 0-0 Chealseabaru

Everton 2-0 Liverpoolupdate
Blackpool 2-3 Manchester Cityupdate

 

16 October 2010

SUAMI PENAMPAR

Ini kisah betul yang berlaku dalam masyarakat kita...
Suami ni memang seorang yang bengis dan garang orangnya. Jika isteri melakukan sedikit sahaja kesilapan terhadap barang kesayangan suaminya....maka PENAMPAR lah hadiahnya. Isteri ni memang takut sangat dengan suaminya. Bayangkanlah jika anda mendapat suami seperti ini.....
Nak dijadikan cerita;
Pada suatu petang isteri sedang menyiang ikan untuk masak makan malam. Ketika asyik menyiang ikan tiba-tiba pisau patah hulunya. Pada masa itu suaminya tiada dirumah. Si Isteri mula ketakutan dan cuba mencari jalan untuk mengelakkannya dimarahi dan ditampar oleh suaminya. Pisau itu adalah pisau kesayangan suaminya.
Bila suaminya pulang isteri diam dan tidak memberitahu tentang pisau yang patah itu...pada malam itu ada perlawanan bola sepak dan suaminya memang minat dan suka bola sepak.
Selepas selesai makan malam.. maka si suami pun menontonlah perlawanan bola sepak di televisyen.
Si isteri mencari peluang untuk memberitahu suaminya tentang pisau itu....
Sedang asyik suaminya menonton...tiba-tiba pasukannya kegemarannya hendak menjaringkan gol...si suami dengan gelagat dan semangatnya menyaksikan...."ish, bawak lagi...ya itu dia...cross..tendang!!!!!"
Pada masa itulah si Isteri mencelah dan memberitahu "bang pisau abang patah",
Si Suami menjawab " Patah pun patah lahhh......itu dia..GOLLLLLL."
Maka si isteri lega kerana tidak kena marah dan PENAMPAR suaminya pada malam itu.
(Lain kali isteri sudah tahu cara hendak memberitahu suaminya)

12 October 2010

Award Ketiga!!!

Award ini aku dapat dari Nurul Azimah Othman...blog BudakYang Comel tu....terima kasih kerana bagi kat Tengkusri...the best follower...Trycubatest.
Komen: 1
Blog budak yang comel memang cute..comel sangat...so melawat kat sna kalau tk percaya...
Komen: 2
Aktivit masa lapang adalah berblogging, main badminton..makan...basuh kereta..lastly main bowling
Komen: 3
Disini saya mahu tag kawan-kawan saya yang menjadi teman baik blog saya...iaitu
zue..
nard naddy
zirconia...
sebenarnya banyak lagi nak tag.tp diberi 3 sahaja...ish,ish,
Tq, TRYCUBATEST

KEWAJIPAN WANITA MENTAATI SUAMI....

Pilihan Wanita
Daripada Ibnu Abbas, katanya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan kafir".
Baginda SAW ditanya oleh seseorang: Apakah mereka kafir kepada Allah? Jawab Rasulullah:
"Mereka kafir kepada karib(suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau sudah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata: Saya tidak pernah melihat kebaikan daripadamu sedikit pun!" (Hadis riwayat al-Bukhari)
Seorang suami:
Tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kesalahan atau kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang mnyenangkan daripada isterinya.
Seorang isteri:
1. Disamping taat kepada Allah hendaklah taat kepada suaminya. Jika ini dapat dilakukan maka syurgalah untuknya.
2. Baginda bersabda: "Jika seorang perempuan sudah solat lima waktu, jaga kemaluannya, dan taat pada suaminya pasti ia masuk syurga dari pelbagai pintu yang dikehendakinya." (hadis riwayat Ibnu Hibban)
3. Isteri mempunyai kewajipan besar dan penting kepada suaminya, manakala bagi lelaki pula mempunyai kewajipan besar terhadap ibunya.
Baginda bersabda lagi yang bermaksud:
"Wanita yang taat pada suaminya, diminta ampun oleh burung diangkasa, ikan dilaut, malaikat dilangit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya."
" Wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanya laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya."
" Wanita yang bermuka masam kepada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah sampai ia bergurau senda dengan suaminya dan ia meminta kerelaannya."
"setiap wanita yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang."
(hadis riwayat al-Bazzar)

11 October 2010

Award Pertama!!!! dan Award Kedua!!!!

