07 October 2010

ANTI-THEFT FOR MOBILE siri 3


ANTI THEFT LOCK
Kegunaannya:
1. Sekiranya handphone anda dicuri orang dan anda telah mengunci Handphone anda menggunakan F-Secure ni anda boleh:
a. Mengesan lokasi kedudukan handphone anda.
b. Mengesan nombor telefon yang baru sekiranya si pencuri telah menukarkan sim kad telefon anda.(nombor akan dihantar terus ke no telefon rakan yang anda percayai yang telah anda masukkan)
c. Anda boleh menghapuskan semua data yang berada di dalam telefon anda.
2. Sekiranya handphone anda dicuri dan anda tidak mengunci handphone anda menggunakkan F-Secure(pastikan dah diinstall dalam handphone anda) anda boleh:
a. Mengunci handphone anda sekiranya si pencuri belum menukarkan sim kad. (Kalau pencuri dah tukar sim kad, tak dapat nak buat apa dah la. Siapa suruh tak kunci.)
3. Sekiranya anda seorang yang pelupa:
a. Bagi si pelupa(akulah tu), F-secure ni ada gunanya juga sebab anda boleh mendapatkan lokasi handphone anda menggunakan F-secure ni.
Macam mana pula nak buat semua tu:
1. Mengesan kedudukan handphone anda.
a. Gunakan SMS(guna telefon kawan lah ye) je… taip #LOCATE#NO PIN send ke nombor telefon anda sendiri.
b. Contoh SMS: #LOCATE#12345(jangan jarak ye)
2. Menghapuskan semua data di dalam handphone.
a. Guna SMS juga… taip #WIPE#NO PIN send ke nombor telefon anda
b. Contoh SMS: #WIPE#12345
3. Mengunci handphone secara jarak jauh. (Sekiranya handphone belum dikunci)
a. SMS… #LOCK#NO PIN send ke nombor telefon anda(telefon yang kena curi/hilang tulah)
b. Contoh SMS: #LOCK#12345

*****PERHATIAN 12345 KAT ATAS TU NO PIN ANDA YE...JGN LAK MASUKKAN NO 12345 TU....******

ANDA TAKUT LUPA NO PIN?
Jangan risau…Aku pun pelupa juga dan aku tak kisah pun sebab aku tahu F-Secure ni boleh tolong kita set semula no.pin guna telefon orang yang dipercayai. Nanti aku buat entri tentang si pelupa macam aku ni nak reset no.pin dan cara nak daftarkan nombor telefon orang yang dipercayai.

2 comments:

  1. Cam best je benda ni...nak kena cubatrytest kat nokia n85 teman ni...

    ReplyDelete

Anda Juga Mungkin Minati Ini