Rupa paras persis artis Barat, bulu mata lentik dan bertubuh langsing
menjadi modal kepada sindiket pelacuran untuk menawarkan wanita Timur
Tengah kepada pelanggan di negara ini menggunakan SMS dan MMS.
Kumpulan wanita Timur Tengah dari pelbagai negara ini, termasuk
Syria, Iran, Yaman dan Maghribi bergerak dari bandar ke bandar
bergantung kepada tempahan pelanggan.
Rata-rata wanita yang diletakkan pada gred 1 itu yang masuk ke
Malaysia menggunakan pas lawatan sosial menawarkan khidmat seks kepada
lelaki tempatan yang sanggup membayar harga tinggi sehingga RM1,000 bagi
sekali perkhidmatan.
Perkara ini didedahkan beberapa lelaki
tempatan yang pernah mendapatkan khidmat mereka yang disifatkan unik
walaupun perlu mengeluarkan modal besar.
Sumber: HarianMetro
31 March 2012
HIDDEN CHRONICLES....Inbox hilang?
Pemainan Game Hidden Chronicles dalam Face Book amat sesuai untuk semua lapisan ....dan sesuai untuk memahami perbendaharaan kata dalam bahasa inggeris...untuk budak-budak sekolah dan pelajar-pelajar amatlah sesuai...kerana banyak benda yang kita tidak ketahui dalam bahasa inggeris. Permainan ini bolehlah mengisi masa lapang anda....
Masalah yang saya hadapi ialah Inbox tidak muncul selepas "loading" jadi kita tidak dapat menerima dan menghantar permintaan daripada kawan-kawan....so frustrated...2 hingga 3 hari juga sebelum berjaya menemui penyelesaiannya....walaupun menghantar kepada pasukan FB sendiri masalah itu sehingga kini tidak dapat diselesaikan.
Caranya ialah anda menukar kepada bahasa lain dahulu...barulah muncul "inbox' anda....so happy. Kemudian tukarlah semula kepada bahasa yang anda fahami...Lihat gambar di bawah ini
Selamat bermain...Trycubatest.
Kepada yang tahu bagaimana nak munculkan "inbox" dalam Cityville please help me....saya sudah cuba berbagai cara tapi tidak juga berjaya...menukar bahasa...tukar pelayan...tukar laptop...refresh...close and open..but still gagal....

Labels:
games
27 March 2012
ULAR BERKEPALA 5...
Allahhuakbar.....jika di Singapura tergempar dengan ular tedung berkepala 3...ini pula ular tedung berkepala 5...sungguh menakjubkan dan menakutkan.
Bayangkan jika anda menjumpai ular ini secara real...mungkin anda akan lari lintang pukang....
Di bawah ini pula ...sengaja mencari maut...ular sebesar itu mampu makan manusia sekelip mata...
Bayangkan jika anda menjumpai ular ini secara real...mungkin anda akan lari lintang pukang....
Di bawah ini pula ...sengaja mencari maut...ular sebesar itu mampu makan manusia sekelip mata...
Labels:
berita aneh
26 March 2012
Peluk Tiang 2X seminggu...
Seksi...aksi gadis menari tiang |
Difahamkan, mereka yang berusia 23 hingga 25 tahun melakukan tarian itu dua kali seminggu di premis berkenaan dengan bayaran RM200 hingga RM250 seorang bagi sesi berasingan iaitu pada jam 1.20 pagi dan sejam berikutnya.
Wanita berasal dari utara dan selatan tanah air itu dipercayai melakukan persembahan mengikut tema berbeza, antaranya tarian ‘ballet’ yang seksi termasuk hanya berbikini untuk tontonan pelanggan.
Mereka termasuk seorang yang dikatakan menjadi ketua kumpulan itu yang menjadikan tarian tiang sebagai kerjaya, hanya menerima undangan daripada pemilik premis hiburan.
sumber:HarianMetro
Labels:
18SX
Ikan Apa Ni...?
Siapa yang tahu boleh teka apakah nama haiwan ini...
Adakah sejenis ikan, ketam, sotong, atau apa??
Boleh dimakan atau tidak...
Masakan apa yang sedap....
Saya pun tidak tahu...hahaha...siapa tahu boleh tolong bagi komen.
Adakah sejenis ikan, ketam, sotong, atau apa??
Boleh dimakan atau tidak...
Masakan apa yang sedap....
Saya pun tidak tahu...hahaha...siapa tahu boleh tolong bagi komen.
Labels:
berita aneh
24 March 2012
Haiwan Gergasi.....
Haiwan apakah ini...setinggi manusia....Apakah yang anda bayangkan.....Ular?...Lintah?
Cuba anda bayang jika menggigit kita....apakah yang terjadi kepada kita...kejadian ini diambil selepas hujan lebat dan mengakibatkan banjir.
Cuba anda bayang jika menggigit kita....apakah yang terjadi kepada kita...kejadian ini diambil selepas hujan lebat dan mengakibatkan banjir.
Labels:
berita aneh
21 March 2012
IKAN ANEH...
Pernahkah anda lihat dan menjumpai ikan seperti ini...kenalkah anda dengan ikan ini...Saya pun tidak tahu apa nama ikan ini....jika sesiapa tahu tolong bagitau....ikan ini dijumpai dalam laut....sanggupkah anda makan ikan ini....badannya yang leper dan nipis, bentuknya amat berbeza dengan ikan-ikan yang pernah kita makan.
Sesungguhnya ciptaan Allah itu maha hebat...
Sesungguhnya ciptaan Allah itu maha hebat...
Labels:
berita aneh
20 March 2012
Penculikan Tanpa Henti...
SABAN hari kita sering mendengar kes penculikan di media masa. KENAPAkah perkara ini berlaku dan berterusan....Bagaimanakah cara untuk kita mengatasi masalah ini......Dimanakah tanggungjawab kita semua dan juga pihak berkuasa dalam menangani kes penculikan ini....
Sesungguhnya perkara ini berlaku diluar kehendak kita...kita hanya boleh mencegahnya tapi yang tahu hanya Allah sahaja...mungkin ada hikmah disebaliknya...
Jadi kepada semua ibu bapa yang ada anak...pastikanlah anak-anak anda selamat setiap masa....JENAYAH BERLELUASA DI MANA-MANA...