Award Pertama
Inilah award pertama yang aku dapat. Award ini telah diberikan kepada aku oleh Khalidahkuaci.blogspot.com. Terima kasih diucapkan kerana ada juga yang menghargai blog aku ini.
Ini memberikan lg semangat aku untuk berbloging.....TRYCuBATEST.

Award Kedua 
Award ke dua ini aku dapat daripada blog Jannah. Aku berasa bangga kerana hari ini aku dapat award 2 sekali gus...terima kasih kepada Khalidah dan Jannah...Semoga kau orang bertambah maju....TRYCUBATEST.

10 October 2010

Suami MENGERJAKAN Isteri

Di sebuah kampung tinggal sebuah keluarga yang alim dan kuat beribadat...
Disebabkan terlalu kuat beribadat Si Isteri sering menolak ajakan suami untuk berasmara...
Maka Si suami sangat sedih dan...
Pada suatu hari Si Suami mendengar ceramah di Masjid yang menyatakan isteri yang melayan suaminya akan mendapat pahala seperti membunuh 10 orang tentera Yahudi...
Selepas itu Si suami pun pulang ke rumah untuk menceritakan apa yang didengarnya kepada Si Isteri...
Suami : Sayang, tadi abang dengar ceramah di masjid. Ustaz tu kata kalau sayang layan abang sayang akan dapat pahala macam sayang bunuh 10 orang tentera yahudi..
Isteri : Betul ke Bang, Kalau macam tu sayang akan sentiasa melayan abang dengan baik..
(suami dan isteri itu pun berperanglah sehingga puas keduanya)
Di malam yang kedua si suami masih ingin bersama dengan isterinya maka
Suami :  Sayang tahu tak kalau sayang melayan abang untuk malam yang kedua berturut-turut sayang akan mendapat pahala seperti membunuh 20 orang tentera yahudi pula.
Isteri : Ye ke bang, maka beradulah lagi bang beng bung.......
(Perperangan malam kedua bertambah hebat lagi diantara suami isteri itu.)
 Di malam yang ketiga, si isteri pula yang menginginkan suaminya lalu bertanya
Isteri : Bang, pahala untuk malam ketiga bagaimana pula?
(suami yang sudah keletihan berperang dengan si isteri dua malam berturut-turut menjadi gusar lalu mencari idea untuk menolak pula)
Suami : Tapi yang, malam ni tidak boleh... dan tidak ada pahala lagi.
Isteri : Kenapa begitu bang? Isteri kebingungan,
Suami : Sebab semua tentera yahudi tu sudah mati.....tidak ada lagi yang hidup...
"Si suami gelak macam nak pecah"

KEPUTUSAN PERADUAN POKOK APA

KEPUTUSAN
Terima kasih kepada semua pengunjung, pelawat dan kawan-kawan yang menyertai peraduan Pokok Apa ini. Kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan amat menggalakkan. selepas 2 hari peraduan ini berlangsung. Peraduan ini dengan rasminya telah pun TAMAT.
 Antara jawapan yang dijawab oleh pengunjung/ peserta ialah:
Pokok/Pucuk putat
Sabung nyawa
Pokok kaduk
Pokok ketum
Pucuk/Pokok jambu
Daun timba tasik
Pokok mengkudu
Pokok bunga raya
Pucuk tenggek burung
Pokok ganja
Tiada jawapan yang tepat. 
Maka tiada pemenang
Pucuk ini berbau busuk dan tidak boleh dimakan mentah. Pokoknya sederhana sahaja dan batangnya tidak besar. Jawapan sebenarnya ialah: Pucuk/Pokok Mata Kesing


MOTO GP SEPANG

Malaysia: Perlumbaan MotoGP di litar Antarabangsa Sepang sebentar tadi menyaksikan Valentino Rossi atau dikenali dengan panggilan "The Doctor" telah berjaya mendapat tempat pertama. Di litar ini juga menyaksikan rakan kepada Valentino Rossi, Jorge Lorenzo dinobatkan sebagai Juara Dunia MotoGP tahun 2010.
The Official MotoGP
Dani Pedrosa tidak menyertai perlumbaan ini akibat kemalangan tempoh hari. Keputusan penuh perlumbaan di Litar Sepang adalah seperti di bawah:
1. V. Rossi Fiat -Yamaha
2. A. Dovizioso -Repsol Honda
3. J. Lorenzo -Fiat Yamaha
4. B. Spies -Monster Yamaha
5. A. Bautista -Rizla Suzuki
6. N. Hayden -Ducati

