Sebenarnya resepi ini saya ambil dari blog Qistina ... Tapi saya dah buat sedikit pengubahsuaian mengikut selera saya... Maka jadilah sesedap rasa.... Dan memang berselera makan hari ini ditambah lagi dengan kerang rebus dan udang goreng....
Sesiapa yang nak cuba KETAM GORENG CILI edisi saya ni bolehlah mencubanya...
Bahan-bahan:
1 1/2 kg ketam
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 mangkuk cili kering dikisar
1 helai daun kunyit
minyak
garam secukup rasa
Cara-cara:
Ketam digoreng lembab dan ditoskan
Tumiskan bawang putih dan besar yang telah ditumbuk
Masukkan daun kunyit bila bawang tadi dah kuning/garing (tak letak...tak de)
Masukkan cili yang dah dikisar & masukkan garam (i tambah sedikit sos cili n sedikit gula)
Bila dah garing masukkan ketam yg digoreng tadi
No comments:
Post a Comment