Belkin F5D7132UK Universal Repeater.
Alat ini
amat sesuai untuk menguatkan lagi tarikan internet terutamanya wireless. Ia
boleh dijadikan sebagai router (access point) atau repeater.
Untuk setting Belkin Repeater ini
amat senang sekali jika ada manual dan juga cd yang dibekalkan. Hanya
sekali sentuh sahaja sudah dapat digunakan. Jika anda menggunakan router dan
repeater jenama yang sama lagi mudah untuk settingnya. Jika router dan repeater
berlainan jenama pun boleh digunakan. Sebagai contoh saya menggunakan router
Linksys dan repeater Belkin...namun masin berfungsi dengan baik walau dalam
jarak 100 m.
Jika anda KEHILANGAN CD SETUP
bagaimana untuk setting Belkin Repeater ini. Disini saya memberikan sedikit
pengalaman saya.
1. Anda perlu muat turun
"Belkin Range Extender Utility" Download Here
2. Apabila selesai download. Anda
perlu install "Belkin Range Extender Utility" tersebut. Jika gagal
untuk install, anda sambungkan cable melalui Lan
Port ke komputer dan "on" kan Belkin Repeater
kemudian Install semula.
3. Sebelum mulakan setting,
pastikan anda off kan
atau disable semua connection (wireless/broadband/etc.) kecuali LAN (Local Area
Connection). Caranya klik My network Place>show all
connection> dan anda akan lihat connection yang ada.
4. Pasang Belkin cable plug dan Lan Cable kepada komputer. Kemudian "on" kan suis. Jika lampu merah (searching) bernyala merah biarkan. Klik My Network Places> Klick kanan Local Area Network> Klik Properties>cari internet protocol (TCP/IP)>tick IP addresses dan masukkan IP sebagai 192.168.2.100 dan tekan ok. Jika dia minta subnet mask lupakan (ignore it) dan tekan ok lagi kemudian ok lagi.
5. Selepas selesai masukkan IP. Cari shortcut "Belkin Range Extender Utility"dan open it. Kemudian tekan refresh dan anda akan dapat tekan butang "Web Management". Selepas itu anda setting lah mengikut access point anda seperti SSID, WEP key jika ada. Pastikan sama dengan access point anda. Kemudian simpan. Jika tidak
6. Jika tidak berjaya ulangi langkah 3 hingga 5. Setelah selesai setting anda disconnet (cabut) LAN cable dari komputer anda dan unplug Belkin atau tutup.
7. Selepas itu anda klick Mynetwork Places seperti no.4 dan buang IP dan yang anda masukkan tadi, dengan pilih automatik IP. Anda letaklah elkin Repeater anda tadi di tempat yang anda suka dan on kan.
8. Anda "enable" kan semula wireless connection dan anda akan dapati signal strength atau tarikan internet yang lebih laju. Selamat mencuba.
ada utility yang support Windows 7 ?
ReplyDelete