01 November 2011

BAHASA KAWAD KAKI STATIK

1. Skuad.....senang diri ....rehatkan diri (tgn di pinggang)
2. Baris (tangan di bawah).....baris sedia (kaki rapat tgn disisi)
3. Ke...kanan lurus
4. Pandang...depan
5. Dari...kanan nombor
6. Diam

...Komander melaporkan kepada Ketua Juri.....
Komander Pusing hadap juri, langkah ke hadapan satu langkah tabik hormat dan baca yang di bawah ini.
"Assalaualaikum Tuan, .......... (jwb salam)Kami skuad Pengakap/TKRS Kumpulan (    ) seramai (     ) orang, memohon kebenaran untuk memulakan ujian kawad kaki Tuan.......(cth Silakan) teria kasih Tuan"
Komander tabik hormat, berpusing dan langkah selangkah ke hadapan.

7. Buka barisan.....gerak (barisan depan ke depan...barisan belakang ke belakang satu langkah)
8. ke...kanan lurus (orang sebelah kanan diam dan tidak bergerak)
9. Pandang...depan
(ingat pusing ikut arah jam)
10. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan....... pusing
11. Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke belakang......... pusing
12. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kanan..... pusing
13. Skuad akan menghadap ke belakang, ke belakang.....pusing
14. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang ....pusing
15. Hentak kaki 10, 1, 2, ...cepat hentak
16. Tutup barisan....gerak
17. ke kanan....lurus (kepala pandang sebelah sambil hentak kaki kecil)
18. pandang...depan
19. Diam

...Komander melaporkan kepada ketua juri...
Komander Pusing hadap juri, langkah ke hadapan satu langkah tabik hormat dan baca yang di bawah ini.

"Tuan, .......... (jwb Saya) Kami skuad Pengakap/TKRS Kumpulan (    ) seramai (     ) orang, telah selesai  ujian kawad kaki. Tuan kami memohon untuk keluar baris.......(cth Silakan) teria kasih Tuan"
Komander tabik hormat, berpusing dan langkah selangkah ke hadapan.

20. Keluar ...baris....(murid bilang 1,2,3)



26 October 2011

Pengiraan pantas matematik??

Anda suka matematik, Adakah anda dapat A dalam peperiksaan subjek matematik? tentu berbeda-beda jawapannya kan? masa kecil-kecil dulu matematik dianggap subjek yang susah....dan subjek yang tidak digemari...bagi sesetengah orang pula lain ceritanya.....kenapa dulu kita tidak didedahkan dengan pelbagai kaedah darab.....kenapa sekarang bermacam-macam kaedah digunakan dalam operasi matematik.....Adakah murid sekarang lemah dalam matematik berbanding murid dahulu...saya pun belajar satu kaedah jugak ...tapi masih boleh lulus...hehe walaupun tidak cemerlang....apapun mari kita tengok kaedah darab di bawah yang saya ambil daripada kawan saya.....saya pun tak faham...anda faham cuba anda jelaskan!!
TOLONGGGG.....macam mana ni...

unsubscribe @ menghentikan langganan Call Me Tones (CMT)

Assalamualaikum dan Happy Deepavali...

Anda pengguna Celcom????

Anda sudah tertipu dengan Call Me Tones yang pada awalnya ditawarkan secara percuma... Kemudian dikenakan caj sebanyak RM3.00/month...dan kini RM1.00/week...

Sekiranya ini berlaku kepada anda dan anda ingin menghentikan langganan CMT ini...

Sila ikuti langkah-langkah di bawah...Pada mulanya saya pun agak sukar untuk menemukannya namun akhirnya saya berjaya juga...

Langkah-langkah menghentikan CMT ialah:

1. Dail *118# dan tekan butang call/hijau...

2. Akan keluar paparan menu pilihan no 3(the cube)

3. klik answer, taip 3 kemudian hantar/tekan call....

4. Akan keluar pula menu pilihan no 6(music cube)

5.  klik answer, taip 6 kemudian hantar/tekan call....

