24 November 2010

JEM N RAYA HAJI

Perjalanan pulang Berhari Raya..

Terkejut betul aku bila masuk je jalan nak ke bentong kereta dah beratur panjang...
Mula-mula aku ingatkan ada kemalangan kat depan...
Tapi bila dah lama sangat tak nampak juga kemalangannya...
Jadi aku mula terfikir takkan dah jem dari sini..
Tak tahu pukul berapa lah aku sampai rumah lah jawabnya...
Aku bertolak dari rumah dlam kul 5 ptg..
Sampai kat tempat ni kul 6 ptg...
Kalau macam ni sampai kelantan...
Beraya kat atas jalan raya lah jawabnya..
Aku pun terus buat U-turn masuk balik highway karak-kl dan menghala pula ke sertik...
Harap2 jalam tu tak jem...
Allhamdulillah...memang tak jem pun...
Kat situ jem sebab orang nak ke bandar bentong sebenarnya...
Tapi oleh kerana aku dah ambil jalan yang agak jauh dan aku bertolak dah lewat...
Pukul 12 baru kat Gua Musang...
Rehat 2 jam sbb mengantuk sangat...
Sampai Kuala Krai rehat n tido lagi...
Akhirnya jam 5.30 pg baru sampai ke destinasi...
Tunggu subuh solat subuh n tido...
tak sempat solat sunat hari raya...
Sempat tolong orang korban je...

No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Minati Ini