31 July 2011

NIAT PUASA RAMADHAN

Kepada semua bloggers dan kawan-kawan serta semua muslimim dan muslimat di seluruh dunia selamat menjalankan ibadah puasa pada tahun ini.
Semoga tahun ini dipenuhi dengan cahaya ibadah dan penuh keberkatan daripada Ilahi.
Kepada yang lupa macam mana nak niat puasa selama sebulan dan setiap hari serta doa berbuka dan selepas berbuka bolehlah dapatkan di bawah ini.....semoga apa yang kita kerjakan mendapat pahala daripadaNya.


09 July 2011

Air LIUR Berguna...di CDM

Ini pengalaman yang aku perolehi daripada kawan aku. Anda juga mungkin pernah mengalami perkara yang sama tatkala hujung bulan ataupun semasa membuat pembayaran.

Duit RM 20 sekarang susah nak dapat. Sekarang ini kita dah ada duit RM 50 yang baru. Duit ini yang memberikan kita masalah terutama semasa berurusan dengan mesin cash atau CDM.
        Biasalah kita bila dapat jer gaji terus pergi ke mesin tunai/ CDM untuk membuat sebarang urusan pembayaran dan sebagainya....orang ramai beratur kat belakang, masuk-masuk tak dapat, masuk-masuk tak dapat....orang makin ramai ni.....duit apelah ni susah sangat mesin nak baca....maklumlah duit baru..mesin pun tak kenal agaknya..gelisah dibuatnya....jadi aku teringat member aku ada bagitau supaya membasahkan duit tu dengan AIR LIUR... ape lagi aku ludah lah duit tu....aku tak hiraukan orang di belakang......masuk sekali lagi barulah mesin tu faham....barulah selesai urusan aku membuat pembayaran.....jadi kepada yang mempunyai masalah dengan CDM ni..boleh lah cuba kalau terdesak....




23 February 2011

TAKTIK BARU PENCURI....

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA


-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

Sumber: BOMBA SELANGOR
Sila SHARE tanpa segan silu...

24 January 2011

BAYAR 1 KALI MAKAN SESUKA HATI

Siapa tak nak????
Dalam perjalanan ke Pedas Wet World Negeri Sembilan ada Warung  Leman Dawi yang menjual cendol. Sebenarnya aku dah beberapa kali ke Pedas Wet World tu...tapi tak pernah singgah....Nak dijadikan cerita member ni ajak singgah makan cendol Pak Cik Leman kita ni. Cendolnya memang sedap dan dijual pelbagai jenis cendol, seperti pulut, jagung dll. Harganya pun boleh tahan, tidaklah mahal sangat tak sampai pun RM3 semangkuk.....murah tu.
Apa yang menariknya ialah.....kita bayar sekali sahaja dan dapat makan sesuka hati kita.....ish ish ish..Mana ada kedai macam ni kat Malaysia. Ada ke? Bila dah bayar tu makan lah sesuka hati sehingga kenyang. Semuanya percuma.....tengok ni,




TRYCUBATEST,.....kalau melalui jalan ni kena singgah warung Leman ni...bukan nak promote....sape tak nak bayar sekali makan banyak kali......

15 January 2011

KISAH LUCU MAKNYAH BERBULU

Ini kisah benar bukan direka-reka......
Ada satu kawasan di sebuah negeri (tidak boleh diberitahu) terdapat Mak Nyah yang menawarkan perkhidmatan mereka. Servis yang ditawarkan mengikut kehendak pelanggan....kebanyakan pelanggan maknyah ini adalah pemandu lori...dan mereka melakukannya di dalam semak berhampiran.....
Mak Nyah ini pada mulanya memang cantik.....macam perempuan jelita....kalau orang lelaki tengok memang meleleh air liur....
Malang tak berbau ...operasi Mak Nyah ini dapat dikesan dan Mak Nyah ini dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.......
sekadar hiasan
Mak Nyah ini pun dibawa ke Balai Polis.......
Dalam perjalanan Mak Nyah ini merayu-rayu...."bang lepaskan saya bang", tolonglah bang" saya boleh kasi apa abang nak" tolong lah bang"....dengan suara lembut macam perempuan.
Permintaan Mak Nyah itu tidak dilayan oleh pihak berkuasa.
Apabila sampai di Balai Polis Mak Nyah ini telah dimasukkan ke dalam lokap........
Hari pertama....."bang tolonglah lepaskan saya bang.....saya tak bersalah bang",
Hari kedua....' bang tolonglah bang dah 2 hari saya tak make-up' suara masih lembut lagi....macam perempuan.
Hari ketiga....misai, janggut dan bulu telah tumbuh......suara sebenar mula keluar, " bang tolonglah lepaskan saya bang", tolonglah bang" suara garau macam jantan....kerana bulu telah tumbuh...hehe.

02 January 2011

BUKAN SENANG nak JADI SENANG

Ini adalah pengalaman pertama  kali aku membawa traktor pembajak sawah......mulanya takut juga maklumlah tidak tahu caranya....Bukan traktor pembajak yang besar dan moden tu..... tetapi aku mencuba traktor pembajak sawah yang kecil.......susah juga untuk menghidupkannya dan mengendalikannya....
Nak menghidupkannya memerlukan kudrat dan tenaga yang kuat.....Aku sendiri tidak berjaya menghidupkannya.....bukannya pakai starter...macam kereta pembajak sawah yang besar atau kereta.....tetapi guna tangan untuk menghidupkannya...bayangkan jika petani tu sudah tua....
Kenapalah orang atau pereka traktor pembajak ini tidak memikirkan keadaan sedemikian. Buatlah pembajak yang menggunakan starter supaya senang untuk menhidupkannya.......kesian pakcik-pakcik petani tu......

Keperitan hidup orang lain kita tidak ketahui jika kita tidak menyelami dan mendekati mereka.
Bagi orang yang sudah senang mungkin tidak seperit mereka yang susah.Bagi mereka yang susah mungkin angan-angan untuk menjadi senang sentiasa difikiran mereka.......

31 December 2010

KEPUTUSAN PERADUAN POKOK APA?

Terima kasih kepada semua pengunjung, pelawat dan kawan-kawan yang menyertai peraduan meneka Pokok Apa? yang telah berlangsung. Walaupun hanya 8 orang yang menyertai atau memberi jawapan...ada yang meneka dengan tepat. Harap pada lain kali penyertaan akan bertambah, Isyaallah. Kepada pemenang Tahniah diucapkan dan syabas. Kepada yang tidak menang cuba lagi pada masa yang lain dan selalulah berkunjung ke blog ini.....Jawapan yang betul dan terpantas adalah BUAH SERAI/ SERAI KAYU.

Inilah antara jawapan yang diberikan oleh peserta:
Hantu Kak Limah-buah cerry
Hanis Azla-tak kenal buah apa
ZaL-cdpx-buah cermai
SheKechik-buah serai kayu
Moon-buah cermai
Miss LANZA-buah keriang
Mawar Merah-buah kelubi
Ika-buah pokok bunga jenjarum
Pemenangnya Ialah:
 SheKechik
Sila emailkan Nama, No. telefon, dan Alamat E-mel anda kepada tengkusri@gmail.com.
sebelum 5 Januari 2011.(Jika selepas tarikh ini hadiah dikira terbatal)
HADIAH YANG DIMENANGI IALAH:
TOP UP CELCOM RM 10.00
TAHNIAH!!!
Anda Juga Mungkin Minati Ini