berita hangat
09 March 2012
Wahai anak?? Ibu Menangis...
Sebagai seorang anak...sanggupkah anda berbuat begini kepada ibu anda....bukankah syurga di bawah tapak kaki ibu...wahai anak lelaki sedarlah...jangan ikutkan keduniaan semata-mata....jagalah ibu anda begitu juga saya....insyaallah. Inilah kisahnya.....
"Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya."
sumber: HarianMetro

08 March 2012
POKOK MENARI!
Jika kita lihat sekali imbas macam manusia.....ada punggung, buah dada, kepala, dua tangan dan kaki seperti sedang menari.........tapi sebenarnya adalah pokok ciptaan Allah yang maha esa. Mungkin ada orang ingat pokok ini terjadi akibat manusia kena sumpahan dan mungkin macam-macam andaian yang akan dibuat...Sebenarnya ini adalah tanda kebesaran Allah...Bertuahnya siapa yang menemui pokok ini....
Labels:
berita aneh
Mek POWER
keluarga bahagia |
Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.
“Saya orang susah, tak dapat makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.
DAPAT AYAM...anak-anak dan sebahagian cucu pasangan terbabit makan ayam goreng KFC |
“Pada masa sama pekerjaan sebagai pencari buah dan bunga nipah memerlukan saya bangun seawal jam 6 pagi dan menggunakan sepenuhnya kudrat untuk memotong pokok nipah serta menghiris bunganya. Pekerjaan itu membuatkan tubuh saya sentiasa bertenaga dan sihat,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
sumber:HarianMetro
Labels:
berita hangat
Logo Halal... AWAS?
Awas!! tengok betul-betul logo halal oleh JAKIM...berbeza dengan logo halal yang dikelaurkan oleh pihak swasta. Sebelum membuat pembelian sesuatu produk lihatlah logo halal yang dipamerkan pada produk tersebut...kerana mungkin kita tertipu....bijaklah memilih produk yang halal dan anda yakin dengan kehalalannya......
Labels:
informasi
07 March 2012
Rahsia JARI
kaki bising.com |
Jadi gunakanlah JARI yang kita ada dengan sebaik mungkin kerana ia anugerah Allah yang tidak ternilai....
Labels:
informasi
06 March 2012
Pendrive Kena Virus?? Fail Hilang...
Pernahkah pendrive anda kena virus....
Pernahkah fail dalam folder anda menjadi empty atau tidak nampak....
Pernahkah semua folder dalam pendrive anda menjadi shortcut....
Apabila discan virus menggunakan antivirus...masih tidak dapat mengembalikan fail tadi malah keluar...
“windows cannot find f:recycler……exe
Tentu menjadi masalah dan kegusaran kepada kita kerana mungkin fail itu amat penting dan amat diperlukan dalam pekerjaan kita.....lebih-lebih lagi jika kita tidak membuat backup di tempat yang lain......
Jika pendrive anda kena virus atau malware or what ever jenis virus...jangan terus format kerana fail tersebut akan hilang.....
Anda mungkin dapat menggunakan kaedah ini dan diharap dapat membantu anda mengembalikan fail tersebut.
Caranya ialah..
1. Klik My Komputer>periksa Pendrive anda>sama ada (C), (D), (E), (F) dan sebagainya.Katakan
pendrive anda mewakili huruf (F)
2. klik START > RUN > taip cmd kemudian klik OK.
4. Insyaallah fail anda tadi akan muncul semula.......
5.Jangan lupa untuk update dan gunakan antivirus yang terkini..TryCubaTest..

