Salam...
Bila balik kampung dan jumpa teman-teman lama banyak pula idea nak menulis...
Sekarang ni tentang IPT pula yang bersepah-sepah dan banyak di Malaysia sekarang ni...
Satu hari seorang teman aku ni buka topik IPT yang semakin banyak dari hari ke hari...
Ya memang aku setuju dengan pendapat dia...
Bagiku tiada masalah IPT semakin banyak sebab memberikan peluang yang lebih kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..
Tapi... Bila dia kata...
IPT sekarang ini adalah satu jenis bisnes baru untuk mencari KEUNTUNGAN bukannya hendak menjamin graduan sesebuah IPT itu memiliki pekerjaan...
Cuba kita renung sama-sama...
Kalau IPT semakin banyak tetapi GRADUAN yang sama graduate dengan aku pun ada yang tak dapat kerja lagi...Zaman aku dulu tu zaman IPT masih kurang berbanding sekarang...Zaman sekarang ni banyak sangat ke peluang pekerjaan di Malaysia ni????
Aku mula bersetuju dengan pendapat kawan aku tu... Jadi aku harap kepada adik-adik lepasan SPM dan STPM tu kalau keputusan cukup2 makan dan dapat tawaran dari IPTS yang entah apa-apa tu...Cuba lah berfikir dua tiga kali...Jangan nanti menyesal tak berkesudahan bila kerja tak dapat tapi hutang yang semakin bertambah....Kalau dah masuk IPTA pun janganlah rasa selamat...Anda juga tidak terkecuali sekiranya anda adalah peminjam dan bukan penerima biasiswa...
Apa pula pendapat anda semua????
betul ! macam pelik banyak sangat ipt swasta skrg. kualiti yang pntg patutnye bukan nue kuantiti
ReplyDeleteterlampau banyak IPTS..bagi diorg yg takde pilihan nak tak nak amik je tawaran tu..tapi last2 susah pada masa akan datang sbb masalah pekerjaan..
ReplyDeletebagi aku, tak salah nak pilih IPTS tapi pilihlah yang betul-betul berkualiti. Kalau yuran mahal pon tapi kualiti tu tinggi jangan berkira sebab nanti 'jenama' IPT yang kita bawak tu boleh tolong kita..
ReplyDelete- Tips untuk jadi pengomen tegar dan berkesan
Erm... Tau takpe... Sijil tahap Ijazah pun ramai gak kt kilang den tgk... Nk bayo PTN lg..
ReplyDeleteSy SPM je... HUhu