23 May 2010

Nota Adobe PHOTOSHOP

Mahu Belajar Adobe Photoshop....
Saya ada belajar cara edit gambar dengan Adobe Photoshop. Bagi kita yang mula belajar memang susah jugak untuk mengeditnya. Jadi saya cuba cari nota yang sesuai bagaimana untuk mengedit gambar menggunakan Adobe Photoshop. Jika anda ada program itu anda boleh download di alamat berikut http://www.adobe.com/downloads/
Jika anda pandai mengedit pasti puas hati dengan kerja anda...memang menakjubkan!!
Anda mungkin boleh menjadi ahli fotografi, buat bisness dan membuka kedai gambar. Di sini saya akan berkongsi apa yang saya ada tentang Adobe Photoshop. Silalah mencuba....


UNIT 1 : PAPARAN DAN TOOLBAR

Objektif

Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:

  • memulakan aplikasi Adobe Photoshop.
  • menetapkan setting untuk canvas baru.
  • mengetahui penggunaan Menu Bar, Tool Bar, Tool Box dan Paparan Kotak Layer.
Mengetahui fungsi layer


Aktiviti 1:

Memulakan aplikasi Photoshop.

Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu mengklik pada menu Start, pilih program, dan klik pada Adobe Photoshop.











Aktiviti 2:

Menetapkan setting

Aplikasi Adobe Photoshop akan dibuka dan klik pada menu File dan klik New untuk memaparkan dialog box berikut.








Tetapkan setting seperti di bawah.

  1. Berikan nama fail yang sesuai dalam ruangan Name.
  2. Untuk Saiz Imej, tetapkan kelebaran (Width) dan ketinggian imej (Height), resolusi (Resolution) dan Mode dan Contents

i) Pastikan saiz imej sesuai

ii) Resolusi yang sesuai untuk paparan monitor adalah 72

iii) Mode RGB sesuai untuk tujuan paparan di monitor manakala mode CMYK sesuai untuk cetakan

iv) Content white = kanvas akan berwarna putih

Content background color = kanvas akan mengikut warna latarbelakang yang telah dipilih

Content transparent = kanvas tidak mempunyai sebarang warna latar

  1. Setelah menetapkan setting, klik OK.

Akan bersambung.....Jangan lupa untuk melawati blog saya...

6 comments:

  1. salam berkenalan dari saya,,''

    thank kerana berkongsi almu...berharga pada saya sebab baru saja join meblogging ni... almu kurang sikit...

    ReplyDelete
  2. wah jd cikgu ye..hehe..next step plz =)

    ReplyDelete
  3. saya baru je donlod photshop cs5 ari ni..blur2 lagi..terjumpa pulak blog ni..elok sesangat la ni..hee~makasih :D

    Jom undi kat blog saya -- klik siniSINI

    ReplyDelete
  4. pening ni nak blaja adobe...pepehal tq

    ReplyDelete
  5. ok...tengah ikut tutorial ni satu persatu :)
    baru tau yang pasal transparent tu..patutlaa jeles jer tgk org nyer banner, mcm mn lehtransparent..

    ok nk g tgk tutorial 2 laks

    ReplyDelete

Anda Juga Mungkin Minati Ini