JAPANESE GRAND PRIX OF SUZUKA

The Official F1
Japan: Perlumbaan F1 yang baru berakhir sebentar tadi menyaksikan kemenangan 1 dan 2 untuk Red Bull Racing. Perlumbaan di litar Suzuka, Jepun ini menyaksikan beberapa kemalangan yang berlaku. Keputusan muktamad seperti dibawah:
1. Mark Webber      220 mata
2. Fernando Alonso  206 mata
3. Sebastian Vettel    206 mata
4. Lewis Hamilton     192 mata
5. Jenson Button       189 mata

iPhone untuk diMENANGI

TOP REFERRAL CONTEST
Kepada pengunjung blog ini anda mahu iPhone 3G 16GB....
Contest ini berlangsung dari 1 Oktober 2010 sehingga 31 Oktober 2010.
Syarat-syarat peraduan yang mudah dan senang
Sila klik banner dibawah ini:

kad 
kahwin
Kad Kahwin

09 October 2010

POKOK APA?

RM 10 topup untuk dimenangi jika sesiapa berjaya meneka pokok ini dengan betul mengikut jawapan yang telah ditetapkan.
Pucuk apakah ini?...
Pokok apakah ini?.....
Siapa tahu nama pucuk dan pokok ini?....
Pucuknya sahaja boleh dimakan....
Daunnya boleh dijadikan makanan kambing@ biri-biri...
Akar dan pokonya tidak diketahui kegunaannya.....
Rasanya pucuknya kepahitan.......
Dicelur dahulu baru boleh dimakan.....
Sungguh sedap dibuat ulam......
Tidak semua tempat atau negeri ada pokok ini.....
Tumbuh meliar disana sini.....
Besar pokoknya tidak besar sederhana sahaja...
Tarikh tutup penyertaan pada hari Ahad jam 8.00 malam. Keputusan akan diumumkan jika ada yang meneka dengan betul. keputusan hakim adalah muktamad...TRYCUBATEST

08 October 2010

ANTI-THEFT FOR MOBILE siri 5


Entri tentang Anti Theft Lock for Mobile lagi….

Pertamanya aku nak cerita tentang cara nak DAFTAR nombor orang yang dipercayai...
1.      Macam biasalah buka dulu F-secure

2.      Carilah sampai jumpa icon setting…cam kat bawah ni

3.      Klik icon setting ni dan gambar di bawah ni akan keluar.

4.      Klik Anti Theft. Scroll ke bawah sampai jumpa trusted number

5.      Then dia akan minta masukkan no pin..masukkan no pun dan akan keluar seperti di bawah

6.      Masukkan lah nombor telefon orang yang anda percayai itu…

Dah jadi....TryCubaTest lah...


ANTI-THEFT FOR MOBILE siri 4

Bersambung lagi entri tentang Anti Theft Lock for Mobile ni...

Pertamanya aku nak cerita tentang cara nak SET nombor pin
1. Buka lah F-Secure dan gambar seperti di bawah akan keluar

2. Carilah sampai jumpa icon setting…cam kat bawah ni

3. Klik icon setting ni dah gambar di bawah ni akan keluar.

4. Klik Anti Theft

5. Dah keluar pun security code….Klik security code dan masukkan security code anda…senangkan.

Selamat CubaTryTest

Tangga 100

1
10
100
Ape itu seratus??...
RM100
100 orang
100 sen
hahaha.....
Hari ini blog aku mencapai pelawat melebihi 100 orang...
inilah kali pertama aku mencapainya....
sejarah tercipta kali kedua....
selepas berjaya menghabiskan puasa enam....
mungkin hari ini aku rajin sedikit selepas dapat makan daging panggang...hehe
ini dia award ke-100
TRYCUBATEST
http://tengkusri.blogspot.com

DAGING PANGGGANG

Daging panggang oh daging panggang...
Sebaik sahaja aku menerima jemputan menghadiri Jamuan Raya peringkat DUN kat kawasan aku ni... aku cuma berkira-kira je nak pergi ke tidak... Tapi.... Selepas diberitahu ada Daging Kambing Panggang aku terus menetapkan niat akan ke Jamuan Tersebut... Sedap tu... Bukan setakat sekor dua tapi 10 ekor...aku ulang 10 ekor... Nasib baiklah aku sempat juga menjamah Daging Kambing Panggang tu... Ramainya orang tak terkira hingga nak makan pun bertolak-tolak dan berebut-rebut hanya kerana si Daging Kambing Panggang....

