29 November 2010

IPT oh IPT

Salam...

Bila balik kampung dan jumpa teman-teman lama banyak pula idea nak menulis...
Sekarang ni tentang IPT pula yang bersepah-sepah dan banyak di Malaysia sekarang ni...
Satu hari seorang teman aku ni buka topik IPT yang semakin banyak dari hari ke hari...
Ya memang aku setuju dengan pendapat dia...
Bagiku tiada masalah IPT semakin banyak sebab memberikan peluang yang lebih kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..
Tapi... Bila dia kata...
IPT sekarang ini adalah satu jenis bisnes baru untuk mencari KEUNTUNGAN bukannya hendak menjamin graduan sesebuah IPT itu memiliki pekerjaan...
Cuba kita renung sama-sama...
Kalau IPT semakin banyak tetapi GRADUAN yang sama graduate dengan aku pun ada yang tak dapat kerja lagi...Zaman aku dulu tu zaman IPT masih kurang berbanding sekarang...Zaman sekarang ni banyak sangat ke peluang pekerjaan di Malaysia ni????
Aku mula bersetuju dengan pendapat kawan aku tu... Jadi aku harap kepada adik-adik lepasan SPM dan STPM tu kalau keputusan cukup2 makan dan dapat tawaran dari IPTS yang entah apa-apa tu...Cuba lah berfikir dua tiga kali...Jangan nanti menyesal tak berkesudahan bila kerja tak dapat tapi hutang yang semakin bertambah....Kalau dah masuk IPTA pun janganlah rasa selamat...Anda juga tidak terkecuali sekiranya anda adalah peminjam dan bukan penerima biasiswa...
Apa pula pendapat anda semua????

Handset & Kanak-kanak

Salam....


Sekadar inginkan pendapat...
Baru-baru ini aku ada bercerita dengan kawan-kawan tentang Hari Anugerah Cemerlang sekolah masing-masing...
Ada sorang kawan aku ni, murid yang dapat 5A di sekolahnya diberikan Handset sebagai hadiah...
Aku terus terfikir...adakah Handset merupakan satu keperluan untuk kanak-kanak zaman sekarang ni...
Kalau zaman aku dulu...zaman kanak-kanak ni memang tak kenal pun hand set ni..
Tapi Zaman Dah Berubah...
Mungkin hari ini handset merupakan satu keperluan pula...
Tapi bagi pendapat orang zaman dulu macam aku ni...
Kanak-kanak tak perlulah diberikan handset dulu...
Sebabnya...
Hari tu aku ada bersembang dengan kawan-kawan yang ajar sekolah menengah...
Bebudak tu punya handset memang lagi canggih dari yang cikgu punya dan benda kat dalam tu pun memang canggih juga...Macam-macam benda tak senonoh yang ada dalam tu...
Lagi...Menggalakkan bebudak tu semua bercinta di zaman persekolahan...
Benda-benda tu semuanya benda negative....
Jadi... Apa pendapat anda???

28 November 2010

Daging BURUNG

Anda pernah makan daging burung....
Burung apa yang pernah anda makan.....
Inilah burung yang aku sudah makan....dagingnya boleh tahan jugak...macam daging ayam, cuma saiznya yang kecil....mungkin ada yang tidak pernah merasainya. Makanan ini macam makanan eksotik gitu...
Ada juga yang tidak kenal dah burung-burung ini sekarang. Jangan jadi macam iklan tu...burung apa?, burung apa?, burung apa?

Burung yang telah siap disembelih
Burung-burung ini biasanya mudah didapati di kampung. Antaranya burung Cik Raya, Sitar, dan burung Merbah. Burung ini ditangkap menggunakan jaring dan ada juga menggunakan perangkap.
Sekali lihat macam anak ayam....tapi ini lah burung itu yang telah siap dibuang bulunya...sedap tu....
Kalau tak percaya boleh trycubatest....
Inilah burung berlada yang telah siap digoreng....nampak menyelerakan, betul tak? Kalau di kedai makan mahal harganya dan susah didapati.

24 November 2010

JEM N RAYA HAJI

Perjalanan pulang Berhari Raya..

Terkejut betul aku bila masuk je jalan nak ke bentong kereta dah beratur panjang...
Mula-mula aku ingatkan ada kemalangan kat depan...
Tapi bila dah lama sangat tak nampak juga kemalangannya...
Jadi aku mula terfikir takkan dah jem dari sini..
Tak tahu pukul berapa lah aku sampai rumah lah jawabnya...
Aku bertolak dari rumah dlam kul 5 ptg..
Sampai kat tempat ni kul 6 ptg...
Kalau macam ni sampai kelantan...
Beraya kat atas jalan raya lah jawabnya..
Aku pun terus buat U-turn masuk balik highway karak-kl dan menghala pula ke sertik...
Harap2 jalam tu tak jem...
Allhamdulillah...memang tak jem pun...
Kat situ jem sebab orang nak ke bandar bentong sebenarnya...
Tapi oleh kerana aku dah ambil jalan yang agak jauh dan aku bertolak dah lewat...
Pukul 12 baru kat Gua Musang...
Rehat 2 jam sbb mengantuk sangat...
Sampai Kuala Krai rehat n tido lagi...
Akhirnya jam 5.30 pg baru sampai ke destinasi...
Tunggu subuh solat subuh n tido...
tak sempat solat sunat hari raya...
Sempat tolong orang korban je...

