Pengguna kad prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan berkuatkuasa 15 September 2011. Kepada pengguna telefon mudah alih sudah tentu membebankan terutamanya golongan berpendapatan rendah....Sepatutnya pihak kerajaan mengambil kira golongan ini dan pengguna kad prabayar keseluruhannya yang begitu ramai....JANGAN memikirkan keuntungan semata-mata....dah lah jika masuk voice mail pun kena caj oleh penyedia telekomunikasi tersebut...ini ditambah lagi dengan cukai perkhidmatan....KENAPA barang pengguna selalu NAIK....fikirkanlah...MANA slogan
KENAPA PERLU BAYAR LEBIH?....Siapa sokong kenaikan ini!!
Jika harga kad prabayar RM10....harga baru akan menjadi RM10.60....
Jika kad prabayar berharga RM5 akan menjadi RM5.30....
Petikan daripada KOSMO...
Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan
telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta
pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta
orang.
Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut
semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap
pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.
Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad
tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah
cukai perkhidmatan.
“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan
ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai
perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu.