Jika ada 3 sifat ini amatlah bagus untuk
perempuan dan amatlah buruk atau tidak bagus jika ada pada
lelaki.
1. Sifat
KEDEKUT
Perempuan yang kedekut bagus. selamat lelaki yang mendapat perempuan yang kedekut. Pergi pasaraya
bawa duit RM 50 jer.
Lelaki yang kedekut buruk dan teruk. Malu dek orang. Bang, anak nak duit pergi sekolah, takde, bawa
jer bekal.
2. Sifat
MEMBESARKAN DIRI/SOMBONG/BONGKAK
Perempuan kalau ada orang lain nak ngurat dia tak layan, orang kenyit mata dia marah, itu
bagus...selamat lelaki/suami.
Lelaki kalau sombong tak elok, tak mahu bergaul dengan keluarga mentua, pentingkan diri sendiri, itu
tidak bagus.
3. Sifat
PENAKUT
Perempuan yang penakut bagus...Pah kenapa tidak pergi pasar malam, takutlah bang warga asing ramai"
bagusnya kalau ada sifat macam itu.
Lelaki kalau penakut, buruk...nak bangun kencing malam pun ajak isteri temankan. Masyaallah.
Fikir-fikirkan, renung-renungkan, timbang-timbangkan, nilai-nilaikan sama ada kita ada sifat sedemikian baik lelaki mahupun perempuan.