25 June 2010
24 June 2010
LU PIKIRlah Sendiri.....
Den letih melihat perlawanan tennis yang terpanjang dalam sejarah setakat ini di Wimbledon(padang rumput) antara Nicholas Mahut dan John Isner. Selepas 10 jam bertarung masih belum tamat dan disambung hari kedua...dhasyat sekali...
23 June 2010
Siapa BAKAL Menuruti PERANCIS...
21 June 2010
editing CBOX
Tinggi : tukar nilai dekat height. Contoh 10px, 20px,30 px…
Lebar : tukar nilai dekat width. Contoh 10px, 20px,30 px…
4. Letak GAMBAR
Copy image URL dan pastekan kat URL dalam cbox anda.
CUBATRYTEST dulu.......
20 June 2010
CBOX SEKEJAP ADA SEKEJAP TIADA..
LANGKAH KEDUA:
Copy kod Shout mix or CBOX yang telah anda ada dan "paste" kat dalam kod di atas yang bertulis "MASUKKAN KOD SHOUT BOX ANDA KAT SINI".
lANGKAH KETIGA:
Login dashboard blogger.com korang > layout > page elements >add a gadget (ruang sidebar)> pilih html > copy paste code kat atas >save
LANGKAH KEEMPAT:
tajuk biarkan kosong. tak perlu tulis ape2.
SELAMAT MENCUBA.....
MENULIS Shout Box PELBAGAI GAYA
18 June 2010
NADAL VS. FEDERER
Khutbah Terakhir Rasullullah S.A.W.
tapi teringat akan khutbah terakhir Rasullullah S.A.W.
KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W.
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
03 June 2010
Nota Adobe PHOTOSHOP part 11
Eyedropper TOOL
Memilih dengan segera warna latar belakang atau depan dari kawasan imej aktif, atau dari tetingkap imej Photoshop yang tidak aktif
Untuk menetapkan warna latar depan, klik alat penitis (eyedropper tool). Letakkan alat penitis pada bahagian kawasan yang ingin dipilih warnanya
Klik sekali lagi bagi mendapatkan warna latar depan yang diingini
Setrusnya...
Paint Bucket TOOL
Alat Paint Bucket membolehkan anda mengisi warna dalam sesuatu kawasan yang mempunyai tolerance yang sama
Aktifkan kawasan yang ingin diisikan warna, contohnya dengan menggunakan polygonal tool ataupun marquee tool
.Tukarkan warna yang dikehendaki pada foreground color.
Seterusnya.....
Dwiklik pada foreground color untuk mendapatkan paparan color picker ,klik pada warna yang dikehendaki dan klik butang OK
Klik pada tool paint bucket, bawa ke dalam kawasan yang telah diaktifkan dengan garis putus-putus dan klik butang kiri tetikus
Seterusnya...
Zoom TOOL
Berfungsi untuk membesarkan atau mengecilkan imej sebanyak 100%
Untuk fungsi pembesaran, aktifkan ikon zoom tool dan bawa pada bahagian imej yang ingin diperbesarkan dan klik tetikus
Untuk fungsi mengecilkan imej, klik sebelah kiri tetikus seiring dengan menekan kekunci Alt dan ianya akan mengecil 100% pada setiap kali tetikus diklik
Seterusnya....
HAND TOOL
Alat hand tool ialah suatu alat yang digunakan untuk menggerakan imej sesuatu objek di dalam paparan Photoshop
Klik pada sebahagian paparan tanpa lepas dan seret ke arah kanan, kiri, atas atau bawah mengikut kehendak pengguna
Harapnya anda dapat membuat editing dengan baik....selamat mencuba. Jika tidak keberatan bagilah komen anda....
02 June 2010
Nota Adobe PHOTOSHOP part 10
Pen Tool digunakan untuk menghasilkan garis lurus dan lengkungan yang sempurna. Sebelum menggunakan Pen Tool, adalah penting untuk memahami bagaimana lorong (path) dibina. Lorong (path) yang dibina akan menghasilkan Point segmen. Setiap Point Segmen dapat diubah atau dibetulkan agar lorong atau lengkungan lebih sempurna.
Pen Tool
Freeform Pen Tool
Add Anchor Point Tool
Delete Anchor Point Tool
Convert Point Tool
Gradient Tool
Alat Gradient digunakan untuk menghasilkan perubahan warna yang berubah dari satu warna ke warna yang lain secara linear atau jejari.
Klik alat gradient untuk memaparkan Gradient Tool Options di bawah Menu Bar utama.
Letakkan kursor di permulaan bahagian berlakunya perubahan Gradient,
Sudut dan jarak kursor diseret untuk menentukan sudut dan jarak perubahan
Measure TOOL
Ia Berfungsi untuk membuat pengukuran sesuatu objek mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Dengan ini kita akan memperolehi imej yang sebenar berdasarkan kemahuan kita. Manakala ukurannya pula terdiri daripada piksel, inci dan sentimeter
01 June 2010
Nota Adobe PHOTOSHOP part 9
Dodge Tool
Untuk mendapatkan sebahagian imej yang lebih cerah, pilih alat Dodge.
Klik Dodge Tool untuk memaparkan Opsyen palet iaitu Brush, Range, dan Exposure
Klik Dodge Tool dan klik kursor pada imej, kemudian seret untuk menjadikan piksel imej lebih cerah. Lepaskan tetikus, kemudian seret lagi untuk meningkatkan keamatan kesannya
seterusnya cara guna...
Blur tool
Alat blur dan sharpen ialah dua alat fokus. Alat Blur (Kabur) akan mengurangkan kontras di antara piksel dan amat berguna untuk memperkemas pinggir bergerigi dan melembutkan tepi antara dua bentuk
Klik Blur Tool untuk memaparkan Tool Option di menu bar utama
Tentukan Mode, Strength dan saiz berus
Letakkan kursor di atas imej, kemudian klik dan seret untuk untuk mengkaburkan piksel
seterusnya lagi....
Type Tool.
Pilih Type Tool, letakkan kursor di atas imej atau ruang kerja canvas dan klik
Ini menandakan titik bermulanya untuk anda menaip. Kotak dialog Type Tool akan terpapar
Tetapkan settingnya bagi jenis Font Family, Font Style, Font Size, Leading, Spacing, Colour dan Alignment
Pilih satu atau lebih style untuk teks anda. Opsyen Anti-aliased dipilih secara lalai (default)
Harap anda gembira ....dan komenlah jika ada.