16 October 2010

SUAMI PENAMPAR

Ini kisah betul yang berlaku dalam masyarakat kita...
Suami ni memang seorang yang bengis dan garang orangnya. Jika isteri melakukan sedikit sahaja kesilapan terhadap barang kesayangan suaminya....maka PENAMPAR lah hadiahnya. Isteri ni memang takut sangat dengan suaminya. Bayangkanlah jika anda mendapat suami seperti ini.....
Nak dijadikan cerita;
Pada suatu petang isteri sedang menyiang ikan untuk masak makan malam. Ketika asyik menyiang ikan tiba-tiba pisau patah hulunya. Pada masa itu suaminya tiada dirumah. Si Isteri mula ketakutan dan cuba mencari jalan untuk mengelakkannya dimarahi dan ditampar oleh suaminya. Pisau itu adalah pisau kesayangan suaminya.
Bila suaminya pulang isteri diam dan tidak memberitahu tentang pisau yang patah itu...pada malam itu ada perlawanan bola sepak dan suaminya memang minat dan suka bola sepak.
Selepas selesai makan malam.. maka si suami pun menontonlah perlawanan bola sepak di televisyen.
Si isteri mencari peluang untuk memberitahu suaminya tentang pisau itu....
Sedang asyik suaminya menonton...tiba-tiba pasukannya kegemarannya hendak menjaringkan gol...si suami dengan gelagat dan semangatnya menyaksikan...."ish, bawak lagi...ya itu dia...cross..tendang!!!!!"
Pada masa itulah si Isteri mencelah dan memberitahu "bang pisau abang patah",
Si Suami menjawab " Patah pun patah lahhh......itu dia..GOLLLLLL."
Maka si isteri lega kerana tidak kena marah dan PENAMPAR suaminya pada malam itu.
(Lain kali isteri sudah tahu cara hendak memberitahu suaminya)

8 comments:

  1. moon tk pernah kena kan..suami moon baik ek..

    ReplyDelete
  2. Salam....Sifat Sabar Itu Perlu Ada Dalam Diri Seseorang Insan Agar Mereka Tidak Mudah Bertindak Tanpa Memikirkan Keburukannya....

    ReplyDelete
  3. betul kak lin...tp kalu dapat suami macam tu...teruk yer

    ReplyDelete
  4. tak tahan la hidup dengan laki penampo ni.. maunye pekak t.. asyk kena tampo je.. huhu

    ReplyDelete
  5. black roses kenalah cari bakal suami yang baik..macam saya hehehe

    ReplyDelete
  6. tegkusri ni mmg bekk..jum kita pakat ramai2 kawin ngan die..jum serbu dia..hantak la lu..jwab la lu..ramai nk kn lu ti..hahah

    ReplyDelete
  7. saya boleh empat jer...yang lain saya bagi kat one2paii..boleh kan..kan..kan

    ReplyDelete

Anda Juga Mungkin Minati Ini