24 June 2010

LU PIKIRlah Sendiri.....





Den letih melihat perlawanan tennis yang terpanjang dalam sejarah setakat ini di Wimbledon(padang rumput) antara Nicholas Mahut dan John Isner. Selepas 10 jam bertarung masih belum tamat dan disambung hari kedua...dhasyat sekali...
Pertarungan lima set dimana set kelima 59-59 whooosh....hebat sekali...hari ini bersambung lagi...
keputusan setakat ini adalah 4-6, 6-3, 7-6(9-7) 6-7(3-7), 59-59.
Ubat ape yang dia orang pakai serta tenaga ape yang mereka guna nanti kita tanya mereka berdua. Boleh kita gunakan untuk atlet kita hahaha....

23 June 2010

Siapa BAKAL Menuruti PERANCIS...

PERANCIS TELAH tersingkir awal.......wakil eropah.
kepada peminat Perancis hy hy bye bye....





Malam ini bakal membuktikan wakil eropah yang mana akan mengikuti jejak Perancis
Adakah.....................
GERMANY.









Di ikuti oleh.......
ENGLAND










@ adakah.......
ITALY










kite tunggu dan lihat......
tapi MYTEAM ..........is CHAMPION.

21 June 2010

editing CBOX

Editing CBOX anda...

Untuk yang rajin membuat editing..bolehlah edit cbox anda seperti di bawah ini. ada beberapa cara nak mengedit cbox anda. cara mengedit yang bole dilakukan adalah seperti di bawah ini:

1.Tukar warna Tab
Kalau nak tukar warna tab perkataan shoutbox boleh amik url colour kat link di bawah ni. Aku dahtolong hostkan sekali. Original colour adalah warna hijau. Korang boleh pilih mengikut warna yang anda suka...






CARANYA:Cari perkataan background :url > Tukar url original colour dengan url colour yang korang nak.

2. TUkar Ketinggian.
Cari perkataan top, dan tukar kepada ketinggian yang korang nak. Contoh 10px, 20px,30 px…

3. TUKAR saiz

Tinggi : tukar nilai dekat height. Contoh 10px, 20px,30 px…

Lebar : tukar nilai dekat width. Contoh 10px, 20px,30 px…

4. Letak GAMBAR

Copy image URL dan pastekan kat URL dalam cbox anda.

CUBATRYTEST dulu.......

20 June 2010

CBOX SEKEJAP ADA SEKEJAP TIADA..

Untuk memudahkan orang meninggalkan pesanan di blog kita..maka kita boleh meletakkan shout box or CBOX kita di side bar or sembunyikankannya. Jika blog kita terlalu panjang maka tercari-carilah orang CBOX itu....jika CBOX berada di atas dan kita sembunyikan di side bar ia nampak lebih menarikkan.....MACAM DIATAS INI.


Jika anda berminat bolehlah mencubanya:

LANGKAH PERTAMA:
Copy kod di Sini

LANGKAH KEDUA:
Copy kod Shout mix or CBOX yang telah anda ada dan "paste" kat dalam kod di atas yang bertulis "MASUKKAN KOD SHOUT BOX ANDA KAT SINI".
lANGKAH KETIGA:
Login dashboard blogger.com korang > layout > page elements >add a gadget (ruang sidebar)> pilih html > copy paste code kat atas >save
LANGKAH KEEMPAT:
tajuk biarkan kosong. tak perlu tulis ape2.
SELAMAT MENCUBA.....

MENULIS Shout Box PELBAGAI GAYA

1)utk dapatkan tulisan bold di CBOX anda perlu menaip code ini
[b] message anda [/b] di kotak message CBOX


2)untuk tulisan ITALIC anda perlu menaip code ini
[i] message anda [/i] di kotak message CBOX


3) untuk tulisan UNDERLINE anda perlu menaip code ini
[u] message anda [/u] di kotak message CBOX


4) untuk tulisan SUPERSCRIPT anda perlu me menaip code ini
[sup] message anda [/sup] di kotak message CBOX


5) untuk tulisan SUBSCRIPT anda perlu me menaip code ini
[sub] message anda [/sub] di kotak message CBOX


6) untuk tulisan SCROLL @ bergerak anda perlu me menaip code ini
[scroll] message anda [/scroll] di kotak message CBOX anda


7) untuk tulisan COLOR anda perlu me menaip code ini
[color=red] message anda [/color] di kotak message CBOX anda


8) atau anda boleh gabungkan kesemua code2 diatas untuk hasil lebih menarik

9) untuk masukkan gambar dalam CBOX anda boleh pergi ke laman web berikut: http://www.cbox.ws/

BAKAL JUARA PIALA DUNIA 2010?

MY TEAM....










MY HERO..


MY LEGENDA....











MY TOP SCORER..








MY LOVELY STRIKER..


18 June 2010

NADAL VS. FEDERER












Adakah Roger Federer akan mempertahankan gelaran wimbledon pada tahun ini kali yang ke-7.
Adakah mampu Rafael Nadal My hero dapat menyekat kehebatan Federer tahun ini
Sama-sama kita saksikan perlawanan bersejarah tahun ini...
Kepada peminat tennis...tunggu kehadiran KING OF CLAY menggegar gelanggang rumput untuk kali ke-2.











Pertarungan 5 set adalah perlawanan yang hebat..stamina menjadi ukuran.

Khutbah Terakhir Rasullullah S.A.W.

Hari ini baru dapat buka blog....Sudah lama tidak berblog kerana kurang sihat..
tapi teringat akan khutbah terakhir Rasullullah S.A.W.

KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W.

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.


(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

03 June 2010

Nota Adobe PHOTOSHOP part 11

selamat tengah hari untuk semua....

Eyedropper TOOL
Memilih dengan segera warna latar belakang atau depan dari kawasan imej aktif, atau dari tetingkap imej Photoshop yang tidak aktif
Untuk menetapkan warna latar depan, klik alat penitis (eyedropper tool). Letakkan alat penitis pada bahagian kawasan yang ingin dipilih warnanya
Klik sekali lagi bagi mendapatkan warna latar depan yang diingini


















Setrusnya...
Paint Bucket TOOL
Alat Paint Bucket membolehkan anda mengisi warna dalam sesuatu kawasan yang mempunyai tolerance yang sama
Aktifkan kawasan yang ingin diisikan warna, contohnya dengan menggunakan polygonal tool ataupun marquee tool
.Tukarkan warna yang dikehendaki pada foreground color.






























Seterusnya.....

Dwiklik pada foreground color untuk mendapatkan paparan color picker ,klik pada warna yang dikehendaki dan klik butang OK
Klik pada tool paint bucket, bawa ke dalam kawasan yang telah diaktifkan dengan garis putus-putus dan klik butang kiri tetikus












Seterusnya...
Zoom TOOL
Berfungsi untuk membesarkan atau mengecilkan imej sebanyak 100%
Untuk fungsi pembesaran, aktifkan ikon zoom tool dan bawa pada bahagian imej yang ingin diperbesarkan dan klik tetikus
Untuk fungsi mengecilkan imej, klik sebelah kiri tetikus seiring dengan menekan kekunci Alt dan ianya akan mengecil 100% pada setiap kali tetikus diklik













Seterusnya....
HAND TOOL
Alat hand tool ialah suatu alat yang digunakan untuk menggerakan imej sesuatu objek di dalam paparan Photoshop
Klik pada sebahagian paparan tanpa lepas dan seret ke arah kanan, kiri, atas atau bawah mengikut kehendak pengguna


















Harapnya anda dapat membuat editing dengan baik....selamat mencuba. Jika tidak keberatan bagilah komen anda....

02 June 2010

SIAPA NAK BELI!!!!

Nota Adobe PHOTOSHOP part 10

Pen Tool


















Pen Tool digunakan untuk menghasilkan garis lurus dan lengkungan yang sempurna. Sebelum menggunakan Pen Tool, adalah penting untuk memahami bagaimana lorong (path) dibina. Lorong (path) yang dibina akan menghasilkan Point segmen. Setiap Point Segmen dapat diubah atau dibetulkan agar lorong atau lengkungan lebih sempurna.

Pen Tool dibahagikan kepada beberapa sub menu
Pen Tool
Freeform Pen Tool
Add Anchor Point Tool
Delete Anchor Point Tool
Convert Point Tool


Gradient Tool

Alat Gradient digunakan untuk menghasilkan perubahan warna yang berubah dari satu warna ke warna yang lain secara linear atau jejari.

Klik alat gradient untuk memaparkan Gradient Tool Options di bawah Menu Bar utama.

Pilih jenis-jenis Gradient sama ada Linear Gradient, Radial Gradient, Angle Gradient, Reflected Gradient, Diamond Gradient dan tentukan opsyen opacity dan Mode
Letakkan kursor di permulaan bahagian berlakunya perubahan Gradient,
Kemudian klik dan seret.
Sudut dan jarak kursor diseret untuk menentukan sudut dan jarak perubahan

















Measure TOOL






Ia Berfungsi untuk membuat pengukuran sesuatu objek mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Dengan ini kita akan memperolehi imej yang sebenar berdasarkan kemahuan kita. Manakala ukurannya pula terdiri daripada piksel, inci dan sentimeter

01 June 2010

Nota Adobe PHOTOSHOP part 9

Hari ini sudah beransur sihat jadi anda akan tahu cara guna ....

Dodge Tool

Untuk mendapatkan sebahagian imej yang lebih cerah, pilih alat Dodge.

Pilih saiz dan jenis berus yang sesuai. (Airbrush memberikan kesan hasil yang paling halus).











Klik Dodge Tool untuk memaparkan Opsyen palet iaitu Brush, Range, dan Exposure









Klik Dodge Tool dan klik kursor pada imej, kemudian seret untuk menjadikan piksel imej lebih cerah. Lepaskan tetikus, kemudian seret lagi untuk meningkatkan keamatan kesannya



















seterusnya cara guna...


Blur tool
Alat blur dan sharpen ialah dua alat fokus. Alat Blur (Kabur) akan mengurangkan kontras di antara piksel dan amat berguna untuk memperkemas pinggir bergerigi dan melembutkan tepi antara dua bentuk
Klik Blur Tool untuk memaparkan Tool Option di menu bar utama
Tentukan Mode, Strength dan saiz berus
Letakkan kursor di atas imej, kemudian klik dan seret untuk untuk mengkaburkan piksel


















seterusnya lagi....
Type Tool.
Pilih Type Tool, letakkan kursor di atas imej atau ruang kerja canvas dan klik
Ini menandakan titik bermulanya untuk anda menaip. Kotak dialog Type Tool akan terpapar
Tetapkan settingnya bagi jenis Font Family, Font Style, Font Size, Leading, Spacing, Colour dan Alignment
Pilih satu atau lebih style untuk teks anda. Opsyen Anti-aliased dipilih secara lalai (default)
















Harap anda gembira ....dan komenlah jika ada.
Anda Juga Mungkin Minati Ini