3.
Jika pendrive anda ialah (F), taip arahan ini attrib -h -r -s /s /d k: *.* kemudian ENTER.
4. Insyaallah fail anda tadi akan muncul semula.......
5.Jangan lupa untuk update dan gunakan antivirus yang terkini..TryCubaTest..
Labels:
komputer
05 March 2012
Derita Pemakai Susuk
Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah
hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang
wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun.
Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa.
“Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.
“Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh.
“Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana
kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai,” katanya
yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada
masyarakat.
Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun
berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya
menarik pelanggan.
Sumber:HarianMetro
Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa.
“Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.
“Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh.
Susuk emas yang dipakai meresap ke dalam kulit |
Sumber:HarianMetro
Labels:
berita hangat
04 March 2012
You Tube SUPERSTARS
Hanya berbakat jadi bintang
Buat persembahan, rakam, muat naik ke YouTube dan tunggu tuah. Jika memang berbakat dan bernasib baik, rakaman itu bakal menarik minat jutaan penonton, sekali gus melonjakkan si penyanyi menjadi ‘superstar’ dalam sekelip mata.
Fenomena yang sebelum ini menggegarkan industri hiburan di Barat kini menular di Malaysia. Terbaru, ‘budak sekolah’ Najwa Latif mencipta kejutan apabila rakaman lagunya, Cinta Muka Buku yang dimuat naik ke Youtube ditonton enam juta pelayar Internet.Walaupun ada pihak mendakwa lagu nyanyian dan ciptaan Najwa ‘biasa-biasa’ saja, pihak industri hiburan terpaksa mengalah dengan kehendak peminat kerana ia menjadi trend terkini.
Ternyata gelombang itu sungguh kuat hingga semakin ramai anak muda turut mencuba nasib menjadikan YouTube sebagai batu loncatan untuk menggapai impian bergelar penyanyi terkenal selepas kejayaan sama turut dicatat Yuna dan Zee Avi.
Terkini, beberapa remaja yang memuat naik lagu nyanyian mereka di YouTube turut dilihat mempunyai peluang cerah untuk mencipta nama. Antaranya Ainan Tasneem, Tasha Manshahar, Nur Nurnazarina, Ajek Hassan, Syed Shamim dan Amri.
Labels:
berita hangat
03 March 2012
Gelek ghairah
Aksi 'catwalk' sambil menari dan menyanyi dalam pakaian
mengghairahkan menjadi santapan mata buat pelanggan selain menyajikan
khidmat seks dengan harga lumayan adalah antara tarikan sebuah pusat
hiburan di Kepong.
Malah, pusat hiburan terbabit yang sudah lima tahun beroperasi
didapati menyediakan pentas 'catwalk' di tengah-tengahnya sebagai
tarikan kepada pengunjung melihat aksi ghairah wanita Thailand dan
Vietnam.
Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, 15 GRO , termasuk 14 warga Thailand dan seorang warga Vietnam berusia 20 hingga 35 tergamam sebaik diserbu polis ketika mereka leka melayan tetamu.
Malah, sebahagian daripada mereka ketika itu berada di atas pentas menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan.
Azman berkata, pihaknya sudah mengadakan intipan di pusat hiburan terbabit sejak seminggu lalu selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan maksiat di premis terbabit.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan terbabit yang sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan bertukar majikan tidak mempunyai lesen selepas ia gagal diperbaharui.
“Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan sebuah pentas 'catwalk' di mana wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi.
“Kita juga percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit,” katanya selepas operasi terbabit.
Beliau berkata, kesemua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan penjaga.
Azman berkata, seorang wanita tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.
Sumber :Harian Metro

02 March 2012
"POKKE", "TOKEK" TERBESAR
Dahulu negara kita digegarkan dengan pencarian cicak pokke atau tokek kerana harganya yang mahal, beribu harganya dan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit mengikut berat haiwan tersebut. Haiwan ini dipercayai dapat menyembuhkan penyakit AIDS. Namun sehingga ke hari ini masih ada lagi yang mencari dan membela cicak ajaib ini....namun dimanakah kebenaran dan kesahihannya....
Banyak keluar di dada akhbar dan televisyen yang memperkatakan tentang cicak luar biasa ini...sehinggakan terkenal hingga ke selatan Thailand. Kalau dah sebesar ini, cuba anda bayangkan berapakah harga yang mampu diperolehi tuan punya cicak ini????
Pokke terbesar dijumpai di Filipina |
Labels:
haiwan
01 March 2012
Cikgu ‘kung fu’ guru besar
Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, Georgetown di sini, dihidangkan
aksi ‘kung fu’ antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku
perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu.
Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.
Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.
“Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan dan murid lain,” katanya.
Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit.
“Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya,” katanya.
Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad
Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di
Hospital Pulau Pinang (HPP) dan membuat laporan polis berhubung kejadian
itu.
Sumber:Harian Metro
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu.
Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.
Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.
“Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan dan murid lain,” katanya.
Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit.
“Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya,” katanya.
Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Sumber:Harian Metro
Labels:
berita aneh
Subscribe to:
Posts (Atom)