12 October 2010

KEWAJIPAN WANITA MENTAATI SUAMI....

Pilihan Wanita
Daripada Ibnu Abbas, katanya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan kafir".
Baginda SAW ditanya oleh seseorang: Apakah mereka kafir kepada Allah? Jawab Rasulullah:
"Mereka kafir kepada karib(suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau sudah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata: Saya tidak pernah melihat kebaikan daripadamu sedikit pun!" (Hadis riwayat al-Bukhari)
Seorang suami:
Tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kesalahan atau kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang mnyenangkan daripada isterinya.
Seorang isteri:
1. Disamping taat kepada Allah hendaklah taat kepada suaminya. Jika ini dapat dilakukan maka syurgalah untuknya.
2. Baginda bersabda: "Jika seorang perempuan sudah solat lima waktu, jaga kemaluannya, dan taat pada suaminya pasti ia masuk syurga dari pelbagai pintu yang dikehendakinya." (hadis riwayat Ibnu Hibban)
3. Isteri mempunyai kewajipan besar dan penting kepada suaminya, manakala bagi lelaki pula mempunyai kewajipan besar terhadap ibunya.
Baginda bersabda lagi yang bermaksud:
"Wanita yang taat pada suaminya, diminta ampun oleh burung diangkasa, ikan dilaut, malaikat dilangit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya."
" Wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanya laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya."
" Wanita yang bermuka masam kepada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah sampai ia bergurau senda dengan suaminya dan ia meminta kerelaannya."
"setiap wanita yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang."
(hadis riwayat al-Bazzar)

No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Minati Ini