19 September 2010

Buah paling Panjang DI DUNIA?

BENARKAH buah ini paling panjang di dunia. Bentuknya memang panjang dan nipis sehingga ada yang sampai aras pinggang panjangnya.
Pokoknya besar dan tinggi. Nak tanam pokok ini pun sangat senang. Tidak perlu biji benih atau disemai.








Mungkin buah ini tiada ditempat anda dan mungkin tidak ramai yang suka makan buah ini kerana rasanya pahit dan kepedasan sedikit.
Apakah nama buah ini di tempat anda? mungkin nama panggilannya berbeda-beda.
Buah ini banyak terdapat di Kelantan. Ada yang buat kebun...ada yang tanam di keliling kawasan rumah... dan ada yang tanam hanya untuk dimakan....
 Orang Kelantan memanggil buah ini ialah buah Beko atau nama saintifiknya OROXYLYM INDICUM.
Bagi penggemar ulam, bolehlah makan buah ini....kerana ianya baik untuk darah dan kesihatan.
Buah beko yang muda sahaja boleh digunakan dalam masakan dan untuk dimakan. Buah yang sudah tua tidak boleh dimakan atau dibuat makanan.Selain buah, bahagian lain yang boleh dimakan ialah pucuknya. Pucuknya memang sedap dibuat ulam sama ada ulam mentah atau yang dicelur dicicah dengan sambal,budu, tempoyak atau ikut selera masing-masing. Buah beko boleh dibuat ulam mentah, ulam yang dicelur, ulam yang dibakar, dan kerabu beko. Kalu nak boleh TRYCUBATEST.

4 comments:

  1. baru je berkenalan dengan buah nie masa balik kelantan hari tu. huhu.

    ReplyDelete
  2. bestkan..kan..kan, trycubatest baru tau sedapnya.

    ReplyDelete
  3. berkenalan je. tak try makan lagi. hiks.

    ReplyDelete
  4. ye ke...nanti awak trylah makan...jika boleh..hehe

    ReplyDelete

Anda Juga Mungkin Minati Ini