JOHN Terry mula bimbang menjelang pertemuan Chelsea menentang
Barcelona apabila anaknya kembarnya sendiri, Georgie dan Summer, 5,
meminati Lionel Messi.
Mereka mungkin tidak gembira apabila ayah mereka sendiri yang akan menghalang pemain idola mereka dari Argentina itu.
Itu adalah satu lagi dilema yang membelenggu kapten Chelsea ketika
dia bersedia berdepan pemain terbaik dunia dalam dua perlawanan separuh
akhir Liga Juara-Juara pada 18 dan 24 April ini.
Cubaan menghalang bintang Barcelona yang menjaringkan 58 gol itu memang cukup membimbangkan dan ia ditambah lagi dengan tekanan kerana mengecewakan
anak-anaknya.
“Bagi saya, Lionel Messi memang pemain terbaik. Saya bertuah dapat
menentangnya dan apabila karier saya berakhir, ia sesuatu yang pasti
dikenang kerana saya sudah menguji kehebatan saya dengan pemain terbaik.
“Dia masih akan terus gah biarpun karier saya sendiri berakhir.
Jadi ketika menonton di televisyen nanti, saya boleh beritahu kepada
anak-anak saya bahawa saya pernah menentangnya.
“Anak-anak saya
memang sukakan Messi. Kedua-duanya mempunyai jersi dengan namanya di
belakang malah mereka gembira kerana saya bertukar jersi selepas satu
daripada perlawanan sebelum ini.”
“Saya tidak boleh merungut
kerana Messi adalah pemain hebat secara individu dan juga seorang yang
hebat. Dia mempunyai segala-galanya dan benar-benar memberi sumbangan
kepada bola sepak.
Sumber:HarianMetro