Menggunakan Magic Wand
Alat ini berguna untuk memilih bahagian warna imej yang sama warna. Setting tolerans yang rendah akan menghadkan kawasan pilihan warna manakala yang tinggi akan memilih julat piksel yang lebih luas. Magic Wand sesuai untuk memilih bahagian warna yang tekal. Sebelum memilih alat Magic Wand, semak setting tolerance.
- Klik alat Magic Wand. Masukkan satu nilai tolerance dari 0 – 255. Jika nilai maksimum 255 dimasukkan, anda akan memilih setiap piksel dalam imej.
- Klik pada bahagian imej di mana piksel dengan warna yang sama akan dipilih. Semasa mengguna alat Magic Wand, mula dengan setting ketentuan 32.
- Untuk membatalkan sesuatu pilihan ketika alat Magic Wand masih dipilih, klik di dalam pilihan. Jika anda klik di luar pilihan, suatu pilihan lain akan terhasil.
Aktiviti 3:
Menggunakan Move Tool
Buatkan suatu kawasan pilihan (kawasan a) dengan menggunakan alat marquee, pilih alat move kemudian letakkan kursor di dalam kawasan pilihan
Klik dan seret untuk mengalih kawasan pilihan tadi (kawasan a). Piksel gambar yang dipindahkan dengan cara ini, yang menjadi kawasan pilihan terapung adalah berguna dan penting. Ketika kawasan pilihan terapung diaktifkan, kawasan a akan terapung di atas piksel gambar di bawahnya tanpa menggantikan kawasan pilihan b
Semoga anda dapat belajar sedikit menggunakan move tool...to be continued...
Tutorial yang baik.. tq
ReplyDeletejarg jumpa tutorial dlm bahas melayu ni..nice work
ReplyDelete