15 November 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Siapa yang pernah mendapat anugerah semasa Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah yang diadakan setiap hujung tahun. Hari inilah yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid dan pelajar-pelajar kerana merupakan kemuncak atau penutup kepada persekolahan tahun itu. Bermacam-macam anugerah yang diberikan oleh sekolah untuk murid-murid yang cemerlang...sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum.
Ada yang dapat hadiah berbentuk alatan persekolahan dan ada juga berbentuk wang.
Yang tidak cemerlang.........sedih? kecewa? apa lagi?

Anda pernah mendapat anugerah semasa Hari Penyampaian Hadiah atau Hari Anugerah Cemerlang. Aku dulu tidak pernah mendapat anugerah semasa Hari Anugerah Cemerlang.......kesiannn. Maklumlah aku ni tergolong dalam murid yang kurang pandai, ........tetapi akhirnya aku berjaya juga.......buktikan!!! terutama yang kurang berjaya, yang malas, yang ponteng, yang lembab.....bangkitlah.

Tahniah kepada yang berjaya......dan Takziah kepada yang tidak berjaya.

14 November 2010

Menunggang KUda


Pada tahun ini sejarah ke tiga tercipta.....
Anda pernah menunggang kuda........Ini adalah pengalaman pertama aku menunggang kuda dalam hidup aku, Aku telah berjaya membuang ketakutan untuk menunggang kuda..........sebelum ini aku hanya pernah tengok lumba kuda, mengejar kuda....dan orang lain menunggan kuda sahaja.....tengok yang real....bukannya lumba dalam tv. Menakutkan juga walaupun penjaga kuda ada bersama...manalah tahu tiba-tiba kuda itu naik angin atau meragam...nahas?

Bila dah cuba, baru kita tahu...macam mana susahnya menunggang kuda ni...kena ikut dia punya lenggok...cara pegang tali, cara nak naik...cara nak turun....dan lain-lain lagi. Itu bagi kita yang tak tahu ape-ape tentang kuda lah..... Bagi yang dah pro...biasa aja.
Kuda ini besar...difahamkan bekas kuda yang digunakan untuk sukan polo berkuda.....tempat ini adalah di Janda Baik......salah satu tarikan di Janda Baik. Aktiviti ini adalah semasa aku menyertai hari keluarga yang diadakan di Janda Baik pada tahun ini. Bayaran untuk menunggang kuda adalah RM5 satu pusingan....kira oklah. Aku menginap di Cheringin Hill...Resort yang baru dibuka di Janda Baik....boleh tahan resort dia....tolong promote...hehe, boleh trycubatest.

11 November 2010

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Mulai tahun 2011...

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan mula digunakan untuk Tahun1 menggantikan KBSR. Tahun 2 hingga 6 masih lagi menggunakan KBSR. Di bawah ini adalah bahan-bahan KSSR.
Boleh dimuat turun.



KONSEP KSSR
Konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Surat Pekeliling

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM TAHUN 1            BAHAN SOKONGAN KURIKULUM
Bahasa Malaysia SK NEW                                        Bahan Sokongan BM 
Bahasa Inggeris SK                                                 Bahan Sokongan BI
Bahasa Cina SK                                                       Bahan Sokongan B.Cina - SK
Bahasa Tamil SK                                                      Bahan Sokongan B.Tamil -SK
Bahasa ArabNEW                                                       Bahan Sokongan B.Arab NEW
Pendidikan Islam                                                      Bahan Sokongan P.Islam
Matematik Versi BM                                              Bahan Sokongan MT
Pendidikan Jasmani Versi BMNEW                          Bahan Sokongan PJK
Sains Versi BM                                                        Bahan Sokongan Sains
TMK Versi BM                                                       Bahan Sokongan TMK
Muzik versi BM                                                      Bahan Sokongan Dunia Muzik NEW
Pendidikan Seni VisualNEW                                      Bahan Sokongan Seni Visual 

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

PENDIDIKAN KHAS

09 November 2010

Penumpang Misteri...

Al kisah bermula...

