SUBANG JAYA: Dia memiliki dua isteri dan sudah bercicit.
Bagaimanapun, status itu langsung tidak menghalang seorang lelaki
berusia 75 tahun meneruskan kegilaannya terhadap gadis belasan tahun.Bagi mencapai hajatnya, moyang terbabit yang berharta tidak berkira
untuk menghamburkan wang, asalkan ‘pucuk muda’ diidam jatuh ke tangan.Lebih jijik, dia juga didakwa tidak teragak-agak menggunakan khidmat
bomoh untuk menyihir mangsa andai kemahuannya ditolak mentah-mentah
gadis idaman yang sebaya cicitnya.Setakat ini, tiga gadis
belasan tahun mendakwa dinodai moyang terlampau terbabit yang dikenali
dengan nama Borhan hingga seorang daripada mereka mengandung anak luar
nikah.Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 17, mendakwa
mengenali Borhan di sebuah pusat karaoke ketika moyang terbabit datang
ke pusat hiburan itu untuk berhibur.
No comments:
Post a Comment