Inilah dia Si Daging Kambing Panggang Kontroversi


Suasana di Jamuan Hari Raya Peringkat DUN

Teknologi Pengiklanan

JOM...JOIN MANGGA ad...Mangga Ad mempunyai teknologi yang terkini dan canggih.....

TRYCUBATEST

Puasa Enam

Hurreyyy..... Selama berpuluh tahun hidup...hari ini adalah sejarah bagi aku kerana dapt melaksanakan puasa enam. sepanjang aku hidup ini yang pertama kali...Ish ish..ish...Susah jugak yer untuk melaksanakannya...maklumlah kita jer yg berpuasa...terutamanya bulan Syawal. Kau orang pun mungkin terfikir alah puasa enam....Jamuan raya tiap-tiap hari boleh dikatakan...Aku kuatkan azam untuk melakukan puasa enam yang sebelum ini tidak pernah aku lakukan...mungkin ada juga orang yang macam aku ni....nak-nak ada yang tk pernah laksanakan sepanjang hidupnya....tapi terpulanglah kepada individu itu..betul tak!, ini kerana puasa enam adalah sunat sahaja..bukannya wajib....tetapi pahalanya berganda-ganda..siapa tk nak rebut.
Hari ini adalah hari raya kali kedua bagi aku selepas bulan Ramadhan. dan hari ini adalah hari terakhir bulan Syawal..So sesiapa yg tidak sempat tu..tunggulah Syawal akan datang...Sekejap lg aku nak pergi Jamuan Raya dekat kampung aku ni...katanya ada bakar kambing panggang....maklumlah Menteri Besar yang turun padang....
Jom pergi beraya dengan aku..aku nak TRYCUBATEST kambing panggang...hehe
Inilah kelebihan PUASA ENAM
Puasa enam hari di dalam bulan Syawal mengandungi beberapa kelebihan, sebagaimana diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Barang siapa yang berpuasa sebulan Ramadan, diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa selama setahun. Allah SWT juga berfirman di dalam surah Al-An’aam yang bermaksud: Barang siapa yang membawa amal yang baik maka bagi (pahala) sepuluh kali ganda. Dan barang siapa yang membuat perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan kecuali yang seimbang dengan kejahatannya. Sedang mereka sedikit pun tidak di aniaya (dirugikan). Inilah kelebihan yang Allah SWT tawarkan bagi direbut oleh umat Islam yang mungkin terlepas kelebihan Ramadan sebelum ini.

07 October 2010

ANTI-THEFT FOR MOBILE siri 3


ANTI THEFT LOCK
Kegunaannya:
1. Sekiranya handphone anda dicuri orang dan anda telah mengunci Handphone anda menggunakan F-Secure ni anda boleh:
a. Mengesan lokasi kedudukan handphone anda.
b. Mengesan nombor telefon yang baru sekiranya si pencuri telah menukarkan sim kad telefon anda.(nombor akan dihantar terus ke no telefon rakan yang anda percayai yang telah anda masukkan)
c. Anda boleh menghapuskan semua data yang berada di dalam telefon anda.
2. Sekiranya handphone anda dicuri dan anda tidak mengunci handphone anda menggunakkan F-Secure(pastikan dah diinstall dalam handphone anda) anda boleh:
a. Mengunci handphone anda sekiranya si pencuri belum menukarkan sim kad. (Kalau pencuri dah tukar sim kad, tak dapat nak buat apa dah la. Siapa suruh tak kunci.)
3. Sekiranya anda seorang yang pelupa:
a. Bagi si pelupa(akulah tu), F-secure ni ada gunanya juga sebab anda boleh mendapatkan lokasi handphone anda menggunakan F-secure ni.
Macam mana pula nak buat semua tu:
1. Mengesan kedudukan handphone anda.
a. Gunakan SMS(guna telefon kawan lah ye) je… taip #LOCATE#NO PIN send ke nombor telefon anda sendiri.
b. Contoh SMS: #LOCATE#12345(jangan jarak ye)
2. Menghapuskan semua data di dalam handphone.
a. Guna SMS juga… taip #WIPE#NO PIN send ke nombor telefon anda
b. Contoh SMS: #WIPE#12345
3. Mengunci handphone secara jarak jauh. (Sekiranya handphone belum dikunci)
a. SMS… #LOCK#NO PIN send ke nombor telefon anda(telefon yang kena curi/hilang tulah)
b. Contoh SMS: #LOCK#12345