Hari rabu lepas, aku ke Pusat Servis Perodua untuk servis kereta MyViku yang sudah sampai masa untuk diservis...
Perjalanan ke Pusat Servis mengambil masa selama 1 jam suku.....jauh tu...maklumlah aku ni duduk di pedalaman....masa tu jam menunjukkan pukul 3 petang...."sempat ke tak sempat aku fikir untuk pergi servis ni" Last-last aku pergi juga...melalui jalan berliku-liku, bengkang-bengkok macam ular dah....Keliling-kelalang hutan belantara ni....kalau malam tak siapa sanggup melalui jalan ini....MENYERAMKAN!!

Sesampai di sana, jam menunjukkan pukul 4.15 petang. Aku parking dan terus ke kaunter.....dan menunggu giliran kereta diservis....seperti biasa aku melayan TV dan membaca akhbar yang ada kat situ....

Tiba-tiba suasana bising dan kecoh dibahagian servis.....aku nampak melalui cermin.......mekanik kehairanan, bos pusat servis pun pelik dan kerani kaunter memekik-mekik.....mula-mula aku buat tak tau jer..... tiba-tiba aku dipanggil.....kerana ada sesuatu yang pelik pada kereta MYVIku....aku berlari ke sana...

Diberitahu ada bunyi sesuatu pada keretaku......bila tekan brek,  bunyi meow...bila belok sterang...bunyi meow.....bila undur ..bunyi meow.....bila pulak aku pasang alarm ni......
bila dibuka bonet depan rupa-rupanya ada penumpang misteri di tempat enjin keretaku.....
Woooh...kucing? Kucing?...ingatkan bunyi apa, nasib baik masih hidup. Maklumlah jauh perjalanan tu.....
 Yang hairannya macam mana kucing itu boleh masuk ke situ dan tidak pula ia jatuh semasa perlajanan dari rumah ku ke pusat servis tersebut......itu bukan kucing aku....entah dari mana pun aku tidak tahu....kucing itu telah diambil oleh kerani pusat servis itu....kucing itu sangat comel dengan bulu lebat dan ekor yang panjang....

07 November 2010

Netbook 1 Malaysia Lagi...

Kalau dulu aku ada buat entri tentang kegembiraan pelajar2 yang dapat netbook tu..
Tapi sekarang aku nak cerita tentang kekecewaan ibubapa yang anak mereka dapat netbook tu...
Dulu aku ada tolong hantar kawan aku pergi terima netbook anaknya...betapa gembiranya dia sebab pada masa tu dia rasa dengan adanya netbook tu mudah lah sikit anak dia nak belajar...

Tapi sekarang...lain pula jadinya...
Semalam dia datang rumah aku dengan anak dia bawa netbook tu tanya aku kenapa MS Office tidak ada....anaknya nak menaip tak boleh....
Aku pun tengoklah...rupa-rupanya office 2010 yang diinstall dalam tu hanyalah trial version......dan perlukan key pulak, dahlah tak bagi key tu....... dah tahu nak bagi netbook bagilah office full version...atau ini memang bisness sekarang ini, netbook tu pun bukannya dia bagi percuma kena bayar juga RM15.00 sebulan...
Kawan aku tu ada cerita kat aku perihal masalah netbook yang mudah rosak...ada netbook kawan anak dia dah rosak pun....dapat tak sampai setahun lagi...Hiss buat aniaya kat orang miskin je...lain kali tak payah bagilah kalau begini penyudahnya...mereka semua tetap kena bayar bulanan dan netbook dah tak boleh digunakan lagi...Kegembiraan dulu dah bertukar menjadi bebanan....Kesian aku tengok mereka yang dapat netbook tu. Nak kata mereka tak pandai guna, tapi ramai pulak yang rosak.
Apa kata anda??? Bantuan ke Bencana??? Banyaknya aku membebel....Bantuan tu amat dialukan...tapi biarlah tidak menyusahkan penerima bantuan itu.

PETA MALAYSIA UNTUK GARMIN XT

Aku baru saja mengupdate peta Malaysia terbaru untuk Aplikasi Garmin XT handphone aku. Kalu yang lama masih ada tempat-tempat yang baru tiada dalam peta....dengan adanya peta garmin yang baru ini...banyak tempat-tempat baru yang aku boleh sampai...sistem GPS ini banyak membantu aku....terutama bila outstation dan ingin melancong ke tempat yang kita tidak ketahui tempatnya. Maka Garminlah tempat rujukan aku.
Anda juga pengguna Garmin XT. bolehlah download peta Malaysia terbaru ini untuk untuk handphone anda. Klik link di bawah:
Cara menginstallnya:
download ke PC* sambung h/phone ke PC* cari folder garmin dalan h/phone* copy and paste or replace file GMAPSUPP.IMG* selesai*TRYCUBATEST*

