Sekadar nak berkongsi... Pengalaman aku sebagai CIKGU...
Sebagai cikgu aku ni suka beri nasihat kat murid2 sebelum memulakan kelas...
Satu hari aku berilah nasihat tentang pentingnya solat demi menjamin kesenangan hidup DUNIA dan AKHIRAT...
Selesai aku memberi nasihat aku tanyalah anak murid ku siapa yang solat subuh...
Adalah dua tiga orang je yang angkat tangan...
Jadi aku tanyalah salah seorang murid aku yang tak solat tu...
Aku : Mamat kenapa kamu tak solat pagi tadi?
Mamat: Saya solat Maghrib je cikgu...
Aku: Kenapa kamu tak solat 5 waktu?
Mamat : Kira baik dah saya tu cikgu solat Maghrib tiap-tiap hari...
Aku: Tak ada baiknya Mamat kalau solat Maghrib je.
Mamat : Kira saya ni baik pada ayah saya cikgu. Ayah saya solat Jumaat. Seminggu sekali je cikgu..
Apa lagi yang boleh aku katakan?? Tak kan aku nak kata ayah kamu tu UZUR... Bukan prinsip aku nak buat kelakar tentang AGAMA...
Takkan pula aku nak kata TAK BAIK solat Jumaat je...Kang budak tu balik cerita kat ayah dia cikgu kata AYAH TAK BAIK...Aku cari pasal lah tu namanya..
Jadi aku Tersenyum jelah.......Sambil berkata...DUNIA SEKARANG DUNIA TANPA SEMPADAN...Kamu carilah ILMU dan cikgu harap kamu jumpa JALAN YANG BETUL.....
DITEGUR SALAH...TAK TEGUR RASA BERSALAH....
dulu masa darjah 2.
ReplyDeleteustazah tanya siapa solat subuh harini.
semua angkat tgn.
i tak solat haritu pun angkat jugak.
huhu.
kadang nak tegur seseorang lagi susah daripada suruh khinzir masuk kandang. apatah lagi kalau famili dia pun jenis macam tu.. sabar jela.. mana yang mampu je kita buat.. yang laen, serah pada allah dan berdoa. ;)
ReplyDeletessh kan nk betol kan org laen...
ReplyDeletesalam ..
ReplyDeletecabaran guru sekarang.. membina modal insan cemerlang dunia akhirat..!! hehe
tahniah cekgu..
btw i follow u ..=)
jadi apa pendekatan yg harus dilakukan?
ReplyDeleteALL IN ONE
salam..memang ni la masalah yg selalu d alami cigu2 semalaya..
ReplyDeletedi tegur salah, tak ditegur rasa bersalah.. betul sangatla ni..