6. Akan keluar menu pilihan no 3 (CMT)

7. klik answer, taip 3 kemudian hantar/tekan call....

8. Akan keluar menu pilihan no 7(unsubscribe)

9. klik answer, taip 7 kemudian hantar/tekan call....

10. Keluarlah menu terakhir 1 yes, 2 no

11. kalau nak unsubscribe tekan 1 dan hantar...

maka anda akan terima mesej terakhir "Mesej anda sudah berjaya dihantar"

kemudian anda akan menerima sms menyatakan perkhidmatan CMT anda telah ditamatkan....

Semoga berjaya try cuba test.....

Jangan berputus asa sekiranya beberapa kali anda mencuba dan anda menerima mesej
request not complete...

22 October 2011

BUAH PELIK.....

Anda pernah nampak dan tahu apa nama buah ini....aku pun tak pernah nampak dan tidak tahu apa nama buah pelik ini....nampak macam lucah kan...macam alat sulit lelaki.....nampak sekali macam buah jambu...tapi itulah kekuasaan Allah. Mungkin ada yang meletakkan namanya "buah pelir"...haha..
Boleh ke buah ini dimakan....eeee geli rasanya untuk lelaki makan.. tetapi orang perempuan mungkin suka makan buah ini!...Dunia sekarang macam-mcam benda pelik yang muncul...dan inilah kali pertama aku melihat buah seperti ini....

11 September 2011

Majlis Perkahwinan...

Pada cuti hari raya aidilfitri hari itu...aku telah dijemput ke majlis perkahwinan jiran aku....juga rakan kudi kampung.....biasalah musim perayaan dan cuti mesti ada majlis perkahwinan dijalankan...
Apa yang menariknya ialah majlis itu bukan sahaja makan-makan tapi ada juga persembahan seperti nyanyian ...dikirbarat...dan lain-lain lagi...
Juruhebah tidakasing lagi dimana-mana majlisperkahwinan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut....
Ini adalah salah satu lagi tarikan untuk ke majlis perkahwinan dimana diadakan program kebudayaan di sesebuah negeri.....
Selamat Pengantin Baru 
kepada pasangan baru berkahwin.

09 September 2011

KAD PrAbAyAr...

Pengguna kad prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan berkuatkuasa 15 September 2011. Kepada pengguna telefon mudah alih sudah tentu membebankan terutamanya golongan berpendapatan rendah....Sepatutnya pihak kerajaan mengambil kira golongan ini dan pengguna kad prabayar keseluruhannya yang begitu ramai....JANGAN memikirkan keuntungan semata-mata....dah lah jika masuk voice mail pun kena caj oleh penyedia telekomunikasi tersebut...ini ditambah lagi dengan cukai perkhidmatan....KENAPA barang pengguna selalu NAIK....fikirkanlah...MANA slogan KENAPA PERLU BAYAR LEBIH?....Siapa sokong kenaikan ini!!
Jika harga kad prabayar RM10....harga baru akan menjadi RM10.60....
Jika kad prabayar berharga RM5 akan menjadi RM5.30....
Petikan daripada KOSMO...
Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.
Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.
Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu.












07 September 2011

Laptop IBM no Display...Help!

Saya ada laptop jenis IBM thinkpad R52....Masalahnya baru-baru ia tidak keluar display....kipas on, batery ok, boleh power on...led hard disk tidak berkelip....
hard disk ok....Saya dah cuba baiki dengan membersihkan RAM ...yang sedia ada ...dan ia berfungsi untuk seketika.....bila lama sedikit tidak buka..contohnya 1 day or more tidak buka masalah tiada display timbul semula...bila saya ulang apa yang saya lakukan pada RAM  ia tidak berfungsi lagi.......
google
Jadi kepada pengguna atau pakar laptop atau pakar komputer bolehlah tolong saya.....sebab saya sayangkan laptop saya ini.....
Untuk makluman saya dah tukar hard disk ke laptop lain dan ia berfungsi.....sekarang ni saya confius sama ada RAM  yang rosak....atau benda lain lagi....help me...
Anda Juga Mungkin Minati Ini