16 May 2010

MELETAKKAN VIDEO DI SIDEBAR

Biasanya kita melihat video dimasukkan di post atau badan. Jadi macam mana jika kita mahu meletakkan video yang kita muat naik di sidebar. Seperti yang kita tahu di "add Widget" tidak ada untuk video yang ada hanya "html/script".

Jika anda mahu meletakkan video anda di side bar anda perlu memuat naik dengan pergi ke dashboard --> new post dan pilih icon muat naik video.















Cari fail video yang di simpan dalam komputer. taip nama video dan tik persetujuan dalam kotak kecil itu. tunggu sehingga video siap muat naik, simpan dan publish.

Biasanya simpanan yang dibenarkan untuk muat naik video dan imej adalah 1GB. Video yang dimuatnaik biasanya bersaiz lebar 320px dan tinggi 280px. Saiz ini anda boleh tukar mengikut saiz yang anda kehendaki.







Anda pergi ke post --> edit post dan pilih edit html. Disitu akan ada kod saiz dan anda bolehlah tukarnya mengikut kehendak anda dan kesesuaian dengan side bar anda. Ia kelihatan seperti kod di bawah:

<object id="BLOG_video-f4854f080ae662a4" class="BLOG_video_class" contentid="f4854f080ae662a4" height="280" width="320"></object>

biasanya side bar lebih kecil daripada post. Biasanya saya tukar ke lebar 200px dan tinggi 180px(tulisan yang bewarna merah). Bila dah anda tukar saiz itu, publish dan anda akan lihat saiz video itu lebih kecil dalam post anda.

Selain itu anda juga boleh meletakkan video anda sama ada ditengah(center), kiri(left) atau kanan(right) dengan memasukkan kod yang berwarna biru itu dan menukanya mengikut kehendak anda. Kodnya seperti di bawah ini;


<div align="center"><object id="BLOG_video-f4854f080ae662a4" class="BLOG_video_class" contentid="f4854f080ae662a4" height="280" width="320"></object></div>

Seperti yang diberitahu awal tadi, di "add Widget" tak ada "add Video" jadi anda hanya perlu pergi ke web yang anda publish tadi dan tunjukkan kod sumber untuk blog anda. Untuk melihat kod sumber blog anda adalah seperti berikut;
Bagi "Firefox -
lihat "browser toolbar" di bahagian atas, cari " View" -> "Page Source" atau tekan Ctrl+U. Untuk pengguna " Internet Explorer", cari "View -> Source". Kemudian tekan Ctrl+F, masukkan perkataan “video” untuk mencari video kod. Kod itu mungkin panjang dan ia kelihatan seperti di bawah ini;

<object classid="..." id="BLOG_video-f4854f080ae662a4" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/ cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0" width="180" height="200" class="BLOG_video_class"> <param name="movie" value="..."> <param name="bgcolor" value="#FFFFFF"> <embed width="180" src="..." type="application/x-shockwave-flash" height="200"></embed> </object>

Disini tidak ada kod untuk meletakkan video anda sama ada ditengah, kiri atau kanan. Jadi anda bolehlah memasukkan kod itu seperti dinyatakan di atas.
Seterusnya anda salin(copy) kod itu dan pergi ke "layout" -->"add widget" cari "html/script" dan tampalkan kod tadi. Akhir sekali simpan dan publish blog anda. Anda bolehlah letak dimana-mana yang anda sukai. Jika anda ada ilmu yang lebih baik jangan lupa emailkan kepada saya tengkusri@gmail.com .

2 comments:

  1. Keluk kemudi tidak dilupa,
    Baru seimbang pelayaran kita;
    Para Guru amat berjasa,
    Bakti Guru disanjung mulia.
    ~~~@@@~~~
    Selamat Menyambut Hari Guru
    ”Guru itu bukan lagi lilin yang menyuluh sedang diri sendiri dibiar terbunuh”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

    Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…
    thank u teachers and lecturers. jasamu ku kenang hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete

Anda Juga Mungkin Minati Ini