06 November 2010

Saya ingin menonton filem The Social Network

Filem "The Social Network" adalah berbentuk Drama Komedi. Ia dibintagi oleh Pelakon dan Penyanyi terkenal seperti Justin Timberlake, Jesse Eisenberg dan Andrew Garfield. Saya adalah peminat Justin Timberlake. Filem ini juga diarahkan oleh Pengarah Filem terkenal dan hebat iaitu David Fincher (The Curious Cas of Benjamin Button, Fight Club). Filem "The Social Network" adalah berdasarkan buku "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam berhampiran anda pada 2 DISEMBER 2010.
TUNGGU KEMUNCULAN
DI PAWAGAM
BERHAMPIRAN ANDA!
JANGAN LUPA
UNTUK MENONTON FILEM MENARIK PADA ABAD INI
SEPERTI KEGILAAN ANDA PADA FACEBOOK
  JOM RAMAI-RAMAI PERGI MENONTON FILEM INI BERSAMA SAYA

04 November 2010

Peraduan AmBank Inspector ATM Di 7 Eleven

SERTAI SEKARANG!!!!
Peraduan yang cukup MUDAH dan SENANG
Terbuka kepada semua pemegang kad ATM yang dilengkapi MEPS
Hadiah-hadiah Menarik dan Istimewa dijanjikan
Cara untuk menyertainya ringkas sahaja:
Singgah mana-mana 7 Eleven dan buat sebarang Transaksi di Mesin ATM AmBank
Sambil membeli-belah je...









Ambil Gambar Anda bersama Mesin ATM AmBank
Senang sajerr..

Isikan Borang Penyertaan menggunakan ATM ID pada resit beserta Photo Anda
Ringkasnya.....dah lengkap


Mulakan Mengumpul Mata sebanyak mungkin di Facebook untuk memenangi Hadiah Menarik
Wow....seronoknya
Maka, lengkaplah satu penyertaan anda.

Apa Yang Lebih Keseronokannya:
1. HADIAH MENARIK


2. DAPAT MATA BONUS

Setiap nombor ATM ID layak menyertai game "Spot The Difference" 3 kali Sahaja.(boleh diulang dalam masa 24 jam untuk ATM ID yang sama)
Lagi banyak ATM ID lagi banyak game yang dapat disertai dan lebih banyak mata dapat dikumpulkan.


Ambil gambar dengan Phone pun boleh...selepas setiap kali transaksi dilakukan.
Untuk setiap kali penyertaan:

1 photo upload = 5,00 mata      2 photo upload=1,000 mata
Jemput rakan di facebook untuk undi photo anda:
1 vote/photo=10 mata    50 vote/pertama=500 mata     50 vote/kedua=500 mata 
  
Hantarkan nombor ATM ID daripada 5 Mesin ATM AmBank yang berbeza anda layak mendapat mata bonus 10,000.



3. MENANG SAMBIL BERMAIN
Main "Spot The Difference" dalam masa 60 saat yang diberikan untuk 1 scene.
Selesai dalam masa 5 saat = 100 mata, 10 saat =50 mata, 15 saat=20 mata. 
Mainlah seberapa banyak scene yang anda dapat.


APA DITUNGGU LAGI! 
KLIK LINK DIBAWAH UNTUK BERMAIN

 
ATAU


02 November 2010

CICAK AIDS

Cicak Gecko, atau 'tokke' atau ada yang memanggil cicak Aids...kini menjadi kegilaan orang ramai kerana harganya yang tinggi. Aku pun turut mencari sama pada waktu malam bersama kawan-kawan tetapi belum berhasil....Harga cicak ini boleh mencecah RM 35 000 seekor dan beratnya mestilah melebihi 300 gram beratnya. Wow, cuba anda bayangkan...cicak ini dikatakan dapat mengubat atau menjadi penawar penyakit Aids oleh pengusaha perubatan tradisional....benarkah atau tidak?
Ini rupanya cicak 'tokke' atau gecko itu:
Kosmo
Cicak ini dikatakan mudah diperolehi di kawasan belukar atau bangsal sawah yang menjadi habitat asalnya membiak. Keunikan cicak ini ialah dapat menukar warnanya mengikut keadaan sekeliling selain warna asalnya jingga dan merah jambu. Hempedunya dikatakan dapat menjadi penawar penyakit Aids melalui kaedah tradisional. Cara memeliharanya juga mudah dengan perlu diletakkan dalam keadaan teduh manakala pemakanannya hanya serangga seperti cengkerik dan ulat. Bagaimanapun haiwan itu akan mengecilkan badannya jika terancam dan mengambil masa lama untuk kembali normal,” 
Difahamkan juga cicak ini amat bisa...jika digigit olehnya boleh mati dalam masa 3 saat sahaja...pencarian cicak ini belum lagi berhasil....oleh aku...
Anda Juga Mungkin Minati Ini