09 September 2011

KAD PrAbAyAr...

Pengguna kad prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan berkuatkuasa 15 September 2011. Kepada pengguna telefon mudah alih sudah tentu membebankan terutamanya golongan berpendapatan rendah....Sepatutnya pihak kerajaan mengambil kira golongan ini dan pengguna kad prabayar keseluruhannya yang begitu ramai....JANGAN memikirkan keuntungan semata-mata....dah lah jika masuk voice mail pun kena caj oleh penyedia telekomunikasi tersebut...ini ditambah lagi dengan cukai perkhidmatan....KENAPA barang pengguna selalu NAIK....fikirkanlah...MANA slogan KENAPA PERLU BAYAR LEBIH?....Siapa sokong kenaikan ini!!
Jika harga kad prabayar RM10....harga baru akan menjadi RM10.60....
Jika kad prabayar berharga RM5 akan menjadi RM5.30....
Petikan daripada KOSMO...
Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.
Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.
Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu.












4 comments:

  1. tak faham kenapa ada yang sokong kenaikan ni.

    kalau nak fikir logik, benda ni memang membebankan. Orang-orang senang dan kaya memanglah mampu nak guna postpaid/bil. tapi student, orang berpendapatan rendah, etc, semua guna prepaid. ingat buruh kasar, driver bas tu sume guna bil ke?

    tau lah berpuluh juta guna prepaid, tapi agak-agaklah nak naik pun. bukannya maxis,celcom,digi tu perkhidmatan yg kena import. tu pun nak naik smpai 6%.

    kalau prihatin, baik tambah service tax kat org yg pakai postpaid. kompem2 mampu bayar. skrg kalau dalam purse ada rm10.50 pun still takleh nak topup.

    emo.

    ReplyDelete
  2. fikir cara nak kikis duit rakyat je.. :(

    ReplyDelete
  3. nanti kita guna cara lama..pakai tin untuk tel...
    rakyat didahulukan kena...

    ReplyDelete

Anda Juga Mungkin Minati Ini