08 October 2010

Puasa Enam

Hurreyyy..... Selama berpuluh tahun hidup...hari ini adalah sejarah bagi aku kerana dapt melaksanakan puasa enam. sepanjang aku hidup ini yang pertama kali...Ish ish..ish...Susah jugak yer untuk melaksanakannya...maklumlah kita jer yg berpuasa...terutamanya bulan Syawal. Kau orang pun mungkin terfikir alah puasa enam....Jamuan raya tiap-tiap hari boleh dikatakan...Aku kuatkan azam untuk melakukan puasa enam yang sebelum ini tidak pernah aku lakukan...mungkin ada juga orang yang macam aku ni....nak-nak ada yang tk pernah laksanakan sepanjang hidupnya....tapi terpulanglah kepada individu itu..betul tak!, ini kerana puasa enam adalah sunat sahaja..bukannya wajib....tetapi pahalanya berganda-ganda..siapa tk nak rebut.
Hari ini adalah hari raya kali kedua bagi aku selepas bulan Ramadhan. dan hari ini adalah hari terakhir bulan Syawal..So sesiapa yg tidak sempat tu..tunggulah Syawal akan datang...Sekejap lg aku nak pergi Jamuan Raya dekat kampung aku ni...katanya ada bakar kambing panggang....maklumlah Menteri Besar yang turun padang....
Jom pergi beraya dengan aku..aku nak TRYCUBATEST kambing panggang...hehe
Inilah kelebihan PUASA ENAM
Puasa enam hari di dalam bulan Syawal mengandungi beberapa kelebihan, sebagaimana diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Barang siapa yang berpuasa sebulan Ramadan, diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa selama setahun. Allah SWT juga berfirman di dalam surah Al-An’aam yang bermaksud: Barang siapa yang membawa amal yang baik maka bagi (pahala) sepuluh kali ganda. Dan barang siapa yang membuat perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan kecuali yang seimbang dengan kejahatannya. Sedang mereka sedikit pun tidak di aniaya (dirugikan). Inilah kelebihan yang Allah SWT tawarkan bagi direbut oleh umat Islam yang mungkin terlepas kelebihan Ramadan sebelum ini.

2 comments:

  1. alhamdulillah dpt sempurnakan puasa enam. selamat hari raya! makan kambing panggang tu ingat orang lain sama ye :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih zuzu...ingat nak ajak awak tapi awak kerje....lain kalilah yer..

    ReplyDelete

Anda Juga Mungkin Minati Ini