*****PERHATIAN 12345 KAT ATAS TU NO PIN ANDA YE...JGN LAK MASUKKAN NO 12345 TU....******

ANDA TAKUT LUPA NO PIN?
Jangan risau…Aku pun pelupa juga dan aku tak kisah pun sebab aku tahu F-Secure ni boleh tolong kita set semula no.pin guna telefon orang yang dipercayai. Nanti aku buat entri tentang si pelupa macam aku ni nak reset no.pin dan cara nak daftarkan nombor telefon orang yang dipercayai.

06 October 2010

ANTI-THEFT FOR MOBILE siri 2

Telefon yang telah dipasang dengan Anti kecurian dan boleh dikesan dengan google maps guna gps jika hilang @ dicuri
ANDA MENGGUNAKAN TELEFON YANG
MAHAL, 
CANGGIH, 
TERKINI, 
CANTIK,

With F-Secure Anti-Theft for Mobile
you can
• Lock your phone remotely
• Locate your phone remotely
• Erase the confidential data remotely
• Get informed who stole your phone

Key features
• Remote Lock, Locate and Wipe
• Theft Control
• Local Lock
• Easy to upgrade with additional security
features
• Easy to use
Supported platforms
• Symbian
• Windows Mobile
• Android
How to Secure and Locate your
phone in case of loss or theft
You can lock, locate or wipe your phone
remotely with a SMS message. Remember
to define your codes to the antitheft
settings before using commands.
If the SIM is changed, the thief’s number is
automatically reported to you.

Remote lock: #LOC K#
Remote locate #LOC ATE#
Remote wipe: #WIPE#

ManggaAd MANGGAad Mangga Ad

Hari ini aku membuat keputusan yang bijak...kata aku lah, kerana aku rasa puas hati dengan pengiklan ManggaAd. Kau orang punya blog kau orang punya pasal lah. Nak join klik di bawah:
Dengan ManggaAd aku dapat jana duit dengan banyak... Aku baru juga join ManggaAd ni...tapi earnings yang aku dapat sudah mengatasi nuffnag...sorry nuffnag. Disebabkan Aku tidak lagi menjadi ahli gliretti nuffnag, disebabkan itu juga pendapatan aku tidak bertambah-tambah...so selamat tinggal nuffnag. Jom join ManggaAd kepada blogger yang baru....atau yang lama kalau berminat.
Aku akan jadi ahli setia ManggaAd. Aku sayang ManggaAd. Oh ManggaAd ku........


 @TRYCUBATEST@

02 October 2010

CUTI-Cuti Malaysia

Hujung minggu lepas aku..telah pergi ala-ala cuti Malaysia...Menyahut seruan kerajaan.Tak payah pergi luar negara dalam negara pun belum tentu lagi habis dilawati....tempat yang aku pergi ialah BUKIT GAMBANG WATER PARK KUANTAN. Memang best gak pergi disana untuk menenangkan fikiran .....mungkin yang  pernah pergi dah tahu...tetapi yang belum pergi bolehlah mencubanya...bukan nak promote, tapi sesuai untuk bersantai. Mungkin anda pernah pergi SUNWAY LAGOON, A FARMOSA RESORT, TAMBUN, BUKIT MERAH, PEDAS, semua itu mempunyai kelainannya dan keistimewaannya.
Kawasan ruang legar
untuk kanak-kanak


tempat permainan kanak-kanak

Inilah saat-saat manis yang dapat aku rakamkan semasa melancong disini. Kepada yang ingin bercuti bolehlah trycubatest disini.
Anda Juga Mungkin Minati Ini