Perkhemahan Unit Beruniform...
Masa berkongsi lagi...
Kali ini tentang kisah lucu murid-murid ku yang pak turut...
Gayah : Alamak, manis nye air ni...
Usop : Tu lah. Kan aku dah kate jangan letak susu tu banyak sangat.
Gayah : Yang kau suruh aku buat tu kenapa.
Upin yang melihat kedatangan ku melaporkan kejadian itu kepadaku.
Upin : Cikgu, tengok budak dua orang tu, pasal air pun nak bergaduh.
Aku : Cikgu bagi markah rendah lah untuk kumpulan kamu kalau beginilah cara kamu menangani masalah.
Upin : Kau dengar tu. Kan aku dah cakap, kita tak perlu bergaduh pasal air.
Usop : Cikgu, cuba cikgu rasa air ni, macam nak suruh orang kena kencing manis je gayah ni buat air.
Aku : Kalau air tu manis, kamu fikirkan lah cara macam mana nak jadikan air tu sesedap rasa. Barulah kamu belajar cara menyelesaikan masalah.
Datang pula Jamal, Pembantu Tadbir sekolah untuk menyaksikan tragedi air manis.
Gayah : Abang Jamal ada idea tak macam mana kami nak jadikan air ni sesedap rasa.
Jamal : Alah kamu ni, perkara mudah je tu.
Jamal tersengih-sengih kat aku. Dia nak kenakan bebudak tu lah tu.
Upin : Macam mana nak buat ni Abang Jamal? Saya dah dahaga ni.
Jamal : Kamu masukkan lah garam dalam air tu. Tentu rasa manis tu akan berkurangan.
Usop : Biar betul Abang Jamal ni. Tak pernah saya dengar pun letak garam untuk mengurangkan manis air.
Gayah : Alah Usop tak payah nak fikir lagi. Dah abang Jamal bagi idea tu kita buat je lah.
Gayah pun membuka botol garam lalu memasukkan beberapa sudu garam ke dalam air tersebut membuatkan aku dan Jamal berpandangan sesama sendiri. rendah betul IQ si Gayah ni.
Usop : Kau ni memang... Usop tak sempat menghabiskan ayatnye apabila aku merenung tajam ke arahnya.
Upin : Nampak gayanya minum air masak jelah kita hari ni Usop, nasib kita lah sekumpulan dengan Gayah ni.
Lalu aku dan Jamal berjalan beriringan dengan senyuman geli hati. Beginilah jadinya kalau malas nak berfikir. Main ikut je apa yang orang suruh buat.
khemah dilanda ribut |
he...he...he... lawak budak-budak ni... si Gayah tu mungkin dalam keadaan serba-salah atau kalut sebab tu dia dengar je apa orang kata
ReplyDeletegayah tu gelabah sikit..hehe
ReplyDeletehuhu....beznye cmping...
ReplyDeletetringt zmn skola la...
bese la 2....
sume 2 jd knangan tau..=)
camping sangat best! walaupun kat padang :)
ReplyDeleteenna dah lama x camping! sumpah jeles! :P
wah!! bestnyer camping...huhuhu! jomlah tngok keyrill camping gak...
ReplyDeletehttp://keyrillaugustine.blogspot.com/2010/10/kem-kepimpinan-2010-di-sm-teknik.html
klik ek!
camping...bnyak memberi pendedahan..tapi masa kecik saya tak suka camping..hehe
ReplyDeletehahaha..
ReplyDeletebetul la...ginila gelagat budak2 bl camping..
macam-macamla pendapat2 yg dorg bg...kadang2 siap gaduh lagi..
terkenang camping zmn2 sekolah dlu....
ReplyDeleterindunya saat tu....
huhuhu